Hari ini saya kepilkan 2 muka surat lagi rancangan Parasit menguasai PAS.
Apa yang sebenarnya membuktikan bahawa blogger-blogger parasit terutamanya Tulang Besi adalah buldog kepada Parasit, ialah sikap acuh tak acuh blogger ini dan terus meletakkan blog selamatkan PAS sebagai musuhnya. Seterusnya, menggunakan "diversion strategy" iaitu mengungkit-ngungkit siapa penulis blog tanpa menyentuh sedikitpun, sama ada dalam bentuk terkejut, tertanya-tanya, meminta kepastian, kesahihan dan sebagainya.
Jika dia benar sayangkan PAS, pasti mindanya terarah untuk mengetahui dan menyelidiki dokumen yang saya beri.
Tetapi apabila respondnya bukan ke arah itu, maka di bawah adalah andaiannya:
1. Dia dah tahu sebab dia juga parasit. Maka menimbulkan isu "siapa penulis' berbanding isu 'apa ditulis' boleh mengelakkan pembaca memahami strategi Parasit di dalam PAS.
2. Dia tak tahu dan terkejut, tetapi tuan pemberi 'gajinya' mengarahkan demikian.
3. Dia memang mengikuti golongan kedua yang Allah tutup pintu hatinya dek kerana sentimen dan kebencian sebagai golongan yang saya ceritakan di dalam kisah Nabi Ibrahim a.s. Klik di sini untuk artikel penuh.
Apa yang sebenarnya membuktikan bahawa blogger-blogger parasit terutamanya Tulang Besi adalah buldog kepada Parasit, ialah sikap acuh tak acuh blogger ini dan terus meletakkan blog selamatkan PAS sebagai musuhnya. Seterusnya, menggunakan "diversion strategy" iaitu mengungkit-ngungkit siapa penulis blog tanpa menyentuh sedikitpun, sama ada dalam bentuk terkejut, tertanya-tanya, meminta kepastian, kesahihan dan sebagainya.
Jika dia benar sayangkan PAS, pasti mindanya terarah untuk mengetahui dan menyelidiki dokumen yang saya beri.
Tetapi apabila respondnya bukan ke arah itu, maka di bawah adalah andaiannya:
1. Dia dah tahu sebab dia juga parasit. Maka menimbulkan isu "siapa penulis' berbanding isu 'apa ditulis' boleh mengelakkan pembaca memahami strategi Parasit di dalam PAS.
2. Dia tak tahu dan terkejut, tetapi tuan pemberi 'gajinya' mengarahkan demikian.
3. Dia memang mengikuti golongan kedua yang Allah tutup pintu hatinya dek kerana sentimen dan kebencian sebagai golongan yang saya ceritakan di dalam kisah Nabi Ibrahim a.s. Klik di sini untuk artikel penuh.
Muka Surat 4 |
Muka Surat 5 |
Sila Fahamkan ana Maksud Tuan?Apa yg nak Tuan ketengah kan kat sini?afwan
ReplyDeleteMaaf kalau ayat berbelit sikit.
ReplyDeleteKiasnya begini, kalau seseorang yang tak dikenali datang bawa bukti yang anak anda dalam bahaya, adakah anda akan sumpah seranah jiran yang anda musuhi atau terkejut dengan berita yang dibawa?
Jika anda sayangkan anak, mesti anda akan terkejut dan ingin tahu, apa yang menimpanya, kenapa dsb. Anda mesti akan meneliti bukti yang dibawa, bukan siapa anda yang membawa berita.
Setakat ini, TB lansung tak sentuh pasal dokumen2 bukti2 yang saya bawa, yang dia duduk hujahkan, pondan, penakut dsb.
Ini bukti menunjukkan TB tak sayangkan parti, tapi duk cari siapa saya.... Sedangkan dokumen yang saya attachkan cukup jelas.
Adakah tulang besi sebahagian dari konspirasi parasit atau dia diupah oleh parasit. Siapakan parasit yang mengupah dia?
ReplyDeleteNama aku sebenarnya sukar disebut dek lidah bangsa Melayu tapi cukup sekadar digelar sebagai Adipati Gombak.
ReplyDeleteAku berkira-kira tuan mahu seperti Multatuli; mahu jadi "buku" yang tidak bisa dilarang & dibakar. "Buku" perihal PAS sebagai sebuah wadah Islami dengan segala kisah di dalamnya. Kisah suka duka pahit & maung.
Aku juga berkira-kira tuan tergolong pendokong tegar berciri anak jati PAS yang semakin hari semakin muak lagi mual dengan segala kebobrokan yang melanda, terutama di peringkat kepimpinan, terutama berkaitan agenda kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat yang semakin dilihat lebih banyak menjerat lagi menjerut tengkuk PAS sehingga salur nafas PAS itu sendiri semakin berkurangan bekalan oksijennya sekaligus PAS menjadi suatu susuk yang berdirinya dalam keadaan terhoyong-hayang.
Lantas tuan tampil memencak ke tengah-tengah gelanggang berteriak .. Ayuh, mari selamatkan PAS!
Perkiraan aku "bulleyes" atau tepat ke sasaran neh? ("neh" itu harus dibaca mengikut sebutan Ustaz Azhar Idrus).
... sebenarnya tuan, aku sendiri sedang berkira-kira untuk menulis sebuah buku. Tajuknya "Antara Khalifah, Nabi & Imam Mahdi" karangan Adipati Gombak.
ReplyDeleteAku berharap Harakah sebagai entiti media rasmi PAS mahu menjadi penerbitnya namun biarlah upahnya berbaloi untuk kedua-dua pihak. Aku suka berterus-terang begini terutama tentang soal "asyuk" justeru di Harakah soal "asyuk" ini merupakan KPI yang paling diberati oleh pihak yang berwewenang di situ.
Tema buku aku itu bersangkut dengan kenyataan. Bukan soal remeh-temeh; Bukan soal menuju Putrajaya; Bukan soal jadi calon pilihanraya; Bukan Bukan Bukan.
Buku itu mahu menyusur dan meletak tanda aras bagaimana PAS memberi definisi "Khalifah" berikutan kenyataan pimpinan No. 2 PAS betapa wujud seorang Ketua Menteri sebuah pulau di utara negara kita yang menepati ciri-ciri kekhalifahan seorang Umar Abdul Aziz. Dan bagaimana kenyataan tersebut TIDAK PERNAH langsung diulas atau diapa-apapun oleh mana-mana pimpinan PAS yang lain hatta Tok-Tok Guru dan Tuan-Tuan Guru sama ada bergelar Dato atau belum.
Lantas menepati kesimpulan bahawa PAS dengan segala sesungguhnya menerima kenyataan itu bulat-bulat.
Kedua, perihal seorang ustaz muda yang dikenali sebagai "Ustaz Budak" di negeri Kelantan yang didakwa sebagai "Serambi Mekah" dikatakan seorang pendokong tegar PAS yang telah menabalkan Nik Aziz Nik Mat sebagai seorang Nabi.
Seperti "perlantikan Khalifah" itu tadi, "perlantikan Nabi" ini juga mendapat maklum balas yang sama iaitu sepi sesepi-sepinya sama ada daripada seluruh kepimpinan PAS termasuk segala macam "Dewan" di dalamnya, terutama Dewan Ulama PAS itu sendiri.
Ketiga, perihal seorang pimpinan PKR yang bergelar Ustaz Dr secara terang-terangan penuh semangat siap dengan segala hujah justifikasinya menabalkan pula pimpinan nombor wahid PKR iaitu Saudara Anwar Ibrahim, suatu ketika dulu, kemudiannya dikenali sebagai Pak Sheikh sebagai sang penyelamat atau umumnya dikenali, difahami oleh mana-mana insan Muslim sama ada bermazhab Sunni atau Syiah sebagai Imam Mahdi.
Dan .., sebenarnya tidak pelik lagi, tiada langsung walau sekelumit maklum balas berkaitan dengan "perlantikan terbaru" itu sama ada daripada seluruh kepimpinan PAS, terutamanya Saudara Mohamad Sabu sendiri yang secara terbuka mengaku bahawa orang yang sama pernah satu ketika tidak berapa lama dahulu digelarnya sebagai Al-Juburi.
Maka tertanya-tanyalah di kalangan burgoius & marhaen - apakah semua ini sesuatu yang halal lagi dibenarkan dalam suasana politik "tahalus-siasi"; dalam suasana persepakatan politik meraih kuasa yang bersarang di Putrajaya; dalam suasana politik bijaksana penuh strategik atau apa-apa sajalah demi menjustifikasikannya di bawah matahari Tuhan?
Dan apakah ini, wahai tuan turut menjadi sebahagian sebab-musabah tuan bertempik menerjah gelanggang bloggerspera?
rasanya kat box tu ada tulih 'post a komen' bukan 'post an article'. nak tulis panjang2 buat blog sendiri la
ReplyDeleteakashihonda! tulang besi sama ada dia parasit atau dupah oleh parasit, kedudukannya sama sahaja dalam konteks menghuru harakan suasana dll. Lihat ayat 12 dan 60 surah Al-Ahzab....
ReplyDeleteAllah rangkumkan sekali orang munafik dan orng islam yang ada penyakit (suka sebar fitnah).
masih menunggu2 crita2 sensasi....
ReplyDeleteInsyallah
ReplyDeletePertama2 sekali Ana mintak Maaf kalau2 komen ana tak Bernas.Ana Baca Blog ni kerana Ana Sayang PAS..Tapi apa yg Tuan attach kan itu adalah sebuah dokumen sekelompok Manusia yg ingin mengISLAH Dan menambah baikkan PAS supaya Releven dan selari dgn tuntutan dan keperluan Zaman dan suasana kini(Pendapat Prbadi).Atau boleh juga ana faham yg Tuan begitu kecewa dgn tindakan sekumpulan Professional PAS Yang nak rosakkan Parti dgn membawa masuk Doktrin Kaum Muda(Wahabi)..Kalau Ana salah faham..Ana bersedia di Kritik kerana Komen ini.Wallahu A'lam
ReplyDeleteBaitul aman, terima kasih banyak2 kerana komen. Semoga ianya membina. Untuk makluman tuan Baitul Aman, dokumen itu bukan dokumen yang dimiliki oleh sekelompok kecil.
ReplyDeleteIa bukan untuk islah atau pembaikan.
nanti tuan akan lihat fasa strategi diorang menguassai PAS dari dalam. Yang saya attachkan tu masih tiada apa lagi.. itu baru muqaddimah.
Isu doktrin kaum muda kaum tua tak timbul, sebab PAS boleh flesible dan menerima kepelbagaian selagi ia tidak bercanggah denga syariat. Itulah kelebihan PAS>
Tapi isu yang saya ketengahkan di dalam blog ini bukan isu kepelbagaian, tetapi isunya ialah isu infiltration, isu yang boleh pecahkan parti dan boleh ubah hala tujuu parti itu sendiri.
Saudara bersabar, nanti kita akan melalui adventure menyelami hasrat dan strategi halus golongan parasit ini.
mabruk
ReplyDeleteAllahu yubaarik fiik...
ReplyDeletebukti apa kejadahnya dokumen ni? aku tak faham langsung...ko scan kertas lepas tu ko kata itu bukti...ini perangai apa ni???
ReplyDeleteAnonymous (Tulang besi :): sepatutnya ko tanya aku ambil mana dokumen ni...
ReplyDeletememanglah aku scan kertas dokumen, takkan aku nak flush tandaskan untuk nak attach kat blog ni... kalau flush tandaskan, rosaklah dokumen tu....
Biasalah, stepnya:
1. Ada dokumen daripada sumber yang sah.
2. bagi tujuan upload dan attach dalam email, kena scan.
3. lepas tu ikut step dan upload macamana.
So apa salahnya?
seperkara lagi, ko tengok tulisannya, kertasnya... mana boleh nak reka beb. Mana aku nak cari mesin taip nak buat benda tu. Kalau ko tengok kertas tu sendiri (hard copy) kekuningannya mustahil boleh dibuat.
Istilah arab ada menyebut:
الحق أبلج لو يبغون رؤيته، هيهات هيهات من كان ناظريه عمى
Maksudnya: kebenaran itu terlalu terang sekalipun mereka menutup matanya. Jauhlah kebenaran, jauhlah kebenaran dari mereka yang buta mata (hati)nya.
pada penilaian saya, mereka nak mengislahkan PAS supaya jd lebih baik... sbb tujuan perjuangan mereka bukan utk PAS tp mereka berjuang utk Islam.
ReplyDeletedari sudut politik, mereka melihat PAS sbg medan perjuangan mereka. (xkan nak buat parti sendiri). maka mereka masuk dlm pas utk mengislah pas sekaligus membangunkan politk Islam di Malaysia.
tapi masalahnya, terdapat org yg hatinya busuk, sering mempertikaikan niat baik org lain, sering berfikiran negetif sesama muslim, dalam jiwanya tiada sifat salamatus sadr, org yg macam ni akan melihat bahawa perjuangan murni sekelompok manusia yg masuk PAS dan nak mengislahkan politik di Malaysia sbg PARASIT.
org yg mcm ni susah kita nak jelaskan tentang kebenaran yg nak dibawa oleh kelompok yg digelar parasit itu, hatinya telah tertutup utk menerima kebenaran. yg dia fikirkan hanya sangkaan buruk, sehingga menuduh IRC adalah punca segala masalah yg berlaku dlm PAS (walaupun mslh tersebut x de kaitan langsung dgn IRC). sedangkan tuduhan2 tersebut hanya lahir dari sangkaan buruk bukan dari fakta yg zahir.
kesimpulannya, semua tuduhan penulis blog ni lahir dari sangkaan buruk semata2. anda sebenarnya x mengenali dan memahami mereka yg digelar parasit.
"ya Allah ya tuhan kami..hindarilah kami daripada bermusuhan.."
ReplyDeleteblogger yang disayangi sekalian, marilah sama-sama kita lihat tujuan sebenar kita hidup diatas bumi ini.. tidak lain ialah di atas kalimah " لا إله إلا الله محمد رسول الله"
sebenarnya,kita tidak perlu sibuk untuk mempertikai di antara satu sama lain. kita dalam satu jemaah islam..
bagi yang ikhlas memperjuangkan islam di malaysia, melalui medium jemaah PAS, marilah kita bersatu. agenda kita lebih besar di luar sana. membina negara. jika mereka yang ingin membangunkan negara islam, tetapi di dalam diri mereka masih banyak lagi masalah,masih lagi ingin bertelingkah antara satu sama lain,maka saya mengajak dan berseru agar tinggalkan saja niat kita membangunkan negara islam tetapi mulalah dengan membangunkan jati diri islam yang sebenar di dalam diri sendiri.
bagi pejuang sebenar PAS, marilah kita memperbetulkan lompongan yang ada!!!
bagi mereka yang masuk PAS dengan niat ingin ISLAH kan pas jadi lebih baik, marilah perbetulkan niat kita, dengan sebenar-benar ikhlas memperjuangkan islam.. tidak perlu sibuk untuk pegang jawatan, pegang pangkat dan sebagainya.. kerana itu semua hanyalah pembohongan semata-mata..
Allah berfirman :
"تعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان"
jelas!!!!!!!!
Allah murka mereka yang bantu untuk bermusuhan!!!!
fikirlah sahabat jemaah sekalian..
para yahudi berjaya membobrokkan kita semua!!!!
نسأل الله أن يجعلنا من المتقين والفائزين فى الدنيا والأحرة
Saya kira saudara sakit ahti dan kecik ahti dengan apa yang berlaku pada UG DAN HASAN ALI. Yang sebenarnya saudara, tolong faham pas ialah pas dan pas tidak boleh dibiarkan bersama umno. Saya tak faham apa motif saudara tapi menuduh orang sebagai syiah lah wahabi lah parasit lah.. kalau dibaca kandungan blog saudara nh yang jahat2 seme ada dalam pas.. kkalau dah teruk sangat saudara masuk umno je lah biarlah pas dengan keterukkan mereka, bagaimana?
ReplyDeletesaya tidak faham kenapa saudara gunakan doc lama utk menyerang balas apa yang berlaku dalam pas tapi apa yang saya hairan dari mana saudara perolehi dokumen2 neh? sahih kah ia? benar kah ia dari pas? dan motif saudara menyerang saudara sendiri? lagi saya tak faham. kalau sayangkan pas usah menyokong kepada perpecahan. yang rosak dalam pas perbaiki dia. saya pun tak berapa suka harakah yang condong kepada pemimpin tertentu tetapi hujahkan lah ia betul2. harakah bukan buruk semua, yang teruk itu kita bidas tapi membaca penulisan saudara, seolah2 apa yang ada pada harakah neh jahat2 belaka.. commonsense lah sikit saudara.. saya pun tak gemar melihat harakah asyik menyerang2 individu tertentu tapi hujah saudara neh tiada beza pun dengan sikap yang ditawarkan oleh harakah. Neh bukti saya membidas harakah yang bias, tapi still hujah saya lebih relevant dri apa yang saudara hujahkan. bagi saudara harakah harus dimiliki oleh team2 UG kah?
http://amenoworld.blogspot.com/2011/12/saluran-berita-baru-mengantikan-media.html
http://amenoworld.blogspot.com/2011/12/harakah-kena-bidas-dengan-nik-abduh.html
http://amenoworld.blogspot.com/2011/12/hasan-ali-melawan-harakah-melawan-pas.html
YANG DIBIDAS SEKARANG IALAH KONTENSENSI PERJUANGAN. HARAKAH MENGUTAMAKAN KELOMPOK TERTENTU SEHINGGA MENGABAIKAN ROH PAS TETAPI STILL HUJAH SAUDARA TIADA KONTENSENSI SEBAGAIMANA HUJAH SAYA. APA YANG SAUDARA INGIN TONJOLKAN IALAH PERPECAHAN DALAM PAS SEBALIKNYA SAYA MAHU PAS BERSATU DAN JADI LEBIH BAIK.
BERHENTI MENGGUNAKAN PAS DALAM BERBLOG SAUDARA. JADI ORANG BIARLAH BERANI. KALAU BERSELINDUNG BAIK TAK PAYAH TULIS BLOG LAH WEH.