Harakah SMM dan Parasit

Selepas jelas SMM dan Syukri Razab bertindak menjatuhkan imej Ustaz Azizan dan Imej PAS Kedah, sepatutnya SMM tiada lagi tempat untuk berpijak. Golongan 'budak-budak samseng' ni sepatutnya tidak dijunjung oleh PAS kerana bimbang imej itu akan terpalit.

Kini Sudah Pasti Giliran Ustaz Azizan Selepas Dr. Hassan

Setelah gagal menjatuhkan Ustaz Azizan dengan menggunakan isu KUIN, kini timbul pula isu dua exco yang menentang Ustaz Azizan dengan alasan peribadi dan lain-lain. Dua Exco tersebut (selepas ini Insyaallah bekas Exco) pergi ke sana ke mari memburukkan Ustaz Azizan dengan isu-isu yang di reka cipta.

Kenapa Zul Sulong tak edit artikel Hina PAS sebagaimana dia edit artikel-artikel Presiden dan Timb. Mursyidu Am??

Selepas mendapat kritikan hebat, Harakahdaily akhirnya delete artikel tersebut. Adakah memadai artikel itu ditarik tanpa meminta maaf? Bagi aku tak memadai. Ini bukan tersilap, bukan tak sengaja. Yang penting ini bukan pertama kali? 

HARAKAHDAILY MENGHINA KEPIMPINAN PAS? SAKIT HATI SUNGGUH!!!!!

Harakahdaily hari ni kacau aku punya concentration nak tulis tentang isu KUIN. Apa tak kacaunya, sanggup dia hina PAS dengan menyiarkan artikel daripada DAP untuk menentang kepimpinan PAS. Tak ke barua namanya.

Sorry, kali ni aku guna perkataan kasar.. mana aku boleh tahan tulisan yang seperti ini sengaja dibenar masukkan oleh Zul SUlong parasit ke dalam Harakahdaily, milik aku, milik orang PAS, bukan milik Zul Sulong. Lepas ni aku cadang, jumpa Zul Sulong, jangan lupa BOOOO dan kata BLAAHHHHH.

Kempen Jatuhkan Ustaz Azizan Oleh SMM Hambar

Setelah SMM berkempen begitu lama untuk megadakan demonstrasi besar-besaran pada pukul 2:30 petang tadi dilihat gagal. Kempen yang dilihat all out dengan kempen blog, jumpa face to face dan segala gas sudah habis diperah, tapi yang hadir, ciput. Perhatikan gambar-gambar di bawah: 

Awas! Saraf Parasit Sedang Sebarkan Berita Palsu Tentang Isu KUIN

Awas!!! Berita angin tentang Ustaz Azizan akan memecat rektor KUIN,  Prof. Datuk Jamil Osman, petang ini. Berita ini tersebar dari mulut ke mulut dan sms ke sms. Admin dimaklumkan bahawa berita ini juga tertulis di dalam blog yang sehingga kini Admin gagal mencari manakah blog parasit atau tunggangan parasit yang dimaksudkan. 

KUIN SIRI 1: Kenapa Dulu Ustaz Azizan Di Sanjung Sekarang Di Henyak?

Bermula hari ini, saya akan menulis beberapa siri khusus tentang tindakan parasit menjatuhkan Ustaz Azizan bermula dengan pujian melangit terhadap MB Kedah tersebut sehingga ke saat SMM yang dipengaruhi parasit membentuk gelombang menjatuhkan Ustaz Azizan.

Tahniah Majlis Syura & Awas TG Nik Aziz

Saya  melihat ramai rakan-rakan media yang mengurut dada dan menarik nafas lega setelah membaca kenyataan media Tuan Guru Mursyidul Am berkenaan isu Dato' Sri Anwar dan Israel. Hari ini PAS sudah agak merdeka dari pengaruh parasit sekalipun merdeka dari sudut penguasaan kepimpinan. Klik di sini untuk teks penuh Press statement tersebut.

Parasit Menghakiskan Tarbiah Islam Di Dalam PAS.

Kemasukan Parasit beramai-ramai ke dalam PAS membawa PAS kepada trend UMNO, iaitu lantik siapa yang mahu dan hormati siapa yang tak mahu. Jika seseorang menolak untuk menerima jawatan, maka janganlah melantiknya atau mencalonkannya.

Hari ini, sudah agak familiar (menjadi kebiasaan) sebahagian daripada kepimpinan parti yang parasit atau ditunggang pemikirannya oleh parasit menyebut: "kita mesti melantik orang yang sanggup sahaja, kerana ia mempunyai semangat untuk bekerja". Pemikiran ini bertembung dengan pemikiran ulama: "kita mesti menolak pangkat dan jawatan, dan bekerja keras apabila dilantik".