Dr. Zul dan Dr. Hatta perlu jawab tuduhan Ibrahim Baba



Sebelum ini saya mendengar dengusan dari seorang sahabat kuat penyokong PAS yang memberitahu bahawa ada pihak yang sedang menyiapkan dokumen bagi membawa kes tuduhan rasuah ke atas Dr. Zul dan Dr. Hatta.

Sekalipun saya sangat benci dengan parasit dua orang ini, tetapi saya tetap tidak menulis isu ini kerana berpegang dengan apa yang disebutkan oleh nabi SAW, iaitu 'cukuplah seseorang berbohong dengan menyiarkan berita yang belum pasti'.

Justeru itu, saya hanya mengambil sikap berdiam diri dan berharap perkara ini tidak benar dan tidak berlaku. Dari sudut hukumnya, saya tidak boleh menghebahkan berita yang 'dalam kain' ini sekalipun saya cukup benci dengan dua parasit ini kerana mengingatkan firman ALlah swt di dalam surah Al-Maaidah ayat 8 bermaksud: "Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan."


Meskipun begitu, mencegah perkara yang mungkar adalah wajib walau sesiapapun yang melakukannya. Justeru itu, saya memberitahu sahabat yang ada authoriti di Selangor supaya melakukan siasatan segera terhadap tuduhan ini sama ada ia betul atau salah, sebelum perkara ini timbul di peringkat umum.

Jika salah, maka alhamdulillah, dan semua kita perlu mempertahankannya walau kita benci bagaimanapun kepada mereka sebagai ayat surah Al-Maaidah di atas. Jika betul, maka tindakan segera mesti diambil tanpa mengira status orang tersebut.

Hasrat saya untuk menyelesaikan isu ini secara dalaman terkubur. Pagi tadi, sewaktu saya minum dengan beberapa sahabat, tiba-tiba seorang sahabat mengutarakan semeja mengatakan bahawa ada seseorang yang menghantar mesej memberitahu bahawa Ibrahim Baba menulis di dalam blognya tentang isu Dr. Zul dan Dr. Hatta dengan isu Yayasan Selangor. Saya tidak tergamak nak nukilkan balik apa yang ditulis, tetapi pembaca sekelian boleh melihat blog tersebut di sini.

Walau bagaimanapun, saya sangat-sangat berharap supaya laporan ini adalah palsu kerana ia masih berada di tahap level 'hear say'. Walau apapun, dua tindakan berikut mesti diambil segera:

1. Dr. Zul dan Dr. Hatta mesti menafikan dakwaan tersebut justeru ia sudah tersebar.
2. Laporan polis mesti dibuat sama ada:
    1. Terhadap penulis blog oleh Dr. Zul atau Dr. Hatta jika dakwaan itu palsu.
    2. Terhadap Dr. Zul dan Dr. Hatta jika di sana ada bukti yang kukuh. Penyelewengan tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan dan tuduhan tidak boleh dibiarkan supaya ia tidak menjadi fitnah.

Justeru itu, Dr Zul dan Dr. Hatta mesti bertindak menafikan, membuat laporan polis dan bertindak menyaman penulis blog jika benar mereka tidak terlibat.

Sebaliknya, jika pihak yang mendakwa ada bukti yang kukuh, maka mereka wajib kemukakan bukti tersebut kemuka pengadilan (mahkamah) supaya pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan dan hukuman sewajarnya. Jika bukti tersebut tidak dapat dikemukakan, saya berharap dan menggesa supaya Ibrahim Baba menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada Dr. Zul dan Dr. Hatta kerana menyiarkan berita buruk yang tidak pasti.

Saya bersedia menyiarkan penafian Dr. Zul dan Dr. Hatta jika mereka boleh berbuat demikian.

* Semoga Allah selamatkan bahtera kita.

No comments:

Post a Comment