Lagi Dokumen Parasit: Bukti Pemikiran Tulang Besi Adalah Pemikiran Politik Parasit

PAS sebagai sayap politik HIS (Parasit). M/S 9.
Bila saya tengok respond TB di bawah artikel bertajuk: "APA YANG SAYA MAHU DEDAHKAN", baru saya tahu bahawa TB memang betul-betul berfikir di dalam kerangka pemikiran Parasit. Lagi satu yang penting, respond TB ini menunjukkan bahawa "golongan UG nak bergabung dengan UMNO" hanya bersifat tohmahan yang hanya bersandarkan kepada wujudnya perbincangan dengan UMNO tanpa mengetahui apakah sebenarnya butir-butir perbincangan tersebut. Tapi peliknya, bila bos dia berjumpa dengan UMNO tanpa diketahui oleh pemimpin tertinggi parti, tidak pula dihebohkan. Tapi bila pemimpin tertinggi buat, dengan restu mesyuarat, tiba-tiba diserang dengan tuduhan-tuduhan jahat. Inilah strategi Parasit, memburukkan pemimpin tertinggi supaya ahli PAS hilang kepercayaan, kemudian disingkirkan dari kepimpinan parti, dengan tujuan akhirnya parasit-parasit ini akan menguasai parti di peringkat pucuk tertinggi. 


Sebab itu, apabila TB komen dalam saya punya blog dengan berkata: "Kalau bukan untuk kuasa, nak bincang dgn UMNO buat apa? cuba jawab" dan "Parti politik tidak akan berbincang dengan parti politik lain kecuali untuk kuasa." jelas menunjukkan bahawa TB bercakap dari lokaliti Parasit yang menganggap PAS adalah batu loncatan untuk berpolitik, bukan medan dakwah dan bukan jemaah.
Jawapan saya cukup jelas, iaitu untuk memastikan keutuhan dan mencari jambatan dakwah Islam dan kepentingan Islam. Secara detailnya, terserah kepada orang yang berbincang dan adalah terlalu jahat untuk menuduh awal mereka berbincang dan bertemu untuk bergabung, berbaik dan bersahabat dengan UMNO. Sampai hari ini TB dan sekutu-kutu parasitnya tidak dapat membawa bukti yang kukuh bahawa pihak Tuan Guru dan Majlis Syura nak bergabung dengan UMNO.

Apabila kita tak tahu, kemudian kita mendesak pemimpin dedahkan secara terbuka perbincangan dalaman dengan sesiapa sahaja termasuk dengan pemimpin UMNO, ini adalah salah satu bentuk provokasi SB untuk mengetahui isi kandungan perbincangan tersebut.

Persoalan yang penting ialah, kenapa TB tak minta Hussam dedahkan secara terbuka tentang perbincangannya dengan tengku Razaleigh? Kenapa tak desak tuan-tuannya yang berjumpa dengan UMNO? Tak tahu? Mustahil kerana perkara itu telah berbangkit di peringkat AJK PAS pusat. Jika TB tak tahu, maknanya memang tuan-tuan pembela TB ni jahat, benda yang kena batang hidung diorang mereka tak ceritakan, tapi time isu nak kenakan musuh mereka di kalangan pemimpin tertinggi, mereka salurkan kepada TB.

Sekali lagi saya tegaskan, bertemu dengan UMNO bukan bermakna PAS nak jadi UMNO. Sebagaiamana bertemu dengan DAP bukan bermakna PAS nak jadi DAP macam yang UMNO tuduh. Bertemu sahaja tidak cukup untuk menjustifikasikan apa-apa.

Jadi segala perbincangan pemimpin dengan pemimpin parti lain, sama ada dalam pakatan atau luar pakatan semuanya untuk kuasa, dan kuasa dan kuasa, demi politik dan politik dan politik, iaitu pemikiran yang memisahkan PAS daripada dakwah. Itulah pemikiran Parasit yang hanya menganggap PAS hanya batu loncatan untuk mereka berpolitik. Politik dengan PAS, dakwah dan jemaah dengan HIS (Parasit).

Sila rujuk kertas yang saya lampirkan nescaya anda akan memahami pemikiran parasit ini. Inilah pemikiran parasit yang jelas disebutkan di dalam kertas yang saya attachkan, bahawa PAS hanya sayap politik Parasit (disebutkan sebagai HIS). Dan inilah kerangka berfikir parasit sehingga lupa PAS adalah Parti Islam, dia adalah parti politik, parti dakwah dan jemaah Islam. Maka segala perbincangan, rundingan dan percaturan tidak boleh lari daripada PAS sebagai jemaah Islam yang bersifat parti politik dan dakwah di dalam satu masa.

TB jangan jadi macam kucing makan ikan, dia akan tutup matanya sampai gelap tak nampak apa-apa, jadi dia anggap orang lain tak nampak macam dia tak nampak apa-apa.

Parasit kata: PAS bertindak sebagai sayap politik HIS (Parasit).

11 comments:

  1. tulangbesi dah lama merosakkan pemiran ahli pas dibawah kerangka pas reform. banyak fitnah yg dilemparkan kpd pemimpin pas terutama pas terengganu kerana kegagalan menjawat jawatan sewaktu pas menang diterengganu. setiap masa ada saja fitnah yang dibuat utk pemimpin pas

    ReplyDelete
  2. 1.HIS menjadikan PAS sbg sayap politik..

    tgk 3.2.1.4 pula: matlamat HIS dlm PAS menjadikan PAS parti yg unggul dlm semua bidang yg sepenuhnya berjuang mcm ar-rasul... huhuhu
    patutla saari songip menyongeh kat hasan ali tu cara rasul saw buat la ke guane...hahahaha

    ReplyDelete
  3. Ya,saya dah tekad di dalam parti untuk menghalakan sekejap senjata kepada parasit, kerana mereka perosak parti dan menjadikan parti goyah.

    Semoga Allah selamatkan kita semua. Amin!!!

    ReplyDelete
  4. Kapt_Shiqaqi, itulah masalahnya. Diorang anggap orang lain tak islamic. Nanti saya akan syarah satu demi satu pages, dari perspektif realiti dan pandangan Islam.

    Kunci besar kepada permasalahan pemikiran diorang ini ialah, matlamat menghalalkan cara. 3.2.1.4 nampaknya matlamatnya bagus, tapi bila kita pergi kepada caranya, hancur!!!!

    ReplyDelete
  5. Tuan punya blog sila pastikan satu per satu nama mereka ini didedah.....saya dah mula benci parasit-parasit ini. Yang pasti saya tidak akan mengundi mereka dalam pemilihan akan datang....

    ReplyDelete
  6. Insya ALlah. Tetapi tuan akashihonda perlu tahu, bahawa saya mempunyai garis panduan di dalam mendedahkan nama-nama parasit. Garis panduan saya ialah:
    1. Saya tidak akan dedahkan nama mereka yang berada di dalam parti yang tidak menonjol 'kerja jahat mereka'.

    2. Saya hanya akan mendedahkan nama mereka-mereka yang jelas kerja 'jahat'nya, di mana kerja jahatnya boleh menjejaskan parti. Eg: yang me'market'kan anti ulama, fitnah pemimpin dll.

    3. Saya hanya dedahkan setakat keperluan sahaja. Jika tidak ada keperluan, saya tidak akan dedahkan siapa dan apa yang mereka buat di dalam parti.

    Ini adalah intipati yang saya faham dari sirah rasulullah saw.

    ReplyDelete
  7. Yang saya nampak, cuma dokumen yang tidak bertanda tangan.

    Sapa2 boleh tulis seperti di atas tu?

    MAlahan, tuan punya blog ni pun takda sapa yang kenal. sbb dia pondan.

    hehehehe

    ReplyDelete
  8. Seorang blogger Pondan bertanya:

    Persoalan yang penting ialah, kenapa TB tak minta Hussam dedahkan secara terbuka tentang perbincangannya dengan tengku Razaleigh?

    Jawapan Tulang Besi: Apa bukti Husam pernah bertemu dengan Tengku Razaleigh?

    ReplyDelete
  9. Jawapan kepada Tulang Besi: Apa bukti Presiden dan kepimpinan Syura bertemu UMNO nak berbaik dengan UMNO? "tuan" pembayar gaji TB tak bagitahu ke yang HUSAM berjumpa dengan Tg Razaleigh dan dibahaskan dalam AJK PAS Pusat bagai nak rak?

    Moral: TB sepatutnya cari majikan baru. Majikan TB betul-betul buldogkan TB.

    ReplyDelete