Adakah Dr. Hassan Ali menjadi Mangsa Strategi Parasit? - Lagi dokumen strategi Parasit pernah cuba menghancurkan ABIM.

Kertas dokumen pada kali ini tidak mengikut turutan. Sepatutnya hari ini saya releasekan muka surat ke 7.

Tetapi memandangkan isu yang sedang berlaku, penting untuk saya fahamkan saudara-saudara sekelian tentang pengkhinatan parasit terhadap badan yang diselinapinya apabila mereka gagal menguasainya atau melakukan 'character assasinition' individu yang dianggap sebagai penghalang.




Orang yang pernah menjadi mangsa kepada strategi ini bukan sedikit. Mereka-mereka ini adalah seperti TG Presiden yang dulunya mereka sanjung kerana dianggap laluan penting kepada mereka ke dalam PAS. Antara mangsa lagi ialah TG Dr. Harun Din, Ustaz Harun Taib dan ramai lagi tokoh yang lain. Oleh kerana mereka-mereka ini adalah pasak Parti, jadi mereka begitu sukar untuk digoyahkan keperibadian mereka sekalipun percubaan berlaku. Sebagai contoh, program di Taman melewar sekitar 3 tahun lepas, atas nama akademik, dijemput pensyarah luar parti seperti Aziz Bari dan lain-lain menghina Presiden di hadapan khalayak ahli di dalam program PAS. Aziz Bari dilantik sebagai Hang Jebat, mengutuk presiden dan PAS dari dalam dan luar parti.

Dr. Harun Din dihina dengan pendiriannya terhadap isu kalimah Allah. Digelar dengan gelaran-gelaran yang kita sendiripun tidak sanggup mendengarnya. Dilabel sebagai puak yang nak heret PAS masuk UMNO.

Dahulunya, yang telah jadi mangsa seperti Al-Marhum ustaz Hassan Syukri yang akhirnya terpinggir di dalam parti dan pernah digelar oleh parasit melalui saraf mereka sebagai "kuda tua", 'orang nyanyuk' dan sebagainya.

Antara terbaru ialah YB Dato' Seri Ustaz Azizan MB Kedah. Dulunya mereka sanjung YB ketika beliau memberikan peluang kepada seorang YB Parasit untuk uruskan GLC di Kedah. Pada waktu itu, mereka sanjung dan julang Ustaz Azizan sampai keluar satu artikel, "Ustaz Azizan orang yang layak jadi Presiden PAS". Selepas itu, Ustaz Azizan panggil parasit tu kerana habis kesemua CEO kepada GLC2 di Kedah dilantik orang2 parasit dari Luar Kedah yang entah sapa2. Ustaz Azizan arahkan YB parasit tersebut supaya tukar dan buang mereka serta merta. Selepas itu, bermulalah satu episod baru untuk melanyak ustaz Azizan pulak. Antara isu mutakhir untuk melanyak Ustaz Azizan ialah isu Insaniah dengan menghasut pelajar-pelajar berdemonstrasi. Demonstrasi student ini digerakkan oleh Group I atau Group Intel atau Inteligent yang diketuai oleh seorang penggerak mereka yang tinggal di Perlis. Nanti saya akan detailkan cerita ni pada masa akan datang. Insyaallah.

Itulah nasib mereka-mereka yang dianggap penghalang kepada Grand Design Parasit. Ramai lagi diperingkat bawah yang dipecat jawatan, diminta surat tunjuk sebab untuk dipecat dikalangan YDP Kawasan seperti yang pernah berlaku di Negeri Sembilan dan lain-lain. Ada yang terpelanting dan ramai yang kekal dalam keadaan "character' yang dipandang buruk.

Inilah juga strategi yang mereka gunakan bagi merosakkan ABIM. Di dalam kertas tersebut menyebut: Apabila mereka gagal menguasai ABIM, maka antara tindakan mereka ialah keluar beramai-ramai. Antara disebutkan jelas dalam dokumen itu: "
"Apabila tiada lagi harapan HIS (parasit) memanfaatkan ABIM, ikhwah kita diundurkan dengan membawa ahli ABIM bersama-sama. Kehadiran jemaah diteruskan dengan beberapa orang sahaja dengan tujuan: 
  • Mengikuti perkembangan ABIM dari dalam.
  • Menjaga ABIM dari dimanfaatkan oleh musuh.""

Usaha mereka ini disedari oleh ABIM yang menyebabkan mereka lansung tidak diberi muka oleh ABIM dan kepimpinannya. Inilah kisah sejarah ABIM yang diperturunkan dari generasi ke generasi sehingga menyebabkan ABIM masih selamat sehingga saat kini. Inilah antara faktor dan punca parasit tidak boleh menguasai PKR kerana masih ramai di dalam PKR veteran-veteran ABIM yang berpengalaman dengan parasit-parasit ini. Kegagalan menguasai PKR inilah juga menjadi faktor utama penghijrahan besar-besaran parasit dari PKR kepada PAS pada tahun 2004. Sekalipun mereka berhijrah, tetapi mereka tetap cuba menguasai PKR seperti keterlibatan mereka di dalam menjatuhkan Azmin Ali yang dianggap penghalang besar kepada pengaruh parasit di dalam PKR. Buktinya, keterlibatan Saari Sughib di dalam mesyuarat konspirasi menjatuhkan Azmin di Pandamaran.

Ini berbeza dengan PAS yang telah mengambil tindakan hampir sama dengan ABIM pada tahun 80an dengan memecat parasit-parasit pada waktu itu seperti Mustafa Kadir dan lain-lain selepas gambar dan bukti gerakan mereka dibentangkan diperingkat PAS Pusat. Tetapi malangnya, sejarah ini tidak menurunkan kisah ini kepada pengikut-pengikut dan pendokong-pendokong PAS sehingga PAS di era baru ini terlalu leka dan tidak mengambil peringatan. 

Saya masih teringat ada seorang sahabat ABIM berbisik dalam satu program Palestin sekitar tahun 2006 di Taman Melewar: "habislah PAS kali ni", kata-kata disulami senyum yang merujuk kepada pimpinan Parasit yang hampir memenuhi pentas sedangkan program itu anjuran PAS. Program PAS yang tiada pimpinan PAS melainkan beberapa orang, dan bakinya adalah parasit. Beliau bermaksud demikian dengan merujuk kepada apa yang pernah dilakukan oleh orang sama kepada ABIM pada tahun 80an. 

Sebagai kesimpulan, suka untuk saya menyoal, adakah ini juga terjadi kepada Dr. Hassan Ali yang pernah memecat Parasit-Parasit dari barisan kepimpinan utama negeri Selangor?

Jawapan yang saya tahu ialah: YA.


46 comments:

  1. Dewan Ulama ialah Dewan Ularmak. Hebat selamatkan-pas utk menyedarkan penyokong PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenyataan yang cukup biadap... Moga kelaknatan bagi mereka yang mencela ulama...!

      Delete
  2. Hebatnya kamu membenci Ulama' dlm PAS seolah2 kamu berasa lebih hebat dari semua Ulama' dlm PAS

    ReplyDelete
  3. Ularmak - tak sokong DAPig tak sokong Anwar Ibrahim - sokong NFC dan Shahrizat, demi kuasa jadi Ularmak. HAHAHAHAHAH... Blog ini sudah terang bederang milik Dewan Ulamak PAS, buat apa nak nafi kan?
    Patutpun Najib lepaskan Anwar, sebab tahu Dewan Ularmak PAS akan jahanamkan Anwar, PR dan PAS.

    Pandai boss aku.

    ReplyDelete
  4. Jika kamu merancang menjatuhkan Ulama' dalam PAS maka kami akan menjadi pembenteng mempertahankan Ulama' kerana bukan mereka yg menggelar diri mereka sebagai Ulama' tetapi org kebanyakan yg mengiktiraf mereka sebagai Ulama'..

    ReplyDelete
  5. Sdr. Anonymous dan tulang besi, teruknya hujah sdr. berdua. Lemahnya minda kalau macam tu gaya berhujah. Nak tahu details IRC bacalah http://jalan-yang-satu.blogspot.com dan baca tulisan "Gerakan Islam - Satu Sejarah dan Pengalaman" oleh Ayah Hasan Firdaus (1989) dan juga "Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar" oleh Zainah Anwar (1990) dan lain-lainnya. Marilah kita berhujah secara akademik. AA

    ReplyDelete
  6. Golongan yg menngkritik ulama hanya berani dibelakang sahaja.bila berada berhadapan..senyap seribu bahasa.mulutnya akan terkumat kamit umpama mulut lembu yg mengunyah rumput ..jika mereka anak jantan..sudah pasti mereka bangun dan bangkit berhujjah spt sang rimba mencabar musuh yg mau memasuki kawasannya...tp apakan daya, mereka itu semua hanyalah tin kosong yang diisi dengan anak2 batu jalanan...bunyinya memekik telinga apabila digoncang kuat...itu sahaja kekuatan(kununnya) yang dia miliki...

    ReplyDelete
  7. Salam semua. Saya nak pastikan blog saya ini lebih ilmiah dan berfakta. Jika saya dapati ada unsur2 tak sihat, bahasa yang kesat2, nanti saya akan delete, tak kira sama ada komen tu pro atau kontra kepada penulisan blog ini.

    ReplyDelete
  8. PAS ini haramjadah pergi sokong Anwar Ibrahim, pecat Hasan Ali.

    Yang tak suka keadaan ini, sila join UMNO. Apa TUNGGU-TUNGGU LAGI? Nak selamatkan Melayu ke tak?

    Ko semua selamatkan PAS buat apa?

    ReplyDelete
  9. rupa2nya bukan umno sahaja yang bencikan ulama', ada juga golongan yg mengaku menyokong PAS membenci ulama'

    benarlah tanda2 kiamat makin hampir!

    semoga Allah selamatkan jemaah PAS dari parasit! amin.

    ReplyDelete
  10. Admin, jom masuk Umno.

    Ana nampak blog anta professional, matlamat kita sama, nak hancurkan PAS daripada dalang Erdogan.

    Umno ada bayaran utk blogger yang membantu menyerang PAS. Minat?

    Satu cara sahaja boleh selamatkan-pas seperti yang anta hajatkan, musnahkan ia dahulu. Kemudian bina parti sendiri.

    TGNA mesti dicantas baru TG Hadi boleh bebas. Baru Harun Taib boleh mendapat balik sokongan.

    ReplyDelete
  11. admin nak selamatkan PAS dari parasit je... bukannya memusnahkan diri dgn masuk UMNO...

    UMNO terima ISLAM sebagai dasar, Tok Guru Nik Aziz sendiri akan bubar PAS

    ReplyDelete
  12. Aku sokong selamatkan-pas - KELUARKAN PAS DARI PR SEGERA - DARI DAPig dan Anwar Juburi.

    DHA betul bila kritik PAS. Jom kita kalahkan PAS di PRU13, supaya mereka tahu Erdogan ini bawa PAS ke arah jahaman - barulah mereka sedar Dewan Ulama adalah terbaik dalam PAS.

    ReplyDelete
  13. DAPig Anwar Juburi, please hang pi balik dekat tok guru hang di Pasir Puteh.

    Aku tak sampai masa lagi nak dedah latar belakang hang punya group I. Nanti aku dedahkan macamana group hang kena cekup kat PWTC, Tok Jan kena angkut, nasib baik murabbi hang di Melaka dan Bos kat Pasir Puteh tak kena sekali.

    Jangan nak provok di sini, cukup dengan sebaaran risalah mengarut group hang konon-konon saraf pusat di Galas. Akibatnya, PAS kalah di galas.

    ReplyDelete
  14. Intima dgn PAS bukanlah intima syakhsi tetapi intima kita adalah intima 'aqidi dan barangsiapa yg cuba mengubah haluan PAS dari Hizbullah kpd parti politik semata-mata adalah merupakan golongan perosak kepada Islam yg syumul..

    ReplyDelete
  15. Dah bermula Kehadiran budak2 group I dalam blog ni.

    Nanti aku cerita apa kerja budak2 ni.

    Modus operandi lama, guna nama samaran yang pro, tapi isinya kontra. Contoh, Pro Presiden, tapi isinya sabotaj Presiden.

    Tok Jan ajar cara dah expired tu.

    Antara nama yang Group I dalam blog ini ialah:
    1. Penyokong Hasan Ali.
    2. DAPig Anwar Juburi.
    3. muhammad said.
    4. Dan beberapa anynomous.

    Budak2 ni memagn biol sampai sanggup letak kepala babi dalam masjid (isu UM) dulu.

    Nanti aku cerita panjang siapa budak2 ni sebenarnya.

    Tapi pembaca sekelian boleh nilai cara provokasi budak2 ni. Diaorang baru dilatih, baru mengenali dunia macam ala james bond. Rasa bangga diri. Tapi tak sedar apa yang boss diorang ajar dah outdated dan expired. Orang biasa dengan saraf boleh baca dari awal.

    ReplyDelete
  16. Hati-hati ngan Shaari Sungip, bapak IRC. Masuk PKR, tp tak boleh 'makan'. masuk pas buat kacau. Konon nak kuasai pas. halangan utama IRC nak kuasa pas ialah para ulama'. sbb tu timbul isu ulama' dan propfesional. Konon dia orang pro dan ulama tu tak pro. Ya Allah hancurkanlah golongan anai-anai IRC, HIS dll.

    ReplyDelete
  17. wa sampai arini terasa jahatnya permainan parasit dan dalang2nya tentang bagaimana depa memalukan tokguru presiden kemuncaknya dicadangkan EGM..perghh..hebat sungguh game mereka, tak cukup dgn buat kerja2 bodo dlm pas, geng10 dak itam dgn press statement di legar parlimen...

    ReplyDelete
  18. dah nama parti politik mmg camnilah caranya.. politik ni penuh dgn tipu helah so mmglah adatnya sape2 yg tak dpt nak compete dgn peredaran masa akan kena singkir.. perangai org PAS n UMNgOk ni sama je.. dah nama pun melayu so PHD (Perasaan Hasad Dengki) tu mmg takbleh dipisahkan punye.. bg aku lah, berpandukan keadaan politik skrg ni, PAS mmg bodoh dan tak reti nak amik kesempatan diatas kejatuhan UMNgOk.. bnyk isu2 semasa yg PAS boleh jd champion tp PAS takmo amik.. tak abih2 duk canang isu ISLAM.. TGNA dlm ceramahnya tak abih2 duk cerita hal berjaya ubah sistem bank, cuti, hiburan, etc.. duk ulang mende tu lah berpuluh2 kali + duk salahkan UMNgOk atas segala ketidakupayaan PAS.. stakat tu jer ke PAS bleh wat?? dah kata nak tegakkan Islam, at least wat mende yg org ramai bleh nampak.. nak wat hotel, botel yg ikut syariat islam, wat hospital, hospital yg ikut syariat islam, isu makanan HALAL, PAS bleh jer wat brand makanan n minuman yg telah disahkan halal.. nk harap logo halal jakim tu, sape2 pun bleh tiru.. please le kluar drpd bayang2 UMNgOk!!

    ReplyDelete
  19. Fathuze, itu politik barat. Tapi PAS mengamalkan politik islam, namanya siasah syariyyah. Ini hanya difahami oleh pejuang yang ditarbiah dan dididik dengan ilmu Islam.

    PAS dikawal tindak tanduknya supaya bertepatan dengan siasah syariyyah melalui majlis syura yang merupkan the highest dan the top authority. Keanggotaan majlis syura adalah dikalangan orang mampu berijtihad. (Sila rujuk perlembagaan PAS, fasa keanggotaan ahli majlis syura).

    Yang ni membezakan PAS dan UMNO.

    Jawapannya ya, setakat ini PAS boleh buat dengan kuasa di negeri2. Bila dapat Malaysia, iallah banyak lagi boleh buat.

    Sokong dan undilah PAS.

    ReplyDelete
  20. Sokong ulama... dr gigi, pelakun, penyanyi,jurutera, mekanik, kerani, petani semua untuk urusan dunia boleh dilantik jadi YB, mereka hanya menguruskan dunia sahaja. Alim Ulama lagilah boleh menjadi YB kerana ia ditugaskan menyampaikan risalah Rasul SAW, mereka membaiki diri manusia, mengajak manusia menguruskan dunia dan akhirat. Sokong Ulama.. 70% khalifah Islam mempunyai Basic Agama Yang Tulin

    ReplyDelete
  21. usaha halang rayuan...mungkinkah ini sebahagian usaha parasit? http://anaksengat.blogspot.com/2012/01/nujum-pak-belangagenda-tersembunyi.html

    ReplyDelete
  22. syabas Selamatkan pas ...

    ReplyDelete
  23. Biasanya blogger Ilmiyah ni, admin blogger berani dedah identiti dia.

    Tapi, dlm kes blog ni, identiti blogger dirahsiakan kerana dia adalah blogger pondan.

    Sbb apa identiti rahsia? sbb benda yang ditulis semua auta

    hahahaha

    ReplyDelete
  24. Mengikut maklumat yang saya dapat dari salah seorang penasihat Presiden PAS, Saari Sungip pernah diminta oleh MISG/IRC UK untuk diambil tindakan.

    Sebabnya? kerana Saari Sungip menyeru semua aktivis MISG kembali ke Malaysia dan masuk PAS. Beliau kata beliau tidak nampak adanya masa depan yang jelas sekiranya terus aktif dalam IRC/MISG.

    Hairan. Camana Saari Sungip boleh jadi parasit?

    ReplyDelete
  25. DAlam PAS, yg guna gelaran ulama tu yg paling jahat. KE sana ke mari jaja gelaran ulama semata-mata untuk jawatang.

    Dan, siapa yang lantik mereka2 ni jadi ulama? Masing2 mengaku sebagai ulama dan lantik diri masing2 sbg ulama.

    Juga, yg saya nampak di Selangor, Ketua DEwan Ulama PAS SElangor tu paling jahat mulut dan paling kuat mengumpat dan sebar fitnah.

    Ulama amende tu?

    Tu lah pimpinan ulama kebangaan korang.

    Ketua Dewan Ulama sekarang ni, siap kena booo dengan penyokong sendiri.

    DAh tua nak mati pun masih gila nak pegang jawatan. Hebat sangat akhlak ulama PAS ni ye?

    ReplyDelete
  26. nyahkan parasit2 ini dari Pas dgn segera...mereka ni x memberi apa2 keuntungan pun kpd Pas apa gunanya klau pakai baju Pas, pakai kain lilit Pas tp dlm mase yg same x wala' kpd Presiden sendiri....adakah patut 10 MP Pas berpiket di parlimen utk memprotes idea Presiden?...mmg celaka puak parasit ni

    ReplyDelete
  27. Yang kita semua maklum, Anwar menjadi PM adalah amanah dari Ustaz Fadzil Nor

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu ni taksub sangat...masa dan keadaan berubah..yg dah tiada jgn la dijadikan kambing hitam untuk membenarkan pendirian salah kamu tu.. utamakan la dahulu pimimpin dalam parti sendiri,pastu baru lah pemimpin parti yang lain..

      Delete
  28. Parasit di KEdah tu adalah penasihat arwah ustaz Fadzil nor sehinggalah Ustaz Fadzil meninggal dunia

    ReplyDelete
  29. stop stop...jgn hilangkn mood PJ Selangor nak tggu angkat sumpah jadi EXCO...hehehe takut Sultan suruh pi jga TESCO jer...sian2

    ReplyDelete
  30. Artikel fakta kurang jelas dan mengelirukan. Serupa macam strategi Umno. Pertama nak tanya siapa yang menyingkirkan Almarhum Ust Hassan Shukri? Jawapannya ialah ustaz Nasharudin Mat Isa. Beliau telah menewaskan almarhum pada pemilihan di muktamar pada 2004. Adalah tidak benar Almarhum dipinggirkan kerana beliau telah dilantik sebagai senator oleh kerajaan negeri Selangor. Beliau juga tokoh maal hijrah bagi negeri Selangor. Berkenaan Ustaz Azizan tiada siapa nak jatuhkan dia kecuali berita ini didengar dari mulut longkang seperti kamu. Apapun jelas kamu tiada fakta mengaitkan geng abim dalam hal ini menunjukkan semua adalah rekaan. Kamu sengaja mengaitkannya tanpa bukti sebaliknya kamu taburkan fitnah sebagaimana yang papagomo lakukan untuk Umno. Malulah dengan malaikat yang sentiasa mencatat al\malan kamu semua dan takutlah Allah yang akan mengazab kamu yang suka menyebarkan berita palsu dan fitnah. Budak kecil pun tahu nilai artikel ini sama dengan sampah...

    ReplyDelete
  31. Kepada Encik Mohamad Shafri Shamsudin :

    saya pun nak tanya jugak..betul ke fakta yg anda sebut...

    anda sebut :
    ustaz Nasharudin Mat Isa. Beliau telah menewaskan almarhum pada pemilihan di muktamar pada 2004.

    tapi ,muktamar 2004 tak ada pemilihan, yg ada pemilihan muktamar tahun 2001,2003,2005,2007,2009 dan terbaru 2011. ust nasha berjaya tewaskan almarhum pda muktamar 2003, dan yg melobi utk jatuhkan almarhum adalah puak2 parasit ni..kami tak kan lupa dengan sms2 yg mengutuk almarhum sebagai 'kuda tua', org tua nyanyuk'..bahkan khalid samad pernah sebut bahawa 'selagi hasan shukri ada pas tak kan menang di selangor' dan kerja melobi hasan ali pun kami tak pernah lupa bila puak parasit angkat hasan ali dengan mcm2 pujian..antaranya ialah..hasan ali adalah PJ yg boleh bagi kemenangan pada PAS..akhirnya kalah teruk dlm PRU11 tahun 2004.

    anda jugak sebut :
    Adalah tidak benar Almarhum dipinggirkan kerana beliau telah dilantik sebagai senator oleh kerajaan negeri Selangor.

    tapi seingat saya, yg lantik almarhumbukan kerajaan negeri selangor, fakta yg betulnya almarhum dilantik oleh kerajaan terengganu yg diluluskan dlm sidang DUN terengganu tahun 1999 dan almarhum angkat sumpah sebagai ahli dewan negara pada disember 1999 ..kerajaan selangor waktu itu diperintah oleh BN..

    ReplyDelete
  32. mat safri sudin tu bodo punya org, ada ati nak menulis fakta hahahaha...agak2la nak menulis bro HAHAHAHA

    ReplyDelete
  33. Safri Sudin,

    Dia kata fakta aku tak jelas...Dia punya fakta entah apa2..

    Lawak betulll, 2004 ada pemilihan....

    Bila masa pulak selangor lantik Al Marhum as senator?

    Ish.. kalau nak komen fakta orang, biar fakta kita kemas...

    Kalau tak, cukuplah komen kalau tak tahu... nak sokong tulang besi tak guna, coz hujah dia lagi lawak, 'setakat saya tahu', 'apa yang saya tahu', terkini guna hujah 'yang kita semua maklum'.

    Ni lagi lawak antara bangsa. Bagi hang, fakta tulang besi guna hujah 'yang kita semua maklum' tak mengelirukan?

    Atau anda dihantar oleh Parasit sebagai 'hang jebat' di sini?

    Bertaubatlah. Cukuplah usaha anda nak hancurkan PAS.

    ReplyDelete
  34. Tulang Besi semakin mengarut, tuduh tanpa bukti. Hina ulama.

    SEkarang ni hina ustaz fadzil pulak... bila masa la parasit Kedah jadi penasih ustaz fadzil pulak... aku tak kata, aku search seluruh blog ni, tak ada siapa yang kata....

    Si Buldog ni khayal sorang ni... atau baru dapat 'wahyu' dari tuan-tuan dia yang sedang kelam kabut sekarang dengan blog ni...

    Aku dapat maklumat, tuan-tuan Tulang Besi tuduh sana, tuduh sini tentang owner blog ni..

    Lawak2....

    Semalam aku perhati macam ada orang cuba hack blog ni... Doakan semoga blog ni selamat.

    ReplyDelete
  35. TB Kata: "Beliau kata beliau tidak nampak adanya masa depan yang jelas sekiranya terus aktif dalam IRC/MISG."

    Itulah sebab dan bukti yang diakui oleh TB sendiri bahawa Saari ajak geng2 dia masuk PAS. Sebab dalam selain PAS dah tak ada masa depan. Itulah juga yang ditulis dalam dokumen yang belum saya releasekan... Coz Parasit tak boleh ke mana-mana dengan jemaah dia, melainkan hinggap menumpang di PAS.

    ReplyDelete
  36. TB kata: "Yang kita semua maklum, Anwar menjadi PM adalah amanah dari Ustaz Fadzil Nor"

    Komen aku: pertamanya kita tu sapa? aku rasa kita tak termasuk semua orang. Kita tu ialah golongan buldog2 blogger yang feed maklumat jahat oleh Parasit...

    Aku ni orang PAS, dekat dengan Parti, duduk Malaysia, kehulur ke hilir buat kerja parti, tak pernah tahupun yang Arwah ustaz Fadhil ada beri amanat tentang Anwar jadi PM....

    Lawak2...

    Cukuplah bercakap kalau bersendikan 'yang kita semua maklum', berulamkan 'yang saya tahu'....

    ReplyDelete
  37. kalau parasit lah yg jadi penasihat almarhum ustadz fadzil..maka barang tentu hasan ali telah dilantik jadi PJ seawal sesi 2001-2003..tapi sebliknya..walaupun puak2 parasit bersungguh2 melobi hasan ali utk ganti almarhum hassan shukri..malangnya..almarhum ust fadzil melalui mesyuarat jk kerja pas pusat tetap meilih ust hassan shukri sebagai PJ selangor utk sesi 2001-2003..hinggalah almarhum ust fadzil meninggal dunia..geng2 pasarit berjaya jugak lobi TG haji hadi untuk lantik hasan ali jadi PJ selangor utk jatuhkan almarhum hasan shukri..rancangan parasit berjaya 'patahkan tulang belakang' pas iaitu almarhum ust hasan shukri di selangor dgn melobi hasan ali dan di pusat dengan melobi ust nasha..

    masa ni lah puak2 parasit 'menagung2kan hasan ali dan ust nasha..pakar pentadbiran lah..pakar organisasi lah..boleh cakap 7 bahasa lah..ulamak kontemporary lah..mcm2..malangnya..sms2 'jahat' dihantar kepada ahli malahan perwakilan yang mengutuk almarhum ust hassan shukri sebagai 'org tua nyanyuk', 'kuda tua'..dengan memperlekehkan usaha almarhum ust hasan shukri menyeru ahli pas perbanyakkan cawangan..

    parasit berjaya naik kan hasan ali akhirnya..waktu ini lah puak parasit yg tak boleh blah dlm PKR dok intai jawatan di selangor..ya..tahun 2004 manusia spesis parasit kluar dari pkr dan join pas..tak pasal2 pak abu a.k.a saari sungib tak lama lepas tu dilantik sebagai ketua penerangan..

    konon masa tu sebok dgn 'projek PINTAS'..haha..apa pun tarak..2004..bungkuih habes...

    ReplyDelete
  38. Dr Rani..PJ selangor lagi lawak..tahun 1999 teringin sangat nak jadi calon, siap hantar 'wakil/proxy' ke rumah almarhum ust hassan shukri sebab nak lobi jadikan dia calon pru..akhirnya kena rejek dgn ust hassan shukri sebab melangar syarat calon seperti yg disebut dlm aturan pemilihan calon..iaitu..tidak boleh melobi..haha

    ReplyDelete
  39. sebelum saya terlupa..haha..lepas almarhum ust fadzil meninggal dunia..antara kejayaan awal spesis parasit ialah berjaya meletakkan ir amiruddin hamzah sebagai calon PRK DUNanak bukit dan dr hayati osman sebagai calon PRK Parlimen Pendang...kedua-dua manusia ini adalah spesis parasit dlm pas kedah...mungkin agak senyap sikit pasai dpt pangkat Dato' agaknya..haha

    ReplyDelete
  40. kena kerja keras pastikan ulama kembali memimpin dalam pas

    taknak aku nt anak2 pompuan aku terlonjak2 macam dlm video tu

    kalau aksi macam tu kalid samad ke dr dzul ke saari ke suka le tgk

    ReplyDelete
  41. Saari Sungip pada pertengahan tahun lepas ada ke UK. Pada asalnya perancangan telah dibuat oleh pihak PAS melalui PAS Representative Council (PRC) UK Eire utk membawa Saari ke bbrp tempa sekitar UK utk berceramah. Namun, amat mendukacitakan, Saari mendarat di Airport, lantas bersama-sama dgn sekumpulan rakyat Malaysia dari IKRAM UK dan terus bersama mereka sehingga hari kepulangan. Program PAS tetap berjalan, tapi Saari turun bersama-sama kumpulan IKRAM. Buat makluman IKRAM UK sebelum ini adalah Majlis Syura Muslimun (MSM) (Nama ditukar pada 1991) yang berasal daripada IRC!

    Semua ahli PAS di UK ni dah tahu siapa Saari Sungip. Beliau asal belajar pun di UK dan merupakan pengasas IRC. Insiden yang berlaku baru ni membuktikan beliau masih bersama IRC dan menjadi Parasit dalam PAS!

    Tahniah Blogger Selamatkan PAS! Teruskan membongkar! Sekiranya mahu banyak maklumat dr UK & Ireland, boleh hubungi ana.. Kita tidak membenci & mengutuk peribadi mereka, tapi kita sangat membenci & mengutuk tindakan mereka! Semoga mereka bertaubat & kembali ke pangkal Perjuangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... peribadinya... masyaallah, tapi tindakan/agendanya ... spt tercatat di blog ini! Pernah bersamanya (IRC/MSM) semasa di UK, tidak lagi bersamanya setelah pulang ke MY.

      Delete