SIAPAKAH DALANG DI SEBALIK PERPECAHAN DI DALAM PAS?
Mereka yang dimaksudkan sebagai munafiq ialah orang-orang IRC. IRC ialah ringkasan daripada Islamic Representative Council yang ditubuhkan di UK yang mempunyai semangat Islam di kalangan beberapa Student Malaysia di UK sekitar tahun 70an.
Mereka balik ke Malaysia dan terlibat dengan PAS atas semangat tersebut. Tetapi, secara diam-diam mereka berhasrat untuk mengepalai dan menguasai PAS berdasarkan idealisma student pada waktu tersebut.
Pada peringkat awal, mereka telah menyusup masuk ke dalam ABIM dan cuba menguasai ABIM daripada dalam. Seterusnya, kegiatan mereka disedari oleh pimpinan ABIM yang akhirnya menyebabkan IRC dipecat daripada ABIM.
Perkara yang sama dilakukan terhadap PAS yang akhirnya IRC menerima nasib yang sama sekitar akhir 80an.
Ini menyebabkan, IRC tiada platform untuk bergerak dan kedudukan mereka seoalah-olah roh tanpa jasad. Dalam retreat mereka sekitar tahun 86-89, terdapat cadangan untuk menubuhkan platform yang akhirnya tercapai pada tahun 1990. Platform tersebut dikenali sebagai JIM.
Dalam pergoalakan politik pada tahun 1998, JIM melihat peluang yang besar untuk mereka menyelinap semual di dalam politik khususnya Parti Pembangkang. Akhirnya, mereka telah mengatur untuk sebahagiannya masuk kedalam PKR, PAS dan sebahagian yang lain telah lama membina tapak di dalam UMNO.
Tetapi, pada tahun 2004, mereka telah ramai-ramai berhijrah masuk ke dalam PAS setelah merasakan mereka tidak berpeluang di dalam PKR, khususnya orang-orang PKR kebanyakannya adalah bekas ABIM yang 'enti IRC'.
Setelah mereka beramai-ramai berhijrah ke dalam PAS, akhirnya bermulalah episod untuk menguasai PAS dari dalam. Di sini lah juga bermulanya episod pertelagahan dalaman PAS yang akhirnya memberikan kesan seoalah-olah 2 Tok Guru besar PAS dilihat sebagai bertelagah.
Nanti, saya akan detailkan satu persatu, dan saya akan kemukakan dokumen demi dokumen yang menunjukkan perbuatan-perbuatan dan rancangan-rancangan mereka.
No comments:
Post a Comment