Artikel Utusan: Adakah Parasit Beralih Menggunakan Parasit Mereka Di Dalam UMNO Selepas Gagal Menjatuhkan Imej TG Presiden Melalui Blogger-Blogger Buldog?

Hari ini Utusan Meloya telah menyiarkan satu artikel bertajuk: "Abdul Hadi Juga Patut Dipecat? " dengan merujuk kepada dakwaan Dato Md Alwi Che Ahmad  yang merujuk Presiden pernah berjumpa dengan bekas PM, Paklah Badawi.

Oleh kerana banyak isu yang perlu saya rungkaikan, saya masih belum berkesempatan menceritakan apa sebenarnya di sebalik UG dan kenapa golongan Parasit sangat antikan UG, walhal merekalah yang asalnya telah merancang perkara ini di Pejabat Harakah sekitar tahun 2005 dengna nama "pelan politik damai".


Jika ada sesiapa pengomentar yang nak bangkitkan isu UG, ia sah untuk disuspek sebagai parasit atau wakil parasit untuk mengalihkan perhatian dan fokus perbincagan saya. Nanti saya akan ceritakan apa itu UG dan berita disebaliknya. Harap bersabar.

Sebab itu saya telah sebutkan Selamatkan Presiden kerana saya telah baca dari awal parasit akan menuju ke situ.

Nanti saya akan upload dokument lengkap rancangan parasit infiltrate ke dalam UMNO mereka telah berjaya. Saya kenal seorang Timbalan Menteri, duduk di Pahang yang menjadi parasit di dalam UMNO. Tapi bagi saya itu tak ada masalah macam ulat yang duduk dalam bangkai. Itu diorang punya pasal, tapi yang penting jangan kacau PAS dari dalam.

Timbalan Menteri ini yang banyak bermesyuarat di 'dalam gelap' dengan parasit-parasit di dalam PAS untuk menjayakan Grand Design parasit untuk menguasai semua parti.

Adakah penulis ini parasit di dalam UMNO? Atau ketua editor yang mengarah atau meluluskannya? Atau parasit HIS dahulu sebenarnya UMNO? Apapun takwilannya, kebenarannya ialah kesemuanya mahu menjatuhkan dan memburukkan Presiden.

12 comments:

  1. sebelum apa2, mintak Tuan Admin jelaskan apa itu HIS & sejarahnya..

    sekarang ini biar jelaskan dulu apa itu HIS, barulah masuk bab organisasi2 yg mereka masuk..

    harap2 Tuan Admin x jelaskan HIS di ruangan komen, post terus la...

    blog Jalan Yang Satu tu x detail tentang HIS, detailkan di blog ini, ok..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous 04:53AM

      anda boleh rujuk sejarah ringkas ttg HIS di sini ;

      http://jalan-yang-satu.blogspot.com/2012/01/irc-dan-penglibatan-dakwah-di-malaysia.html

      Delete
    2. x detail maklumat HIS tu, kenapa berpecah, kenapa ada yang masuk PAS,
      apa tujuan HIS menyerap masuk PAS, ade ke yg masuk UMNO, ape tujuannya...

      apakah HIS masuk PAS ialah perancangan pimpinan tertinggi mereka atau ahli HIS yg belot?

      apa tujuan mereka masuk PAS, adakah untuk menHISkan PAS(mengubah PAS menjadi HIS) atau merosakkan terus PAS...

      Apakah tujuan mereka merosakkan PAS ? atau membubarkan PAS & bawa keluar ahli PAS bersama HIS ?

      & byk lagi........

      Delete
  2. Saya akan tulis, tapi tidak sempat untuk terdekat ini.

    Jalan yang satu tu saya rasa bagus juga tuan rujuk, coz saya nampak adminnya sangat bermaklumat. Maybe boleh minta dengna tuan blog tu untuk detailkan. Coz saya lebih fokus isu semasa untuk terdekat ini.

    ReplyDelete
  3. depa akan guna semua media, mulut-mulut, sms-sms, tp org spt usin leh la depa makan..huhuh

    ReplyDelete
  4. Setau saya Presiden PAS memang bersetuju untuk menubuhkan kerajaan perpaduang dgn UMNO. Ini adalah fakta yang diketahui semua orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya.....kau confirm ker? kau jangan cakap benda yang tak confirm dan akhirnya jadi fitnah. Kau jangan jadi anjign upahan bos kau tu...bagi makan anak bini duit haram hasil fitnah orang. kau dan papagomo dan parpukari sama jer.

      Delete
    2. "Semua Orang" yang TB sebut tu sapa? Saya ni aktivis PAS, tak tahu pun. Yang saya tahu, yg duk canang benda ni ialah blog2 parasit.

      Delete
    3. "Kerajaan Perpaduan dengan UMNO"? "Semua Orang" yang TB sebut tu sapa? Saya ni aktivis PAS, tak tahu pun. Yang saya tahu, yg duk canang benda ni ialah blog2 parasit. Fakta-fakta bohong tu ialah fakta yang dicreate oleh Parasit.. Orang lain sapa? UMNO?

      Delete
    4. Sekali lagi semua dapat lihat, hujah tulang besi hanyalah, "setahu saya".

      ITU BUKAN HUJAH LA BEBB....Itu namanya 'prejudis', bukan 'hujah'

      Delete
  5. Kesian Berubahlah Sekarang, apa benda pun dia tak tahu, nampak sangat temberang. Parasitlah, anai-anailah, yang Hasan Ali hentam PAS macam-macam hang pa diam saja ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Group I menyamar lagi...

      Apa yang tak tahu? dia dedah siap dengan poin, dokumen dll... apa bukti ko kata dia temberang... Hassan Ali hentam parasit yang disangkanya PAS>.. lepas dia baca blog ni, baru dia faham dan dia buat statement sbgnm dalam tranung kite (http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=11788):
      "Hasan berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam Pas dikhianati khususnya oleh sekumpulan ‘parasit’ yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain."

      Ustaz Nasha dah sebut awal2 masa komentar dia paling last yang dia pernah sebut: "INFILTRATION".

      Delete