Dokumen Baru: Strategi Parasit Menguasai PAS - menjernihkan kekeliruan tentang: 'bukankah dia dulu orang yang berlawan dengan IRC'?

Banyak yang menyoal, bukankan dulu si fulan bin si fulan berlawan dengan IRC yang sekarang ini adalah parasit di dalam PAS? Contohnya Khalid Samad dan lain-lain. Lihat strategi grand design ini, bagaimana mereka menguasai PAS melalui engagement dengan Pemimpin PAS seterusnya memperkudakan mereka. 
---------------------------------------------------------------------------------------------
Dokumen Grand Design menguasai PAS mencatatkan strategi Parasit menguasai Pemimpin PAS. Di dalam kertas ini mencatatkan bahawa perjalanan dan hala tuju PAS mestilah dikuasai melalui:
1. Fikrah yang dianuti. Antara fikrah yang dianuti ialah: "ulama tidak semestinya memimpin" untuk membuka ruang menguasai PAS dan "taat adalah candu wala'" bagi mengkesampingkan arahan jemaah PAS yang bercanggah dengan rancangan dan grand design parasit. Inilah yang diisi di dalam program Tarbiah PAS yang dianjurkan oleh Parasit. Inilah juga fahaman yang disebarkan oleh blogger-blogger jahil seperti Tulang Besi dan lain-lain. 



2. Pemimpin PAS. Pemimpin PAS ini bermaksud pemimpin PAS yang aslinya bukan Parasit. Bahagian ini dihuraikan di dalam ayat keseterusnya, iaitu:

MEMEGANG TAMPUK PIMPINAN PAS MELALUI:
1. AJ (Ahli Jemaah - Parasit) yang naik secara tabii. Iaitu pemimpin Parasit yang telah diarahkan masuk dan duduk diam-diam di dalam PAS. Sebab itu hari ini, ada veteran PAS yang naik secara tabii (daripada cawangan sehingga ke Pust) sememangnya adalah parasit yang membuat kerja jahat. Sebahagiannya ada di dalam Harakah dan sebahagiannya ada di Kelantan. Saya rasa lebih selesa untuk tidak mendedahkan dahulu nama-nama mereka. Jika perlu saya akan dedahkan supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan dakyah mereka. Nanti akan ada bahagian strategi meninggalkan 'kaki' di dalam PAS dan Abim bagi tujuan pengawasan. Oleh itu, anda jangan hairan jika ada veteran PAS yang terlibat sejak tahun 80an adalah parasit. Setakat yang saya tahu, sebelum akhir 70an, iaitu awal 70an dan 60an ke bawah, parasit-parasit ini masih belum wujud. veteran yang terlibat seawal itu, insya allah terlepas dari cengkaman parasit.

2. Ahli atau pemimpin PAS yang ditanzimkan, iaitu Ahli atau pemimpin-pemimpin PAS yang mengikut usrah yang diisi oleh murabbi-murabbi dari Parasit. Sebab itu, banyak usrah yang dihadiri oleh AJK PAS Pusat adalah usrah yang dinaqibi oleh Naqib-Naqib dari parasit, bukan oleh Lajnah Tarbiah PAS Pusat. Entum boleh cek usrah-usrah personal ajk PAS Pusat seperti usrah Khalid Samad, Salahuddin Ayub dan lain-lain.

Golongan yang masuk di dalam PAS mestilah orang yang 'kuat' dan memahami strategi parasit dan suasana dalam PAS. Sebab itu, mereka mestilah:
1. Pemahaman yang mendalam tentang strategi penglibatan parasit di dalam PAS.
2. Betul-betul memahami fikrah parasit yang nak disebarkan di dalam PAS seperti 'anti wala', anti kepimpinan ulama dan lain-lain.
3. Sikap cool-down, berperwatakan lembut adalah ciri-ciri yang dipilih untuk menarik simpati orang ramai di dalam PAS. Sikap tidak menghentam tetapi mengkritik beralasankan kritikan membina mestilah ditampilkan bagi mempengaruhi simpati dan sokongan orang PAS.
4. Waqi' dan realiti serta gaya kerja orang PAS mestilah difahami oleh individu yang bertugas menyelinap masuk ke dalam PAS. Ini kerana, budaya dan cara hidup parasit di dalam jemaah mereka adalah cukup berbeza kerana mereka terdiri dari kalangan intelek yang high-profile.

Kemudian kertas ini menggariskan musuh-musuh mereka. Kewujudan musuh tersebut masih belum dipastikan adakah ianya benar-benar wujud atau tidak. Adakah Abang Mat Sabu sebagai contoh, dianggap oleh mereka sebagai musuh kerana Mat Sabu seringkali dilabelkan sebagai Syiah, sekalipun ia masih tiada bukti sehingga ke hari ini.

Walau bagaimanapun, di muka surat ke 18 akan menceritakan 2 lagi golongan baki yang dianggap sebagai penghalang kepada mereka, termasuk geng Voice Islam (Suara Islam) yang sentiasa bergaduh dengan IRC di UK dan juga golongan Sosialis.

Page ini saya akan publishkan pada masa akan datang, Insyaallah.


15 comments:

  1. Hebatlah admin - Akrib Pejabat Agong PAS pun dapat ceroboh!!! TABIK!

    Keluarkan semua dokumen dr sana utk tunjuk Erdogan dah lemaskan PAS. Rahsia parti mesti dikeluarkan utk tatapan semua yang sayang pd PAS.

    ReplyDelete
  2. konspirasi macam dalam filem hollywood pula.

    realiti konflik dalam PAS yg bukan calang2 orang boleh telan. Nak2 kalau orang yang tak pernah dikaderkan sejak alam universiti...memang payah nak faham dengan tanzim dalam tanzim ni.Bagi mereka PAS-PASlah...mana ada beza2.

    nasib baik saya sedar puak2 parasit ni tak betul

    ReplyDelete
  3. dokumen sulit ini ada dalam simpanan arkib pejabat agong PAS ke?...Sepatutnya dokumen sulit sebegini pihak yg menyediakannnya sahaja yg simpan!!!....

    ReplyDelete
  4. tak perlu ceroboh arkib pejabat agung untuk dapatkan grand design ni..spesis parasit ni tidak la bodoh sgt smapia nak simpan dokumen 'konspirasi berprofile tinggi' dlm pejabat agung pas..atau boleh jadi 'spesis parasit tua' masa zaman 80-an masa buat 'miting sulit' kt pjbt agung ka..lepas 'syok' miting..ditaqdirkan allah..tetinggal kat sana..haha..sehinggalah ada hamba allah yg bertuah menjumpainya..

    atau kah jua ada kalangan 'spesis parasit' yg bocorkan maklumat ini sebab fedap dgn spesis parasit yg lain..hehe..

    jeng jeng jenggg !!!!

    ReplyDelete
  5. Anonymos 11:24

    provokasi anda rasanya dah lapuk la..

    nak test market ke..hehe !

    ReplyDelete
  6. Bila Islam dah nak kuat / nak menang barulah timbul parasit munafik. sebelum ini, jika di mekah Rasulallah SAW lawan dengan kafir. tapi di madinah terpaksa berdepan 30% munafik yang lari dari perang uhud, ramai tu(1000 org 300 cabut lari kononnya nak ikut cakap nabi saw bertahan dimadinah). Ada takut jadi munafik dan bertaubat seperti kaab bin malik. Ada yang kafir macam ibnu ubai. apa juga menafik sampai kemati... umar r.a kata.. kalau huzaifah solatkan jenazah tu aku akan ikut kalau tidak aku takkan solatkan jenazah tu. Kerana Huzaifah (su sulit nabi saw) tau sapa munafik sejak zaman nabi saw.

    ReplyDelete
  7. Sikit pun saya tak terfikir admin dapat dari arkib PAS. kerana arkib PAS menyimpan sejarah dan bukan benda2 yang rahsia.Kalau ada kat arkib, senanglah orang nak ceroboh rahsia parti.

    Saya fikir ada yang berpaling tadah dari golongan parasit tersebut

    ReplyDelete
  8. Anonymous 12:42, betul tu.. sepatutnya dia kena tuduh orang yang jaga arkib di pejabat parasit, bukan pejabat agong....

    Pejabat agong simpan sejarah PAS, bukan sejarah parasit...

    ReplyDelete
  9. Akrib Selayang kot.

    ReplyDelete
  10. kalau pas tak ambil tindakan pasal ni, aku nak soh je utusan setan tu yg siarkan.
    biar 1 dunia tau pasal parasit munafik dalam pas ni
    biar munafik umno gaduh dgn munafik dlm pas

    ReplyDelete
  11. ish, apa pulak selayang. bukit raja lah. eh, silap. gombak kot...ke meru?

    adoi nak eja arkib pun salah nak main teka teki pulak.

    ReplyDelete
  12. Agen parasit mula menuduh kawasan2 yg x boleh dikuasai mereka dan cuba membuat pertembungan kerana ada kawasan2 yg hebat menolak fikrah mereka..

    ReplyDelete
  13. kite suke dengan pendedahan2. biar semuanye terlondeh..

    ReplyDelete
  14. PENGALAMAN. SEKOLAH ISLAM SAIDIYYAH SEREMBAN, ASALNYA SEKOLAH YG DITUBUH OLEH JAMAAH PAS. KUASAI SEDIKIT DEMI SEDIKIT, PECAH DAN PERINTAH. KINI DIKUASAI SEPENUHNYA OLEH JIM. ITULAH YANG NAK DILAKUKAN OLEH PUAK PUAK IRC/JIM/ISMA/IKRAM ATAU "HIS". dah tu ngaku pulak mereka yang tubuh, nama-nama yang pertama yang mengusahakan sekolah itu di buang tiada dalam sejarah sekolah.

    ReplyDelete
  15. Tahukah anda apa itu simbiosis?
    Interaksi antara organism(makhluk) yang hidup berdampingan .

    Membawa maksud bukan hidup keseorangan . Bersaudara .

    Tahukah anda parasite adalah salah satu contoh simbiosis ?
    Tahukah anda , parasite terbahagi kepada dua ?
    1) parasite tdk berjaya : akan mematikan host(perumah) yang ditumpangi , seterusnya kematian host ini akan menyebabkan kematian dirinya sendiri .
    Membawa maksud , rugi .

    2) parasit yang berjaya : tidak akan mematikan perumahnya . Malah perasit yang lebih berjaya adalah yang mampu memberi manfaat kepada perumahnya , sebagai tanda perlunya ia kepada perumah .
    Membawa maksud , untung dua-dua .

    Melebel usaha seIslam yang bermatlamat(refer kepada dokumen yang dikepilkan , itupun sekiranya benar) mengislahkan PAS menjadi satu parti yang unggul dalam semua bidang sebagai parasit yang berbahaya adalah tindakan melabel yang keterlaluan , rugi , sempit dan tidak pandang ke depan, demi kemenangan ISLAM .

    Jika benar dokumen yang dikepilkan , mulianya niat parasit ini !

    Islam akan menang , itu janjiNya .
    Menang di tangan siapa itu bukan persoalannya .

    Malang melihat umat Islam bersangka buruk terhadap sesama sendiri , dan bergaduh sesama sendiri . Sedangkan musuh sebenar tidak disedari .

    Penebang pokok itu lebih perlu ditakuti dari 'lebel sang perasit yang diberi' .

    ReplyDelete