Muslimat 80% dikuasai Parasit: lihat penampilan Klip Video muslimat PAS yang kebudak-budakan

Saya sebenarnya rasa serba salah untuk mengulas takut tersebar apa yang negatif. Apabila fikir kali kedua, saya rasa tak mengapa untuk ulas perkara yang dah tersebar. Video klip yang dikomen oleh 259 orang (setakat pukul 4 30 pm) dilihat begitu negatif dengan nyanyian kebudak-budakkan sambil ketawa yang tidak selayaknya oleh kepimpinan barisan hadapan muslimat PAS. Sekalipun bersalam itu khilaf, tetapi tidak ada sebab dan keperluan untuk muslimat parasit beriya-iya bersalaman dengan 'abang polis', memualkan macam UMNO.

Lagak yang cukup bercanggah dengan apa yang telah ditunjukkan di dalam sejarah Islam. Kemenangan yang diraikan dengan takbir, tafakkur, doa dan sebagainya, atau paliing kurang nasyid yang mengandungi kata-kata yang indah dan baik. Bukan nyanyian seperti kebudak-budakkan, sambil ketawa dan main-main. Kemenangan umat Islam di dalam siri-siri peperangan di zaman nabi saw, di zaman para khulafa' ar-raasyidin, kemenangan pembukaan Palestin, kemenangan pembukaan dilaungi dengan Allahuakbar, dengan syukur dan tafakkur, bukan dengan tindakan seolah-olah pesta sebagaimana kebiasaan golongan kuffar. Kalau nak kata mereka terlalu happy, takkan setakat DSAI dibebaskan sampai boleh lupa daratan. Takkan berita pelepasan DSAI lebih besar dari kemengan umat Islam membuka Palestin, Constantine dan lain-lain lebih kecil sehingga mereka boleh lupa daratan dan batas-batas akhlak Islam.


Bila orang luar melihat lagak-lagak 'ngeri muslimat' ini, orang akan kata PAS dah berubah, PAS dengan UMNO sama sahaja. Tapi saya sebagai orang dalam memahami, ia sebenarnya bukan perubahan PAS, tetapi penangan parasit yang sedang menguasai PAS.

Hayati dan renungilah cara parasit berpesta sambut berita pelepasan DSAI:

Selepas parasit mendapat kerusi yang besar dan selesa dalam muktamar 2011, harakahdaily menggunakan ayat 'dinobat' tanda kemegahan di atas kemenangan:


Sedangkan dalam masa yang sama, Harakah daily menggunakan ayat yang biasa untuk Ulama:



Begitu juga pemuda:


Sepatutnya, untuk lebih adil dan sama, gunakan ayat: "Tantawi terus dinobat sebagai ketua Pemuda tanpa pencabar", "Nik Abduh dinobat sebagai Timbalan Ketua Pemuda" dan "Harun Taib terus dinobat sebagai Ketua Dewan Ulama" dan sebagainya.

Keratan harakahdaily ini sebagai renungan entum semua tentang ayat 'perayaan' yang digunakan oleh parasit di dalam Harakahdaily bagi menyambut kemenangna mereka di dalam Muslimat. Sebaliknya di dalam Pemuda dan Ulama, kerana mereka boleh dikatakan di 'sapu bersih'.

Kesan penguasaan parasit di dalam dewan Muslimat boleh dilihat melalui video tersebut. Penampilan muslimat yang dikuasai Parasit membentuk pandangan umum yang negatif terhadap PAS.

Nota: saya masih reserve untuk mengatakan Ketua Muslimat dan Aiman Athirah adalah parasit. tetapi yang confirm di dalam ramai-ramai tersebut ada parasit yang saya confirm dan kenal. Kita semua faham, bahawa sifat agreesif tanpa ilmu dan tarbiah adalah jambatan penting bagi parasit menguasai PAS. Saya akui orang seperti ini penting di dalam PAS dan saya tidak bermaksud orang-orang seperti ini tidak layak menjadi ahli PAS, tetapi tidak layak berada di barisan paling depan yang boleh mencorakkan masa depan parti. 

Nanti anda akan lebih faham apabila membaca artikel dan dokumen tetang bagaimana cara dan strategi mereka menguasai PAS? 

56 comments:

  1. sapa yg jd kapla tu? mmg memalukan sbg muslimat pas.

    pa wa, 901 tu tak lebeh sbg projek memuja pemimpin spt semarak yg umnO duk wat dulu2.. cuma la ni number ganti perkataan...hahahaha

    ReplyDelete
  2. serius saya xboleh tgok sampai habis, naik bulu roma. geli geleman, malu dengan muslimat sendiri.

    MAKCIK, MALULAH SIKIT!

    ReplyDelete
  3. memang memalukan..muslimat Pas dah tersasar jauh dari akhlak yg sebenar sbg muslimat...kalu boleh empunya blog korek dan dedahkan lagi parasit2 didlm Pas agar ahli Pas yg lain dpt melihat siapakah mereka sebenarnya...apa agenda mereka...teruskan..

    ReplyDelete
  4. Ni la susahnya. macam mana Allah nak bagi pertolongan.... tu wanita PAS bukan muslimat...

    ReplyDelete
  5. Aduh....memalukan betul muslimat PAS.....

    ReplyDelete
  6. memalukan muslimat PAS keseluruhannya

    Allah... wanita tunjang yg melahirkan bakal2 mujahid, bertempik terlolong

    ReplyDelete
  7. aduhai kenapa jadi begini.....akibat nila setitik habis susu sebelanga...

    ReplyDelete
  8. ni blogers umngok ke...? apasai hantam sama sendiri..bawak pi la ke muktamar. Nampak macam 'tangan-tangan setan' yg tolong perburuk PAS atas nama kebenaran tp tak kena kaedah dia..

    ReplyDelete
  9. "ni blogers umngok ke...? apasai hantam sama sendiri..bawak pi la ke muktamar. Nampak macam 'tangan-tangan setan' yg tolong perburuk PAS atas nama kebenaran tp tak kena kaedah dia.."

    Kah..kah.. Paarasit dah kepanasan.

    ReplyDelete
  10. 'Muslimat PAS' dah bertukar menjadi 'Wanita PAS' dek kerana parasit & anwar..

    ReplyDelete
  11. tak sanggup nak tengok, tak layak dipanggil muslimat.

    ReplyDelete
  12. Tentang video tu...over sangat yg nampaknya..saya malu jika muslimat pas berakhlak demikian..bahkan ada yg kata lagu tu ada iras nyayian gereja.. Gospel Choir - When The Saints Go Marching In, cuba youtubekan http://m.youtube.com/#/watch?v=EaHkmMuoA6Q

    ReplyDelete
  13. aku nak kata yg tu bkn muslimat pas, tp geng pkr, tp nanti kena pecat pulak. chua cs mesti gelak besar tgk ni

    ReplyDelete
  14. apa yang memalukan sangat tuh,,,,,pandangan sdr cuma andaian, kalau sdr benar2 memperjuangkan islam sdr takkan tuduh orglain parasit hanya semata2 tidak bersetuju dgn andaian sdr tersebut.....mungkin tindakan tersebut adalah over sedikit,.....

    ReplyDelete
  15. mungkin sdradalah parasit yg cuba memecah belahkan pas....menggunakan propaganda yang sempit....persoalan saya kalau benar hasan ali berjuang untuk islam, pernahkan dia berjuang untuk rakyat ktan menentang diskriminasi dari pusat sedangkan ktan adalah majority melayu dan islam......

    ReplyDelete
  16. PERLEMBAGAAN PAS
    FASAL 82 Tatatertib PAS.
    (1) Semua Ahli PAS hendaklah
    ( F) mengamal akhlak Islam

    ReplyDelete
  17. tapi jelas tindakan hasan ali adalah tindakan parasit..

    ReplyDelete
  18. adakah hasan ali mengamalkan akhlak islam spt dinyatakan?.....

    ReplyDelete
  19. sdr2 semua harus sedar, propaganda umno sedang berjalan skrg, jgn terperangkap dan terpengaruh dengan juak2 umno yang menyamar sbg pendokong pas....ingat, berhati2 dan berjaga2....inilah taktik terbaru umno berjuang dlm pas dan menuduh kebenaran sbg parasit...

    ReplyDelete
  20. Wow. Admin, anta kerja di Akrib Pejabat Agong ke? Hebat dapat kembali semua maklumat ini dengan penuh detail.

    Yes, PAS ada harapan utk diselamatkan kerana admin ini sah dapat tembus pejabat agong. HEBAT! TAKBIR!

    ReplyDelete
  21. Setahu saya orang yang bersalam itu bukannya muslimat PAS... Jadi jangan buat fitnah kerana saya kenal dia. Kamu yang selalu melalak kat sini sepatutnya takut dengan Allah. Kononnya golongan yang nak selamatkan PAS tetapi kamulah perosak dan pemfitnah di dalam PAS. Cermin diri kamu dan selidik serta muhasabah tindak tanduk kamu. Banayak artikel yang ada disini sebenarnya fakta yang tidak tepat. Ia sekadar orang yang cemburu dan berhati hitam. Jika kamu benar perkenalkan diri kamu walaupun saya boleh mengagak kumpulan mana yang mejalankan blog ini. Kalau kamu orang muda dalam PAS jelas kamu adalah pengecut kerana berselindung di sebalik topeng bodoh kamu....

    ReplyDelete
  22. Mohd shafri shamsuddin,bloger ni tk tulis pun muslimat pas tp muslimat parasit dn yg bersalam tu pun memang muslimat tp bukan muslimin..ke guane

    ReplyDelete
  23. mn hilng nilai sensitiviti muslimat PAS?! mn pegangan agama kamu?! adkh kamu sma sja mcm wanita UMNO?! blik btaubt la...... btlkn blik apa yg x btl 2?! meluat aku tngk......

    ReplyDelete
  24. salam,

    Pertama:
    Encik Mohd Shafri sila tolong sebutkan di mana, artikel mana dan apa yang difitnahkan.
    jgn main borong jer, si admin ni buat detail juga.

    Kedua:
    Samada si pesalam tu wanita PAS atau wanita mana2 parti tak penting, yang penting akhlaq....
    jgn sama macam putri umno jer, mana bezanya pejuang Islam dgn pejuang asabiyyah. ana tak nak bincangkan ttg hukum salam kat sini.

    ReplyDelete
  25. Anonymous said...
    sdr2 semua harus sedar, propaganda umno sedang berjalan skrg, jgn terperangkap dan terpengaruh dengan juak2 umno yang menyamar sbg pendokong pas....ingat, berhati2 dan berjaga2....inilah taktik terbaru umno berjuang dlm pas dan menuduh kebenaran sbg parasit...
    11 January 2012 00:41
    ------------------------------------------------
    bro! kalu dah Parasit tu parasitla , org xakan kata parasit membawa kebenaran melainkan parasit kerjanya menumbang tempat yg dia hinggap.

    ReplyDelete
  26. ana memerhati pertembungan dalam DMP sejak zaman Us Fatimah lagi, mmg menyesakkan.... dlm pemilihan dulu, macam dihamburkan kpd mantan pimpinan DMP yg bukan selari dgn mereka

    ReplyDelete
  27. kalau yg bersalam tu bukan muslimat pas pun..apakah dia terlepas dari melaksanakan perintah allah atas diri dia ?

    ReplyDelete
  28. Shafri, atas dahi muslimat tu tak de cop parti PAS atau PKR. Orang tengok orang kata PAS sebab tengok hok duduk menyanyi tu.

    Ini tempat berhujah, bukan tempat menuduh 'hati hitam' dan lain-lain. Orang dah kemukakan dokumen, jawab je laa..

    Cuba takwil comparative Harakahdaily statement, satu tu nobat, satu tu ayat biasa dalam keluaran sama....

    Jangan duk berpusing atas awan.

    ReplyDelete
  29. haha..dorg ni geng2 bridget muslimat..bridget yg diujudkan oleh 'spesis parasit betina' dlm muslimat pas untuk celen nisa'...matlamatnya nak pastikan 'zuriat parasit betina' menguasai muslimat secara teratur..

    eh..lupa pulak..kalaulah dr mariah terbaca komen ni..nak jugak tanya YB Dr Siti Mariah..betoi ka Dr hantaq SMS pada Hasan Ali yang menyebut lebih kurang mcam ni "HASAN ALI DAH ARWAH DALAM PAS"..katanya sms ni dlm sebulan yg lepas..hehe...

    ReplyDelete
  30. elok la brader shafri kenal org tu. bagitau la sapa dia, supaya kami bole nak pebetol diri kami yg perosak ni

    ReplyDelete
  31. Muslimat pas ni mula mengarut sejak arwah yb titiwangsa n the gang join muslimat dan kuasai mak lah, bks ketua muslimat. Masa tu atirah blm jadi setiausaha politik lg. Aku tau sangat tu

    ReplyDelete
  32. Shafri ni orang harakah....kalau orang harakah ada pendirian macam ni...alamak hancur jamaah

    ReplyDelete
  33. nak heran apa..dalam harakah pon ada umno !!!!

    ReplyDelete
  34. Anonymous 12:04, maksud awak Shafri ni kerja di Harakah? Begitu?

    ReplyDelete
  35. ulama perlu kembali kuasai JK PAS dan semua dewan. kenapa bodoh sgt bg kedudukan tinggi pada parasit dan anwariyyun?

    sebab puak parasit, habis semua muslimat pas yg kena. tgk video tu, soi lek kompem stim tau!!

    ReplyDelete
  36. Anonymous 13:12, yang bagi undi mereka menang tu ialah ahli PAS melalui undi mereka di muktamar. Tak boleh salahkan mereka kerana mereka mengundi orang yang mereka lihat buat kerja dan cergas dalam parti. Ukuran cergas tak cergas biasanya mereka buat berdasarkan bacaan dan laporan harakah. jadi bila harakah dikuasai parasit, banyak orang-orang dia di'kempen' melalui laporan program2 mereka buat, jadi mereka dilihat cergas. Contoh, parasit hulur tangan kat orang miskin masuk berita besar bagai nak rak, sedangkan program ijtima' tarbawi pemuda 2011 yang dihadiri ribuan orang lansung tak tersiar.

    ReplyDelete
  37. Nak tuduh orang lain itu lu punya pasal ya... jgn sekali-kali kaitkan ngan Arkib Pejabat Agung PAS. Ni perbalahan korang sama korang... parasit ke, pelesit ke, plastik ke. Kau orang buat jahat kat PAS ko tanggung sendiri la, kita kat sini tak ada kena-mengana idup atau mati. Fadli

    ReplyDelete
  38. saya setuju. mereka mmg guna strategi zionis untuk kuasai pas iaitu mesti kuasai media dulu.

    sbb tu semua maklumat ni kena sampai kepada pemimpin di semua kawasan..tp kena pastikan bukan org atau ejen parasit

    ReplyDelete
  39. Abg Fadli Ghani jgn le marah. Diaorg lawak je tu kaitkan dgn arkib Pas. Tp abg fadli mesti tau kan agenda parasit smua ni. Kan kita dah sembang masa zaman upm dlu

    ReplyDelete
  40. la kau tahu tahu ke Shafri tu kerja harakah...cuba la tengok FB...ish ish ish

    ReplyDelete
  41. Ic. Patut perangai sama je.. iaitu suka mencarut, maki hamun dll.

    Aku tak sempat nak cek budak tu sapa... rupanya staff harakah, so boleh jadi suspek as parasit juga la tu...

    Lega hati ini. Bimbang juga kalau dia tu ajk ulama negeri ke, atau at least ajk ulama kawasan, atau aktivis PAS yang ikhlas ke, rasa juga terkilan!...

    Kalau kerja harakah, memang tak pelik dan aku juga happy nak lawan dia...

    Tapi pelik, macamana staff kerja harkaah boleh ada fakta lingtang pukang, kata ustaz nasha lawan Al marhum us hassan tahun 2004, beliau dilantik sebagai senator di selangor... lawak2. Macamana orang kerja harakah, sumber ilmu parti tak tahu... Atau dia ni tukang sapu je kot?

    Yang aku terkilan ialah, bos-bos harakah ni hantar anak bilis je, tapi bos-bos parasit dia tak nak debat dengan aku pun. Tadi baru je aku msg kat FB Zul Sulong, sampai ni tak balas...

    ReplyDelete
  42. 'muslimat pas rai kemenangan anwar'

    JANGAN HANYA KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA!!!

    1.rakaman utk tujuan upload ke youtube dan bagi tajuk tersebut adalah orang yg berniat jahat dan bencikan/anti DSAI serta TIDAK GEMBIRA dengan pembebasan DSAI.
    2. Semua seruan adalah bersifat semangat dan bangkitkan semangat. Seruan biasa ketika kita berhimpun. Tidak mendayu dayu. Tidak menimbulkan syahwat. Manifestasi kebencian rakyat kpd Regim. Senikata bencikan Regim yg dzalim.
    3. Kehadiran sekitar bukan semua Muslimat PAS, tetapi wanita pelbagai golongan.
    4. Dari hal perkataan UMNO Hancur/ UMNO Mampus pun memang kita nak depa kita kuburkan kan pada PRU13.
    5. Ini adalah situasi ketika hampir bersurai, closing. Sebelum itu kita buat Sudut Munajat, pertama kali dalam sejarah himpunan kita, untuk wanita dan lead by Muslimat.
    6. Sudut Munajat bermula dgn Dzikir Astaghfar Robbal Baroya...Sunnat Dhuha, Al Ma'thurat, Yaasin dan bila istihar kemenangan kita semua lead Sujud Syukur 2x.
    7. Ketika bergerak keluar kita solawat. Dan atas permintaan rakan-rakan bukan PAS mahu kita laungkan kata2 semangat maka...itulah yg ada dalam youtube ini.
    8. Orang yg hanya mahu menampakkan keburukan adalah orang yg memandang dpd mata Langau. Yg melihat kebaikan adalah org yg melihat dpd Mata Lebah.

    Allahu'alam.

    [Ketua Penerangan Muslimat Pas]

    ReplyDelete
  43. Wahai Athirah, mula2 solat hajat, lepas tu pi jumpa tok nujum. Jangan kata jumpa tok nujum tu bagus dengan alasan sebelum tu dah solat hajat.

    Apa yang perlu disedari, sikap kebudak-budakan, gembira seperti pesta jahiliyyah bukan alasan yang diharuskan oleh pendahuluan dengan zikir. Bahkan sikap anda itu merosakkan maksud dan kemurniaan zikir sebelumya.

    Jangan tegakkan benang yagn basah, orang nilai melalui video, bukan penerangan anda kerana lisan al-hal aqwa min lisan al qaul. (realiti lebih kuat penunjukkannya berbanding kata-kata).

    ReplyDelete
  44. Banyak cakap pula minah tu... letak jawatan je, memalukan muslimat dan pas...

    lepas ni ngko kena nama ketua penerangan wanita parasit.. bukan ketua penerangan muslimat PAS...

    geli aku dengar orang yang dalam video tu ialah ketua muslimat pas.

    ReplyDelete
  45. Ya la.. yg buat sudut munajat tu ok la.. tp bab over excited tu x payah la buat lg.. apa lg bila d upload ke youtube.. anti x boleh sekat org buat tafsiran yd pelbagai... menerima teguran hatta dr lawan tanda jiwa besar

    ReplyDelete
  46. kepada ketua penerangan muslimat pas..

    sebab memang kerana nila setitik lah rosak susu sebelanga..

    adab kena jaga setiap masa..bukan 99% munajat tiba2 boleh pulak 1% tak ada adab..isunya ialah akhlak..yg bukan muslimat saja nak kena tanggung..semua ahli pas kena tanggung..jenuh menjawab depan masyarakat awam hanya kerana nila setitik ni..

    benda buruk..tetap org akan lihat buruk.."lain la kalau dah memang 'spesis parasit betina'..yg buruk pun nak suruh paksa org lain nampak ianya baik..pasal memang nampak buruk..langsung tak kena dengan adab muslimah..kalau nak bergolek ke nak melompat ke..bukan di situ tempatnya..masyarakat sedang memerhatikan kita semua...

    nak rai tidak salah..kalaupun ada wanita lain yg mintak muslimat laungkan kata semangat..laungkan lah dgn adab islam..bukan ikut adab dia..tunjuk kan sikit adab islam..apa ingat adab yg baik tu semua yg akal kata baik ke? kalau akal lah jadi ukuran baik buruk..toksah jadi islam lah..tak perlu alquran sunnah lgi dah..pakai pala hotak je..

    ke memang jenis spesis parasit betina tafsir islam pakai 'otak langau'...????

    ReplyDelete
  47. ni satu lagi ketua penerangan muslimat pas...

    yang spesis memandang bende buruk tu baik..spesis langau dengan parasit je tau..kami spesis baik2 ni..tak pandang suatu yg buruk tu sebagai baik...haha

    cuba tgok langau..dia lagi suka pegi hinggap atas bangkai lebih dari hinggap atas daging hidup..sebab bagi dia..yg buruk tu dipandang baik..yg baik tu..kureng la sikit..hehe...

    elok dah..ada parasit ada langau dlm jamaah...

    lepas ni sebut, ketua penerangan parasit betina ke..atau langau betina ke..hehehe !!!

    ReplyDelete
  48. JANGAN HANYA KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA!!! [Aku jawab: memang hang nila, Muslimat PAS adalah susunya]

    1.Orang niat jahat memang ramai. Tapi jangan salahkan orang jahat kalau kita buat tu pun memang jahat. [Ni jawab: rakaman utk tujuan upload ke youtube dan bagi tajuk tersebut adalah orang yg berniat jahat dan bencikan/anti DSAI serta TIDAK GEMBIRA dengan pembebasan DSAI].
    2. Orang tengok semua athirah duk melalak, jangan nak tipu, semangat ko bondo, menyanyi pahtu gelak2, main-main cakap ikut keluar mulut. [Jawab: Semua seruan adalah bersifat semangat dan bangkitkan semangat. Seruan biasa ketika kita berhimpun. Tidak mendayu dayu. Tidak menimbulkan syahwat. Manifestasi kebencian rakyat kpd Regim. Senikata bencikan Regim yg dzalim].
    3. Habis dah tahu sekitar bukan semua muslimat PAS, sepatutnya ngko kena tunjuk teladan, bukan tunjuk belang. Diorang tu ikut ko cakap, bukan ko ikut diorang cakap. [Jawab: Kehadiran sekitar bukan semua Muslimat PAS, tetapi wanita pelbagai golongan.]
    4. Memang dasar politik parasit, suka guna perkataan kesat. Kalau tak percaya, bandingkan dengan parasit2 yg dalam blog ini. So, memang terbukti hang ni ada perangai parasit. [Jawab: Dari hal perkataan UMNO Hancur/ UMNO Mampus pun memang kita nak depa kita kuburkan kan pada PRU13.]
    5. Itulah yang merosakkan. kalau ngko tak buat majlis melalak ni, cantik je kegembiraan diakhiri dengan zikir dan munajat sebelum tu. macam orang lepas solat hajat, lepas tu pi jumpa tok nujum. Nak kata jumppa tok nujum bagus sebab solat hajat sebelum tu? [Ini adalah situasi ketika hampir bersurai, closing. Sebelum itu kita buat Sudut Munajat, pertama kali dalam sejarah himpunan kita, untuk wanita dan lead by Muslimat.]
    6. Jangan nak halalkan hak baik dengan hak buruk. Orang duk bahas ngko duk melalak, bukan ngko duduk munajat. [Sudut Munajat bermula dgn Dzikir Astaghfar Robbal Baroya...Sunnat Dhuha, Al Ma'thurat, Yaasin dan bila istihar kemenangan kita semua lead Sujud Syukur 2x.]
    7. Sekali lagi nak tunjuk baik. Orang kritik ko punya melalak, bukan ko punya selawat. Apa ke benda budak pompuan ni. [Ketika bergerak keluar kita solawat. Dan atas permintaan rakan-rakan bukan PAS mahu kita laungkan kata2 semangat maka...itulah yg ada dalam youtube ini].
    8. Ini mata manusia, bukan mata dangau atau lebah. Kalau mata manusia sekalipun, pakai spek kuning, lepas tu nampak taik kuning ingat kuih, eeeiiii, bahaya oiii.. [Orang yg hanya mahu menampakkan keburukan adalah orang yg memandang dpd mata Langau. Yg melihat kebaikan adalah org yg melihat dpd Mata Lebah.]

    ReplyDelete
  49. Kepada saudari aiman..sudahla,majoriti mata yg lihat kelaku tu sgt2 xsesuai dgn amanah yg saudari bawa..cukup la saudari saja yg tersilap aksi jgn pula cuba menghalalkn perkara mual tu dgn adik nisa dibawah pimpinan saudari sbb usaha sedemikian adalah jelek.

    Saudari seorang yg tegas dn berani,tp saudari juga jgn lupa sempadan sebagai harian muslimat pusat..pada tahap saudari dlm hiraki dwn muslimat saudari banyak sgt keterbatasan berbanding muslimat yg biasa..jgn berhujah perbuatan itu "biasala" sbb sudah ada dikalangan adik nisa dikawasan berhujah begitu cuba menghalalkan perbuatan saudari.

    Kalau saya punyai isteri yg terlibat dgn dwn muslimat sudah tentu saya benci dgn kelaku begitu..nasihat saya,saudari kena lihat dgn siapa yg saudari bergaul dn siapa yg saudari kagum.

    Ingat cita2 yg optimis melampau (putrajaya) bakal menjahanamkn saudari..menang xsemestinya putrajaya. Moga ALlah memberi petunjuk pada saudari dn seluruh ahli dwn muslimat.

    Ikhlas dari Optimus Prime

    ReplyDelete
  50. puak2 parasit ni lbh kagum dgn anwar berbanding pimpinan pas yg lbh zuhud dan tidak terpalit dgn skandal moral

    tp admin, pastikan la org yg diserang tu betul2 parasit. saya takut kalau yg diserang adalah golongan yg tak tahu atau tak berpihak, itu akan menyebabkan mereka berpihak ke sebelah parasit plak.

    ReplyDelete
  51. Ya, insyaallah. saya akan hati2. sebab tu saya lebih suka cerita apa ayng diorang buat berbanding dengan siapa yang buat.

    Sebab tu saya tulis nota kat bawah artikel tu.

    apapun, segala jenis sikap, fikrah dan perangai parasit yang kita lawan. Sebab AIman menunjukkan perangai parasit, sebab tu saya komen dalam artikel ini.

    ReplyDelete
  52. BACA DAN RENUNGKN..ADAKAH ANDA SEKALIAN PERNAH ALAMINYA DAN APA TINDAKAN SETELAH DIZALIMI..MASIH BERSABAR? MASIH BERLEMBUT? CUBA FAHAMI...ADAKAH ANDA YG DUK KOMEN2 NI PERNAH ALAMINYA???

    PENJELASANNYA...

    Ada sahabat yang prihatin bertanya kenapa saya memilih untuk menggunakan ungkapan "Mampus UMNO" pada Hari 901? Beliau juga berkata…teruk juga Muslimat PAS cuba difitnah oleh Blogger-Blogger UMNO…

    Ini jawapan spontan saya….

    Inilah sunnatuLlah perjuangan...Allah ingatkan kita dalam al Quran..apakah kamu fikir kamu akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman sebelum kamu diuji?.....setiap yang berlaku apatah lagi yang diledakkan oleh musuh-musuh kena disiasat...dan fahamkan.....InsyaAllah kami ni dah lama dalam perjuangan...

    901 bukan himpunan yang pertama buat kami...cuma musuh nak jadikan isu dengan...adanya wanita (bukan PAS yg bersorak)...wording ana "Mampus UMNO" dan adanya wanita yang pergi salam Polis…..

    Saya katakan…diik, ini realiti mad'u kita....kita memimpin rakyat...bukan memimpin para alim ulama....

    Wording "Mampus UMNO" tu expresi spontan...daripada para jiwa yangg sudah lazim dizalimi Regim UMNO BN.... Peliknya…. bila kita guna perkataan Mampus UMNO ramai yang marah dan pertahankan atas uslub dakwah katanya....

    Saya tak nafikan…saya antara yang komited memperingati Muslimat dengan Surah An Nahl : 125 dalam keadaan situasi dakwah yang biasa.

    Pada hari itu, suasana dakwahnya berbeza. Di keliling saya adalah Wanita-Wanita Pemberani…yang biasa "bertempur" dengan Kezaliman Regim.

    Ekpresi kebencian rakyat. Benarkah kita semua kisah pada nasib rakyat yang telah dizalimi? Ekspresi saya yang juga biasa menjadi mangsa kezaliman Regim di sebalik tirai besi lokap…..

    Nasib kami yang menjadi habuan dan makanan Regim? Yang komen dan marah barangkali bukan yang dizalimi, melalui pengalaman sepertimana kami. Kami menjiwai keperitahan di bawah Regim kerana kami yang dipukul, yang diterajang, yang dimandikan dengan air berkimia, yang dikepung dengan gas-gas pemedih mata berulang kali, yang dikurung berjam-jam dalam lori polis dengan niat jahat, dijerkah, ditakut-takutkan untuk dirogol ketika berada di dalam lokap tiga hari dua malam dan lelaki-lelaki bertubuh sasa dan bermuka bengis mendatangi pintu-pintu lokap kami....ada siapa tahu...ada siapa ambik tahu...ada siapa kisah....

    Nah...sampaikan semua ini kepada para pejuang di sana...kepada adikku para Muslimat....kepada adikku para Pemuda….yang tidak mengenali kekanda-kekanda mereka sendiri dalam perjuangan…sehingga barangkali fitnah dan umpan musuh mudah melekat….atau apa sahaja….mereka tetap adik-adik kami dalam perjuangan…sekalipun mereka memilih tidak bertanya tetapi terus mengikut rentak yang direbanakan musuh…

    Ekpresi kami yang dibiarkan kelaparan... ekpresi kami yang pernah dibiarkan hypo dalam tahanan sehingga tidak upaya bangun melangkah sehinggalah dua tiga orang sahabat datang melawat membawa air manis dan bertenaga…...

    Ekpresi kami yang dibiarkan tidur di atas simen yang sejuknya mencengkam ke tulang hitam....
    Ekpresi kami yang ada ketikanya dibiarkan tidur di atas lantai simen...berbumbungkan langit dan berselimutkan embun dingin pagi...
    Semua ini bukan cerita buku atau ceritera penglipurlara....tetapi kisah benar kami....

    Nah...Regim UMNO yang membibitkan rasa benci dan marah kami....Regim zalim ini…tiada ungkapan yg benar-benar ana mahu laungkan melainkan "Mampus UMNO" pada ketika itu. UMNO - Pertubuhan Regim. Saya langsung tidak tujukan pada orang atau individu UMNO. Tapi Pertubuhan zalim itu….

    Nah….sekadar ekpresi dari jiwa-jiwa kami yang masih sedang diadili dengan tuduhan dan saksi fitnah.
    Kalau itu salah….dan menyebabkan ada yang terguris dan simpati kepada UMNO….maka apa lagi yang mampu saya kata…Cukuplah Allah dan Sahabat-Sahabat Perjuanganku yang mukhlis dalam ukhuwwah ini….
    Tentu mereka mengerti….. MAAF JUA.

    ReplyDelete
  53. Kpd muslimat yg masih keras lg hatinya dgn teguran,aku cadang jadikan klip video itu satu rakaman kebanggaan muslimat,tayangkn setipa kali dwn muslimat buat program dipelbagai peringkat,apa yg nk dimalukan.

    Jika alasan tindakan menyanyi sumbang tu adalah tindakan spontan atas gembira mendengar perkhabaran bebas anwar so jgn marah kalu ada reaksi spontan org yg marah dgn video tersebut.

    Terimalah teguran dn jgn beralasan

    ReplyDelete
  54. orang lain pun join demo jugak.kena sembur n pukul serupa..jgnlah nak divert sgt cerita tu spt kejam sangat polis Malaysia..sehingga di panggil regim...kalau dah buat salah tu..diam dan minta maaflah..lagi banyak nak pertahankan diri, makin kucar kacir jawapan yg diberi

    ReplyDelete
  55. Baru semalam terjumpa blog ni...smg dapat jadi panduan utk mengenal dan berhati-hati dgn parasit perosak jemaah yg disayangi ini...aku yang jahil ni tetap bersama tok guru insyaAllah...cuma nak bgtau shbt2 sekalian salah seorang pengomen dari atas yang nama safri iaitu wartawan harakah dah kembali ke rahmatullah.....rujuk.. http://www.keadilandaily.com/safri-wartawan-harakah-kembali-ke-rahmatullah/
    Innalillah....ayuh sedekahkan al-fatihah kepada arwah...

    ReplyDelete