Jatuhkan Ulama, Kuasai PAS : Kronoloi yang mesti diketahui

Selagi mana kepimpinan PAS mestilah ulama, maka selama itu Parasit tidak akan boleh menguasai PAS. Ulama mestilah dijatuhkan terlebih dahulu, imej ulama mesti dirobekkan terlebih awal, kemudian syarat ulama di dalam majlis syura mesti dihapuskan, maka pada masa itu barulah parasit boleh kuasai PAS.


Hari ini parasit luaran dan pinggiran PAS sudah terserlah. Terakhir ini bermula dari Ayatollah Asri Zainal Abidin, seorang tunggangan parasit diluar parti, disambung pula oleh Ustaz Hasrizal Jamil, (seorang yang menghayati islam lebih menggunakan akal berbanding dengan nas) juga mula telah menyerang ulama di dalam PAS. Seorang orang luar PAS (Ayatollah Asri) dan seorang berada dipinggiran PAS (Hasrizal).

Apa yang ingin saya kongsi, usaha nak jatuhkan ulama bukan hari ini. Sejak daripada parasit mula memasuki PAS setelah reformasi iaitu akhir 1999 dan awal 2000an. Pada masa itu sudah bermula usaha mengcalarkan ulama khususnya sewaktu cubaan menjatuhkan Al-Marhum Ustaz Hassan Syukri. Pada waktu ini, usaha ini dalam skala kecil yang diusahakan oleh individu parasit yang masih berbaki di dalam parti dan selebihnya berada di dalam PKR dan UMNO.