ADAKAH BOLEH DISEMBUNYIKAN DASAR ISLAM BAGI MERAIH SOKONGAN?
Poin pertembungan antara Islam dan IRC

Semua orang PAS dan penyokongnya bersetuju untuk perlaksanaan syariat Islam apabila mencapai kemenangan. Itu adalah satu poin yang tidak dapat dinafikan. Semua bersetuju bahawa tidak sesuai bahawa penceramah PAS yang berdepan dengan orang yang baru nak kenal Islam, tiba-tiba terus bercerita tentang potong tangan, rejam, sebat dan seterusnya. Semua bersetuju bahawa perjuangan PAS sememangnya untuk menegakkan Islam. Semua bersetuju dengan poin-poin tersebut. 

Tetapi, yang menjadi titik pertembungan antara fikrah Islam dan fikrah IRC ialah, PAS tidak sepatutnya bercakap tentang hudud, kisas, negara Islam hatta tentang perlaksanaan syariat Islam itu sendiri supaya ‘kita menang dulu, baru kita bercakap tentang islam’. Bermaksud, bila kita tak bercakap tentang Islam, orang bukan islam akan sokong kita. Seterusnya kita mencapai kemenangan, pada masa itu barulah kita bercakap tentang Islam.