Nabi Ibrahim a.s berdakwah menggunakan uslub invisible daa’ie (pendakwah tidak dikenali identitinya) tetapi visable dakwah (tindakan dan penghujahan dakwah diketahui dan boleh dilihat umum). Dalam istilah Arab di sebutkan sebagai Sirriyyah At-Tanzim Wa ‘Ilaniyyah Ad-Dakwah.
Dalam kondisi yang bahaya seperti kondisi nabi Allah Ibrahim a.s, di mana raja Namrud akan menangkap mereka-mereka yang dirasai bercanggah dengan fahaman adanya tuhan selain sembahan mereka, orang itu akan dihukum atau dibunuh.
Kondisi ini menjadikan nabi Ibrahim menggunakan uslub Sirriyyah At-Tanzim Wa ‘Ilaniyyatu Ad-Dakwah berbanding uslub lawan secara berdepan. Sewaktu nabi Ibrahim merancang untuk mengiqna’kan (mengjadikan hujahan diterima akal) kaumnya, nabi Ibrahim menggunakan pelbagai helah termasuk helah yang dikenali di dalam dakwah sebagai Tauriyyah (menggunakan perkataan yang boleh mengelirukan orang).
Sewaktu nabi Ibrahim merancang untuk tidak menyertai perayaan kaumnya, beliau memberikan alasan tidak sihat apabila diajak oleh kaumnya ke pesta. Apabila semua kaumnya keluar dari penempatan, pada waktu itu nabi Ibrahim mengambil kesempatan memecahkan semua patung-patung sembahan kecuali patung paling besar. Kapak yang digunakan oleh Nabi Ibrahim, disangkut di patung paling besar yang tidak dipecahkan.
Tatkala kaumnya pulang, mereka melihat patung-patung mereka sudah pecah dan mereka tertanya-tanya gerangan siapakah yang melakukannya. Mereka mengesyaki tiada orang lain yang buat melainkan hanya Nabi Ibrahim. Seterusnya mereka menangkapnya dan menyoal siasat.
DI dalam surah AL-Anbiya’, ayat 62-63 menceritakan: "(setelah Nabi Ibrahim dibawa ke situ) mereka bertanya: "Engkaukah yang melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim? Ia menjawab: "(Tidak) bahkan yang melakukannya ialah (berhala) yang besar di antara mereka ini! maka bertanyalah kamu kepada mereka kalau-kalau mereka dapat berkata-kata".
Nabi Ibrahim bertegas bahawa yang memecahkan patung-patung tersebut adalah patung yang terbesar, buktinya hanya dia yang tidak pecah dan jelas kapak yang digunakan berada pada bahunya. Namrud dan sebahagian kaumnya tidak melihat kepada hujah yang dikemukakan oleh Nabi Ibrahim tetapi melihat orang yang melakukan perbuatan itu adalah jahat.
Hiasan. Patung Besar Sembahan Manusia. |
Manakala sebahagian penduduk Babylon yang melihat peristiwa ini dari perspektif hujah yang dikemukakan oleh Nabi Ibrahim terus menolak ketuhanan patung dan beriman tanpa melihat kepentingan kepada "siapakah yang melakukannya".
Sebenarnya, itulah uslub nabi Ibrahim bagi mengiqna’kan kaumnya, akhirnya beliau berjaya menyelamatkan golongan yang melihat kepada hujah tanpa melihat kepada “siapa” pelakunya, manakala satu golongan lagi terus sesat disebabkan bertambah perasaan benci dan dendam kepada pelakunya, sehingga menutup pemikiran mereka daripada menilai penghujahan yang dikemukakan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s.
Itulah dua golongan yang berhadapan dengan uslub nabi Ibrahim: iaitu golongan yang melihat hujah, akhirnya mereka mendapat petunjuk dan golongan yang kedua yang bersifat fanatik, dendam dan benci, lalu mereka lebih mengfokuskan dan menekankan isu "siapakah gerangan yang melakukannya", bukan kepada apa yang dihujahinya.
Dengan memahami realiti dua golongan ini, pada pandangan anda, TB, Zul Sulong, Rasyidi dan yang sewaktu dengannya termasuk golongan pertama yang memerhatikan hujah ataukah mereka merupakan golongan kedua yang sibuk mencari siapa yang buat? Patutkah Nabi Ibrahim, nabi Muhammad peringkat awal Mekah, Ikhwan Al-Muslimun di zaman regim dan sebagainya sebagai pengecut, penakut, pondan dan sebagainya? Maka mereka yang buta mata hatinya hanya melihat kepada "kenapa" dan "siapa" bukan melihat "apa" yang dibawa. Saudara mempunyai hak memilih jalan saudara sendiri.
Uslub Nabi Ibrahim inilah yang saya gunakan di dalam blog ini. Atas sebab-sebab keselamatan tertentu, saya memilih untuk menggunakan pendekatan Nabi Ibrahim dengan invisible daa’ie dan visible dakwah atau Sirriyyah At-Tanzim Wa ‘Ilaniyyatu Ad-Dakwah. Inilah juga kaedah yang nabi guna ketika peringkat awal Mekah yang juga diguna pakai oleh Ikhwan Al-Muslimun di zaman regim dan gerakan Islam di negara yang berkuku besi.
Oleh itu, sepatutnya penghujahan saya, dokumen yang saya kepil atau attachkan, perbandingan-perbandingan yang saya kemukakan atau seumpamanya menjadi perhatian utama, bukannya siapa saya.
Akhirnya, saya menyeru kepada semua pembaca, supaya berdoa dengan hati yang ikhlas, terbuka dan beristighfar serta memohon petunjuk dari Allah sebelum membaca penghujahan saya di dalam blog ini.
Semoga kita termasuk di dalam golongan:
اللهم اجعلنا من الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه،
Maksudnya: Ya Allah! jadikan kami terdiri dari kalangan orang-orang yang mendengar kata-kata, (mudahan-mudahan) kami tergolong di dalam golongan yang mengikut apa yang baik (daripada kata-kata yang didengar).
Nota: untuk mengikuti kisah Nabi Ibrahim lebih lanjut, sila rujuk mana-mana tafsiran surah Al-Anbiya’ ayat 51-71.
betoi tu saudaraku, depa ni mmg nak sgt kenai saudara ni siapa... depa provok la dgn pondan dan sebagainya .. pedulikan celaan org2 yg mencela, nabi saw kata "akan ada satu umat/golongan yg tegas menjalankan kebenaran hingga hari khiamat dgn tidak menjadi mudharat kpd mereka org2 yg menentang dan mengeciwakan mereka"
ReplyDeleteyg penting adakan protection komputer saudara , depa ni akan hack maklumat dlm pc saudara nanti (rasanya depa dah berusaha ceroboh ni..huhu).
wa rasa saudara perlu tukar ip addr. mac addr. dan adakan beberapa layer password utk pc dan hard disk.
Terima kasih Kapt_Shiqaqi... semoga Allah bersama-sama kita.
ReplyDeletePada pandangan pembaca berdasarkan kisah Nabi Ibrahim di atas, Tulang Besi dan kuncu-kuncunya masuk dalam kategori mana?
ReplyDelete1. Kategori pertama: yang melihat hujah tanpa melihat tuannya. (Kategori golongan yang akhirnya beriman).
2. Kategori kedua: melihat orang tanpa melihat hujah. (kategori Namrud dan pengikutnya)
berburuk sangka sesama muslim dan mengiklankan keburukan org lain termasuk dalam kategori dakwah ke? tambahan pula apa yg diiklankan kpd org ramai itu lahir dari sangkaan2 buruk tanpa bukti yg kukuh... inikah dakwah? sedara berdakwah mengajak org kearah apa? mengajak org kpd Allah atau mengajak org supaya membenci golongan tertentu?? baik sedara kaji balik manhaj dakwah yg nabi anjurkan..
ReplyDeletesemoga ini menjadi peringatan yg baik terhadap sedara 'invisibleman'
Kalau yang didedahkan itu adalah parasit dan musuh dalaman, maka ia adalah kategori selamatkan dakwah. Sebab tu Al-Quran dedahkan kewujudan munafik. Sebab tu sahabat gelar abdullah bin Ubai munafik nabi tak larang. Sebab tu ada ilmu al-jurhu wa at-ta'dil. SUPAYA ISLAM DAN MAKLUMAT KITA ADALAH TULIN< BUKAN DARI MUNAFIK.
ReplyDeleteFaham?