ADAKAH BOLEH DISEMBUNYIKAN DASAR ISLAM BAGI MERAIH SOKONGAN?
Poin pertembungan antara Islam dan IRC

Semua orang PAS dan penyokongnya bersetuju untuk perlaksanaan syariat Islam apabila mencapai kemenangan. Itu adalah satu poin yang tidak dapat dinafikan. Semua bersetuju bahawa tidak sesuai bahawa penceramah PAS yang berdepan dengan orang yang baru nak kenal Islam, tiba-tiba terus bercerita tentang potong tangan, rejam, sebat dan seterusnya. Semua bersetuju bahawa perjuangan PAS sememangnya untuk menegakkan Islam. Semua bersetuju dengan poin-poin tersebut. 

Tetapi, yang menjadi titik pertembungan antara fikrah Islam dan fikrah IRC ialah, PAS tidak sepatutnya bercakap tentang hudud, kisas, negara Islam hatta tentang perlaksanaan syariat Islam itu sendiri supaya ‘kita menang dulu, baru kita bercakap tentang islam’. Bermaksud, bila kita tak bercakap tentang Islam, orang bukan islam akan sokong kita. Seterusnya kita mencapai kemenangan, pada masa itu barulah kita bercakap tentang Islam.

Dengan kata lain, PAS sepatutnya tidak terlalu menekankan isu moral, hudud, kisas, negara Islam dan lain-lain isu islam termasuk isu gereja, kalimah Allah, terkini ialah hudud. Dengan ini, PAS akan diterima oleh semua pihak. Oleh itu, kita melihat dengan jelas bahawa, di dalam PAS ini ada yang tidak bersetuju dengan penegasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz tentang hudud, temubual Tuan Guru Dr. Harun Din berkenaan isu gereja tidak disiarkan, kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi tentang bahagian penggunaan kalimah Allah yang tidak dibenarkan oleh Islam tidak disiarkan, seterusnya PAS dilihat lebih liberal daripada sebelumnya dan agak lunak dalam isu Islam berbanding 10 tahun lepas. Kesannya, PAS belum tentu mendapat undi non-muslim sedangkan yang pasti muslim yang mula berjinak dan berhijrah dari UMNO mula berfikir semula.
Sememangnya semua tahu sama ada PAS, UMNO, DAP, PKR, MIC, MCA, muslim dan non-muslim bahawa PAS memperjuangkan Islam. Apa yang hakikat, realiti perjuangan PAS ini diketengahkan oleh UMNO bagi menakut-nakutkan non-muslim khsusnya dan golongan muslim yang anti-islam amnya. Hakikat ini menjadikan, golongan IRC ini menggunakan pendekatan, kita perlu menyembunyikan, tidak bertegas, tidak menjawab bahkan kalau boleh menafikan isu yang dibangkitkan oleh UMNO seperti hudud dan kisas sekalipun benar ia adalah hasrat PAS. 

Di sinilah titik di mana orang-orang PAS khususnya mereka yang tiada asas pendidikan agama melihat tindakan ini adalah wajar, politik yang bijak dan sebagainya. 

Secara ringkas, suka untuk saya sebutkan, bahawa pendekatan ini bukanlah pendekatan politik Islam, bahkan ia bersifat munafik dan hipokrit serta bercanggah dengan konsep roh dakwah Islam atau lebih tepat, roh politik Islam justeru politik adalah sebahagian daripada medium dakwah. 

Selepas ini saya akan coretkan hujah saya dari perspektif syariat seterusnya dari perspektif politik justeru saya bukanlah seorang yang ideal, tetapi saya sedang berada di medan politik dan memahami situasi dan realiti politik, khususnya politik tanah air. 

Bersambung…..

2 comments:

  1. Ic. Lama dah tak buka blog ini. Baru nak start balik bila saya tengok geng Parasit ini dah naik tocang.

    Permintaan saudara akan ditunaikan dan artikel tersebut akan disambung selepas saya dedahkan apa yang mereka buat.

    ReplyDelete