ADAKAH BOLEH DISEMBUNYIKAN DASAR ISLAM BAGI MERAIH SOKONGAN?
Poin pertembungan antara Islam dan IRC

Semua orang PAS dan penyokongnya bersetuju untuk perlaksanaan syariat Islam apabila mencapai kemenangan. Itu adalah satu poin yang tidak dapat dinafikan. Semua bersetuju bahawa tidak sesuai bahawa penceramah PAS yang berdepan dengan orang yang baru nak kenal Islam, tiba-tiba terus bercerita tentang potong tangan, rejam, sebat dan seterusnya. Semua bersetuju bahawa perjuangan PAS sememangnya untuk menegakkan Islam. Semua bersetuju dengan poin-poin tersebut. 

Tetapi, yang menjadi titik pertembungan antara fikrah Islam dan fikrah IRC ialah, PAS tidak sepatutnya bercakap tentang hudud, kisas, negara Islam hatta tentang perlaksanaan syariat Islam itu sendiri supaya ‘kita menang dulu, baru kita bercakap tentang islam’. Bermaksud, bila kita tak bercakap tentang Islam, orang bukan islam akan sokong kita. Seterusnya kita mencapai kemenangan, pada masa itu barulah kita bercakap tentang Islam.


IRC ADALAH LIABILITY PARTI DALAM ISU ISLAM DAN HUDUD

Strategi IRC di dalam PAS khususnya di dalam PRU-12 ialah bertanding di kawasan-kawasan non-muslim. Menurut kertas perancangan mereka, sokongan non-muslim sangat penting bagi mencapai kemenangan di dalam siri-siri pilihanraya di Malaysia.

Memang inipun sebenarnya yang PAS fahami. PAS tidak pernah menyatakan sokongan non-muslim tidak penting dalam realiti pilihanraya di Malaysia. Tetapi apa yang menjadi titik pertembungan antara fikrah PAS dan IRC ialah, sejauhmanakah dasar-dasar sebenar Islam perlu disembunyikan (taqiyyah) bagi menarik dan menjaga hati golongan non-muslim?


Wan Ji… Syaitan: jawab balaghah Wan Ji Hantu Boceng.

Tajuk di atas sebenarnya adalah Iijaz (ringkasan) dengan membuang (Hazf) perkataan asal yang berbunyi: Wan Ji (adalah anak Wan Hasan). Syaitan (adalah musuh beliau): Jawab balaghah Wan Ji (Tentang) Hantu Boceng. Begitulah secara intro kaedah balaghah Wan Ji ketika membela skrip Hantu Bonceng.

APA YANG SAYA MAHU DEDAHKAN


Apa yang hendak saya dedahkan di sini ialah bukti-bukti, sifat-sifat konspirator luaran yang sedang bermaharaja lela di dalam parti. Contohnya: 
1. Bukti-bukti dan dokumen perancangan mereka untuk menguasai PAS.
2. Mengelirukan orang ramai tentang standing PAS terhadap isu-isu semasa, khususnya isu agama dan tahaluf. 
3. Pemimpin-pemimpin PAS yang hendak dijalankan operasi Assasination Character, eg: Ustaz Azizan, TG Presiden, Ustaz Harun Taib dll. Yang telah berjaya mereka burukkan imej ialah Ustaz Nasharudin Mat Isa. 
4. membuat fitnah-fitnah dalam PAS seperti "mahu bergabung dengan UMNO", perjumpaan sulit dan lain-lain. 
5. menapis serta mengawal bentuk penonjolan PAS di dalam masyarakat menurut methodology mereka melalui penguasaan media-media penting seperti harakah dll. 
6. apakah fikrah-fikrah mereka guna menguasai PAS. 
7. Permusuhan mereka terhadap Dewan Pemuda pimpinan Ustaz Nasarudin Tantawi, Ustaz Azizan dan negeri Kedah, Ustaz Harun Taib dan Terengganu serta penguasaan mereka terhadap sendi-sendi penting kerajaan negeri dan Perhubungan PAS negeri Kelantan. 

GOLONGAN IRC MULA MEMENINGKAN KEPADA PRESIDEN

Sebagaimana yang telah saya sebutkan sebelum ini, golongan IRC ini telah membuat mesyuarat sulit yang dihadiri seramai 8 orang pemikir strategy pada malam 5 haribulan untuk melantik S/U agung. Mereka memerlukan jawatan ini kerana ianya penting bagi strategi mengepong presiden dalam segala tindak tanduk parti. Sekalipun S/U tersebut bukanlah daripada kalangan IRC, tetapi mereka adalah dari kalangan yang tidak mengenal IRC dan gerakannya, seterusnya tidak menjadi penghalang kepada agenda mereka di dalam PAS. 

Dalam pengalaman penggal 2007/2009, golongan IRC banyak menghentam presiden di dalam mesyuarat Pakatarn Rakyat berbanding membantu dan mempertahankan presiden. Justeru itu, Presiden melantik Cikgu Pa di dalam sessi lepas bagi mengatasi masalah ini. Tetapi malangnya, pada kali ini golongan IRC sudah menguasai peringkat atas dan bawah, menyebabkan Presiden sekali lagi akan menghadapi tekanan dalam gerak kerja sepanjang sessi ini.

Harap Abang Mat dapat memahami dan membantu Presiden. Lantik Cikgu Pa, bukan Dr. Syed Azman.

Note 1: Abang Mat tak terlibat di dalam mesyuarat ini. Justeru Abang Mat hanya menjadi laluan kepada diorang untuk menguasai Dewan Harian, seterusnya mengawal Presiden.

Note 2: Saya juga tidak salahkan Dr Syed Azman dalam isu ini. Kerana yagn salah ialah conspirator dibelakang tabir. 
KES PERTAMA: ABANG MAT TAK IKUT JEJAK ARAHAN IRC.

Sewaktu makan di bilik ruangan atas KUIZM, YB ****** telah berbisik kepada Abang Mat: "esok, hentam sikit Dr. Harun Din dalam ucapan penangguhan enta". Abang Mat sekadar menganggukkan kepala.

Penulis sekadar ingin melihat, adakah Abang Mat benar-benar akan berbuat demikian atau sebaliknya. Justeru itu, penulis menunggu-nunggu ucapan penangguhan Abang Mat. Selepas diteliti, abang Mat hanya memuji ulama2 PAS silam dan ulama PAS semasa serta ulama2 antarabangsa lain.

Ini bermakna, hari pertama perlantikan Abang Mat dah tak ikut telunjuk diorang.

Apakah Abang Mat akan menerima nasib yang sama macam Ustaz Nasha? Tunggu dan lihat.

Kes kedua akan menyusul: IRC dah belakangkan Abang Mat. Mesyuarat sulit tidak dijemput, sedangkan sebelum muktamar, Abang Mat sentiasa di panggil untuk berbincang tentang line up. Tapi perbincangan tentang siapakah SU agung, abang Mat dipinggirkan. Siapakah SU dalam line up IRC? Adakah ia akan mengikut keselesaan Presiden atau sebenarnya mereka akan bertegas dengan SU yagn direstui oleh diorang walaupun terpaksa bersikap kurang ajar terhadap Presiden?
SIAPAKAH DALANG DI SEBALIK PERPECAHAN DI DALAM PAS?

Mereka yang dimaksudkan sebagai munafiq ialah orang-orang IRC. IRC ialah ringkasan daripada Islamic Representative Council yang ditubuhkan di UK yang mempunyai semangat Islam di kalangan beberapa Student Malaysia di UK sekitar tahun 70an.

Mereka balik ke Malaysia dan terlibat dengan PAS atas semangat tersebut. Tetapi, secara diam-diam mereka berhasrat untuk mengepalai dan menguasai PAS berdasarkan idealisma student pada waktu tersebut.

Pada peringkat awal, mereka telah menyusup masuk ke dalam ABIM dan cuba menguasai ABIM daripada dalam. Seterusnya, kegiatan mereka disedari oleh pimpinan ABIM yang akhirnya menyebabkan IRC dipecat daripada ABIM.

Perkara yang sama dilakukan terhadap PAS yang akhirnya IRC menerima nasib yang sama sekitar akhir 80an.

Ini menyebabkan, IRC tiada platform untuk bergerak dan kedudukan mereka seoalah-olah roh tanpa jasad. Dalam retreat mereka sekitar tahun 86-89, terdapat cadangan untuk menubuhkan platform yang akhirnya tercapai pada tahun 1990. Platform tersebut dikenali sebagai JIM.

Dalam pergoalakan politik pada tahun 1998, JIM melihat peluang yang besar untuk mereka  menyelinap semual di dalam politik khususnya Parti Pembangkang. Akhirnya, mereka telah mengatur untuk sebahagiannya masuk kedalam PKR, PAS dan sebahagian yang lain telah lama membina tapak di dalam UMNO.

Tetapi, pada tahun 2004, mereka telah ramai-ramai berhijrah masuk ke dalam PAS setelah merasakan mereka tidak berpeluang di dalam PKR, khususnya orang-orang PKR kebanyakannya adalah bekas ABIM yang 'enti IRC'.

Setelah mereka beramai-ramai berhijrah ke dalam PAS, akhirnya bermulalah episod untuk menguasai PAS dari dalam. Di sini lah juga bermulanya episod pertelagahan dalaman PAS yang akhirnya memberikan kesan seoalah-olah 2 Tok Guru besar PAS dilihat sebagai bertelagah.

Nanti, saya akan detailkan satu persatu, dan saya akan kemukakan dokumen demi dokumen yang  menunjukkan perbuatan-perbuatan dan rancangan-rancangan mereka.

SIAPA YANG DIBIMBANGI? ABANG MAT ATAU BONGKAH AIS DISEBALIKNYA?



Keputusan pemilihan PAS pada kali ini boleh dijangka sedari awal oleh orang dalam Parti. Ini disebabkan satu gelombang dan gerakan besar yang tersusun rapi bergerak secara aktif termasuk saraf-saraf parti diguna pakai bagi tujuan ini. Kempen dan culaan telah dijalankan sedari awal, seawal selepas kekalahan Husam pada 2 tahun lepas.