Wan Ji… Syaitan: jawab balaghah Wan Ji Hantu Boceng.

Tajuk di atas sebenarnya adalah Iijaz (ringkasan) dengan membuang (Hazf) perkataan asal yang berbunyi: Wan Ji (adalah anak Wan Hasan). Syaitan (adalah musuh beliau): Jawab balaghah Wan Ji (Tentang) Hantu Boceng. Begitulah secara intro kaedah balaghah Wan Ji ketika membela skrip Hantu Bonceng.



Wan Ji… Syaitan: jawab balaghah Wan Ji Hantu Boceng.

Tajuk di atas sebenarnya adalah Iijaz (ringkasan) dengan membuang (Hazf) perkataan asal yang berbunyi: Wan Ji (adalah anak Wan Hasan). Syaitan (adalah musuh beliau): Jawab balaghah Wan Ji (Tentang) Hantu Boceng. Begitulah secara intro kaedah balaghah Wan Ji ketika membela skrip Hantu Bonceng.

Tulisan saya ini sebenarnya sebagai menjawab tulisan wan Ji bertarikh 19 September bertajuk: Di Mana Salahnya Ungkapan Zizan Dari Hantu Boceng Itu? Sila klik: http://g-82.blogspot.com/2011/09/di-mana-salahnya-ungkapan-zizan-dari.html.

Setelah melihat dua tulian Wan Ji di dalam blognya, saya dapati ianya cukup mengelirukan orang ramai, khususnya mereka-mereka yang tidak mempunyai asas pengajian bahasa Arab. Kebetulan saya pernah mengaji khusus dalam bidang bahasa arab (termasuk ilmu balaghah), saya dapat mengesan secara spontan kesalahan-kesalahan dalam tulisan tersebut, khususnya penghujahan Iijaz Mahzuf yang dikemukakan.

Dalam tulisan tersebut, Wan Ji menulis: “Kalau kita perhatikan, ia sebenarnya mempunyai dua ayat. Ayat pertama adalah, "Wa Asyhadu Anna Muhammad...... " iaitu ayat yang tidak sempurna.. atau dalam pengajian ilmu balaghah, ia disebut kalam naqis, iaitu kalam yang ada kalimah mahzuf. Kalam naqis ini, perlu ditaqdirkan kalam sahaja. iaitu, jika dilihat pada ayat ini, hanya perlu ditambah "Rasulullah". Kemudian dia sambung lagi: “adapun ayat kedua adalah "Syaitan !!!".. Dalam pengajian balaghah, ia boleh diistilahkan sebagai kalam Iijaz Hazf (ringkasan yang dibuang. dalam ilmu Balaghah, Kalam Iijaz ini ada dua, iaitu Iijaz Hazf dan Iijaz Qasr).

Dalam tulisan wan Ji ini, terdapat banyak kesilapan. Antaranya yang terbesar yang saya nak fokuskan ialah kesalahan mengklasifikasikan hazaf dan mahzuf menurut resam balaghah disamping perbahasan Wan Ji realitinya adalah out of contact.  

Saya tidak berhasrat untuk mengulas poin out of contact tulisan Wan Ji kerana Isu besar yang saya nak fokus dalam tulisan ini ialah: penghujahan Wan Ji dengan menggunakan ilmu Balaghah, iaitu Iijaz Hazf adalah salah. Apabila IIJAZ HAZF yang mentakwilkan maksud yang lain daripada Zahir perkataannya, menurut kaedah ilmu Balaghah, ia akan terguna pakai maksud zahir daripada penyusunan perkataan. – (Lihat: أسرار البلاغة, karangan Imam Al-Jurjaani, m/s: 363)

Hazaf atau dengan kata lain membuang perkataan-perkataan tertentu daripada ayat yang Taam (sempurna) mempunyai matlamat dan syarat-syaratnya. Syarat terpenting ialah perkataan yang dihazaf memberikan maksud lebih baik dan lebih kuat dan menjiwai, bukan mengelirukan. Abdul Qahir El-Jurjaani, seorang ulama Balaghah berkata:
"ما من اسم حُذِفَ في الحالة التي يَنْبَغي أن يُحْذَفَ فيها إلاَّ وحَذْفُهُ أحْسَنُ من ذِكْره"
“Tiadalah sesuatu nama (perkataan) dihazafkan pada waktu ia mesti dihazafkan melainkan penghazafan itu lebih baik daripada menyebutnya.” Ini bermaksud, pentakwilan Wan Ji tentang Iijaz Mahzuf dalam ayat ini tidak menepati syarat Iijaz Mahzuf dalam ilmu balaghah. – Lihat: البلاغة العربية: أسسها وعلومها وفنونها.: m/s 494.
Sebab itulah, hazaf menurut Imam Al-Khatib Al-Qazwini, Hazf Iijaz (secara sengaja) boleh berlaku di beberapa tempat: iaitu hazaf mudhaf dengan mengekalkan mudhof ilaih dan hazaf mausuf dengan mengekalkan sifat. Contohnya pertama ialah: اسأل القرية dengan maksud, tanyalah kampung dengan hazaf penduduk. Jadi asal ayat ialah “Tanyalah (penduduk) kampung”. Contoh kedua: “Dia anak seorang pahlawan”, dengan hazaf perkataan “lelaki yang bersifat” yang sepatut perkataan asalnya ialah “dia anak seorang (lelaki yang bersifat) pahlawan” kerana pahlawan bukanlah orang, tetapi ia adalah kata sifat. Lelaki dihazafkan sebab perkataan بطال adalah lelaki (muzakkar).  Di sana juga terdapat hazaf Syarat dan hazaf jawab syarat yang mempunyai perbahasan yang bercabang-cabang. – (الإيضاح في علوم البلاغة: m/s 177-186). Saya tidak berhasrat untuk membahaskan semua jenis cabang-cabang serta syarat-syarat Iijaz Hazf, tetapi saya ringkaskan bahawa, penghujahan Wan Ji dengan menggunakan kaedah balaghah sememang tidak menepati syarat Hazaf dalam bab Iijaz ilmu Balaghah.

Dalam contoh Iijaz Hazf mudhof, iaitu “tanyalah kampung” (اسأل القرية), penghazafan perkataan ‘penduduk’, bukan sahaja maknanya tidak lari daripada maksud asal ketika tidak dihazafkan, bahkan memberikan makna yang lebih kuat selepas berlakunya hazaf, iaitu seolah-olah kampung itu adalah satu entiti yang hidup yang boleh menjawab soalan seperti manusia. Di sini berlakunya gabungan antara Ilmu Al-Bayan, Al-Ma'aani dan Al-Badii’, iaitu kategori-kategori ilmu Balaghah di samping nahu dan sorofnya betul. Seni balaghah ini terdapat di dalam ayat 82 daripada surah Yusof yang berbunyi:
وسئل القرية التي كنا فيها والعير التي أقبلنا فيها وإنا لصادقون 

Maksudnya: dan bertanyalah kepada (penduduk) negeri (Mesir) tempat kami tinggal (berdagang) dan kepada orang-orang kafilah yang kami balik bersamanya. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar. 

Manakala bentuk Iijaz Hazf yang Wan Ji sebut, iaitu hazaf khabar pada ayat pertama dengan disambungkannya mubtada’ dalam ayat pertama dengan mubtada’ dalam ayat kedua. Ini tak pernah disebutkan di dalam mana-mana bab dan guideline Iijaz di dalam ilmu balaghah. Apatah lagi apabila penghazafan dan gabungan ini berlaku, mubtada’ kedua boleh disalah anggap sebagai khabar kepada mubtada’ pertama sehingga boleh difahami dan ditakwilkan “Muhammad adalah Syaitan”. Kaedah Iijaz Hazaf ini tidak pernah disebutkan di dalam mana-mana kitab balaghah. 

Wan Ji perlu faham, bahawa sandaran ilmu balaghah adalah Al-Quran, hadis dan Syair Jahiliyyah. Di dalam sumber-sumber ini, tidak terdapat jenis Iijaz Hazf yang Wan Ji sebutkan. Bahkan apa yang terdapat adalah sebaliknya, iaitu resam baca Al-Quran yang merupakan sumber kepada ilmu Balaghah tidak dibenarkan berhenti di akhir ayat, kemudian sambung perkataan akhir dengan perkataan awal pada ayat seterusnya kerana dibimbangi pendengar terkeliru mana mubtada’ dan khabar, sekalipun asal ayat adalah betul susunannya, tetapi ditegah dalam ilmu tajwid kerana dibimbangi pendengar terkeliru. Apabila tidak terkeliru, maka dibolehkan seperti kedudukan bacaan ayat kedua dan ketiga daripada surah Al-Baqarah.  
Jika hazaf memberikan makna yang mengelirukan, apatah lagi memberikan makna yang berlawanan dengan ungkapan atau penulisan, maka ia adalah salah dari sudut ilmu balaghah kerana tujuan ilmu balaghah secara amnya adalah bertujuan untuk menajamkan, mengindahkan dan menjiwai maksud asal pengungkapnya / penulisnya berdasarkan susunan perkataan. 

Jika sebaliknya, iaitu hazaf yang boleh menjadikan makna yang difahami bercanggah dengan maksud asal, maka ini bukan balaghah namanya. Sebagai contoh, ayat asal yang berbunyi: “Wan Ji adalah anak Wan Hassan. Syaitan takut kepada Wan Ji.”  Ayat prosa ini cukup jelas maksud dan maknanya. Kemudian, ayat pertama dihazafkan khabarnya (Wan Ji adalah anak Wan Hassan.) seterusnya dihazafkan pula khabar ayat kedua (Syaitan takut kepada Wan Ji.”) kemudian apabila ayat ini disambung  maka bunyinya: “Wan Ji… Syaitan”. Intonasi dan maksud perkataan dalam ayat ini apabila disebut sekaligus, dia memberikan makna yang contradict / berlawanan dengan maksud asal kalam yang taam. Ini bukan balaghah namanya.
Sama juga, “Muhamad adalah Rasulullah!” di sambung dengan ayat “Syaitan sedang datang kepadaku! adalah ayat yang Taam (sempurna tanpa ada hazaf) yang maknanya difahami dan tidak mengelirukan. Menghazafkan khabar dalam ayat pertama iaitu perkataan “Rasulullah” dan disambung dengan Mubtada’ (Syaitan) dalam ayat kedua serta dihazafkan khabarnya (sedang datang kepadaku) menjadikan perkataan yang kekal disebut “Muhammad … Syaitan”. Maka maksud asal “Muhammad adalah Rasulullah. Syaitan Datang kepadaku” adalah contradict sama sekali dengan susunan perkataan “Muhammad …Syaitan”. Maka hujah Iijaz Hazf dalam ilmu balaghah yang dihujahkan oleh Wan Ji adalah salah justeru syaratnya Iijaz Hazf mestilah maksud dan susunan perkataan adalah lebih kuat dan taham selepas dihazafkan, atau paling kurang boleh difahami bila dihazafkan, bukan contradict atau bercanggah sebagaimana realiti skrip hantu boceng yang dibela oleh Wan Ji.

Sebagai tambahan, Wan Ji sebenarnya dilihat terkeliru apabila Hazaf yang mengiijazkan (meringkaskan) skrip Hantu Boceng dianggap sebagai ilmu balaghah. Walhal, ilmu balaghah mestilah mempunyai maksud dan makna yang lebih kuat, mendalam dan menjiwai berbanding ayat biasa sebagaimana dijelaskan sebelum ini, atau paling kurang ayat biasa tetapi perlu diringkaskan justeru ianya tidak mengubah maksud asal. Bukan semata-mata terdapat Iijaz dan hazaf sahaja, maka ia adalah ilmu balaghah. Perhatikan kedudukan hazaf di dalam ayat-ayat dibawah dan manakah dianggap sebagai ayat balaghah dan manakah yang bukan:  
1 - Tanyalah kampung tersebut (اسأل القرية) = ini adalah ayat balaghah justeru berlaku hazaf ‘penduduk’ bagi memberikan makna yang lebih kuat dan menjiwai justeru menjadikan kampung seolah-olah entity yang hidup.
      2 -  Dia ke pasar berjalan kaki (ذهب إلى السوق ماشيا)= ini adalah ayat prosa (biasa) bukan balaghah sekalipun berlaku hazaf, iaitu ‘dia kebandar hal keadaannya berjalan kaki (ذهب إلى السوق حال كونه ماشيا).  
      3 -  Wan Ji … Syaitan = ini lagilah bukan isu balaghah sekalipun terdapat hazaf daripada maksud dan ayat asal (wan ji adalah anak wan Hassan. Dia bukan syaitan). Sekalipun ayat ini betul dengan nahu dalam kontek percakapan tidak sengaja (takwil Wan Ji), tetapi ia bercanggah dengan konsep balaghah dan nahu sendiri apabila maksud lain, sengaja sebut lain. Ini kerana, ilmu balaghah menumpukan pembinaan maksud yang lebih baik, indah, tajam, dalam dan menjiwai pendengar hasil daripada perkataan yang disusun, manakala nahu dan sorof pula menekankan penggunaan lafaz dan sebutan seperti baris, penghazafan dan pentakwilan terhadap percakapan spontan atau terancang (akademik) supaya bertepatan dengan maksud kebiasaan orang  yang bercakap.

Di sini jelas menunjukkan wan Ji terkeliru apabila membahaskan isu hazaf perkataan dari perspektif balaghah berkaitan skrip Hantu Boceng, justeru mafhum daripada perkataan dan maksud yang ditakwil oleh wan Ji adalah jauh berbeza dengan ungkapan Zizan daripada skrip yang disediakan. Justeru itu, penghujahan ilmu Balaghah Wan Ji tentang skrip Hantu Boceng sebenarnya bukan sahaja out of contact, tetapi adalah salah dengan konsep dan tujuan sebenar penggunaan ilmu balaghah itu sendiri.

Apa yang perlu lebih diperjelaskan dan dipertegaskan sekali lagi, tidak ada tempat dalam ilmu Balaghah yang mengharuskan berlaku Hazaf yang boleh mengelirukan dan lari daripada maksud Asal susunan perkataan selain bab Majazi. Tetapi bab Majazipun mementingkan makna yagn mendalam dan tidak contradict dengan maksud asal perkataan-perkataan yang disusun apabila dihazafkan perkataan-perkataan tertentu. Ayat Taam yang jelas seperti: “Wan Ji adalah ustaz. Syaitan takut kepadanya.” memberikan maksud yang baik. Tetapi apabila dihazaf khabar pada ayat pertama, disambung sebutannya dengan mubtada’ ayat kedua, seterusnya dihazafkan pula khabar ayat kedua dan kemudian disambung, maka bunyinya “Wan Ji… Syaitan”. Ayat ini tak betul dari sudut balaghah justeru maksud pengungkapnya tidak sama dengan perkataan yang kekal tersusun selepas berlakunya hazaf, disamping boleh ditakwilkan dengan pelbagai takwilan negatif seperti “Wan Ji kawan Syaitan”, “Wan Ji sememangnya Syaitan”, “Wan Ji sukakan Syaitan”, “Wan Ji jatuh cinta dengan Syaitan”, “Wan Ji adalah Jin keturunan Syaitan” dan lain-lain, “sekalipun niat asal pengungkapnya adalah positif.

Jika Wan ji berkeras dengan takwilan Balaghah ciptaannya sendiri, maka saya bertanyakan Wan Ji, apa pendapat beliau jika saya panggil beliau dengan “Wan Ji… Syaitan!!!”. Dot dot dot tu, ikutlah pembaca nak takwil apapaun, “wan ji (benci) syaitan”, “wan ji (pengikut) syaitan”, “wan ji (pro) syaitan”, “wan ji (adalah) syaitan”, “wan ji (sememangnya) syaitan” dan lain-lain. Saya akan menyebut “Wan Ji...” kemudian saya saktah (diam 1 saat) dan sambung dengan kuat “...Syaitan!!!”, sama macam Zizan sebut skrip Hantu Boceng: “Asyhadu Anna Muhammadarr … Syaitan!!!”.

Jika Wan Ji kata skrip tu betul bahkan mengandungi takwilan balaghah, maka dia tak boleh marah bahkan redha jika saya dan pembaca-pembaca lain panggil beliau, “Wan Ji… Syaitan”. Tetapi kalau wan Ji rasa tersilap dalam tulisannya yang lepas, dia sepatutnya kena tarik balik tulisan dalam blognya dan tidak boleh berkeras dengan mengekalkannya kerana boleh mengelirukan pembaca yang tidak membaca artikel ini, khususnya bagi yang tiada asas bahasa Arab. Imam Sayuti pernah menyebut: kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan di dalam kebatilan."

Jika berdegil mengekalkan tulisan blognya kerana baginya skrip dalam Hantu Boceng tak salah dan mengandungi unsur balaghah, maka Wan Ji kena redha dengan gelaran "Wan Ji...  Syaitan" dan saya syorkan kepada semua pembaca sebut “Wan Ji … Syaitan” bukan “Wan Ji Bakistan” kerana kedudukan perkataan “Wan Ji … Syaitan” sama dengan “Muhammadarrr… Syaitan”.

Jika Wan Ji marah orang sebut macam tu, wan Ji kena ingat, saya dan semua umat Muhammad SAW sebenarnya lebih marah bila orang skripkan filem lawak dengan “Muhammadarrr… Syaitannnnn!!!!” dan kami juga marah dengan orang yang membela benda yang boleh membuka ruang mempermainkan agama atas nama dan hujah agama. Orang seperti ini patut dipancung tengkuknya (takwil hazaf Balaghah Wan Ji: “dipancung tengkuk lembunya untuk dibuat walimah”).

Di sini saya ingin mengucapkan syabas dan menyokong tindakan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang berani mengambil risiko politik dengan membuat memorandum bantahan atas skrip Hantu Boceng yang boleh mengundang kekeliruan dan boleh dianggap sebagai sinis kepada kesucian syahadah. Di manakah jabatan-jabatan Islam kerajaan seperti Jakim, Jais, Mais, Yadim yang sebelum ini dianggap hero memperjuangkan agama, sedangkan isu seperti ini tidak diperbetulkan. Bagi saya, memorandum DPPM adalah sangat baik dan bersikap hati-hati apabila menyebut “berbaur” bukan menyebut “menghina Islam”. Wan Ji kena faham betul-betul bahasa Malaysia yang digunakan oleh DPPPM sebelum bercakap balaghah Arab yang dia sendiripun tak mahir.

-    Berubahlah Sekarang, Selamatkan PAS. (BSSP).
http://selamatkan-pas.blogspot.com
Selamatkan.pas@gmail.com

13 comments:

  1. Sekurang2nya Wan Ji bukan blogger pondan cam hang

    ReplyDelete
  2. Jantan sekalipun, perangai Abu Jahal nak buat apa? memang dia paling hero, kata nabi Gila, tapi mana ada bukti?

    Terima kasih kerana dah masuk famouskan blog ini.

    ReplyDelete
  3. tulan besi tu je hujah dia, kata org pondan.. dok tahu ah setara mana kejantangan dia.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. tulang besi bukan tahu apa pun yg ditulis ni.. dia bingung gitu je

    ReplyDelete
  5. Yg aku tahu takda Sahabat2 nabi yg berperangai pondan cam hang. Kata ikut tarbiyyah ulama konon tapi hasil tarbiyyah ulama adalah jadi blogger pondan.

    Ko sama geng dgn blogger2 pondan lain tu mcm Batu Api/Cikgu Zul/Songkok Putih.

    ReplyDelete
  6. Aku dah agak dah, blog ni memang hasil kerja tangan puak2 terengganu yg rapat dgn harung taib

    ReplyDelete
  7. ayat Zizan tu sebenarnya tak susah nak difahami, rasanya tau bukan maksud dia nak sebut syaitan tu, tapi dah nama melawak mcm2 ayat tersembur...

    At least Zizan selamat dari dosa menfitnah, menghuru-harakan jemaah Islam..

    dan 1 more, Zizan agaknya lebih berakhlak jika terjumpa Ustaz Harun Taib, mau insya Allah dia tegur.. Assalamua'alikum 'Ustaz'.. dan mustahil Zizan sanggup sebut "Hai Harung Taib"...

    ReplyDelete
  8. Refer kat sini kalau nak lihat katogori Tulang Besi yang berani:

    http://selamatkan-pas.blogspot.com/2012/01/uslub-nabi-ibrahim-sebagai-pilihan.html

    ReplyDelete
  9. wan ji sape x kenal mase belajar kt Pakistan dulu...kata mengaji tp isap rokok...belaja pun x abis..nk tunjuk terer...ilmu ciput gebang je besor...

    ReplyDelete
  10. tulang besi, aku ada pengalaman melihat seorang pakcik yg menghina ustaz (walaupun belum bertaraf ulama). akhirnya dengan izin ALLAH pakcik tu kena kanser pangkal lidah, kena potong lidahnya, masuk hospital dua tiga kali selepas dibedah dan akhirnya nazak dekat enam jam juga lah baru meninggal. walau apa pun orang boleh kata mungkin dia dihukum pasal benda lain atau itu bahagian dan takde kena mengena dengan hal itu, saya amat berhati2 dgn mulut saya (atau tulisan saya), dan saya tak nak cuba betul atau tidak hal itu.

    ReplyDelete
  11. kekura,
    ulama bukan ada kuasa sakti mahupun tulah sampai tak blh dikritik. Kalau tak blh diumpat, semua orang Islam yg beriman tak blh diumpat/difitnah, bukn ulama saja. Blh muliakan ulama, tp biarlah berpada dan berasas. jgn sampai kita ni dianggap umat yg bodoh (percaya benda tahyul). Nabi Muhammad S.A.W. pun tak kata diri baginda sakti. Smuanya adalah kuasa Allah yg memuliakan Nabi. Bhkn ada yg sakiti Nabi S.A.W. tk kena cash di dunia pun! Cuma hukuman akhirat tu pasti bg mereka yg menghina/menzalimi para nabi dan rasul.

    Jadi apa istimewanya alim ulama tk blh dikritik? mereka bukan maksum. Shbt yg dijamin syurga pun kena kritik oleh shbt yg lain. Selagi apa yg dikritik tu berasas, takde salahnya. Dan orang yg dianggap ulama itupun jgnlah sombong anggap dirinya maksum. yg anggap mereka tu ulama cuma manusia. Di sisi Allah belum tentu mereka tu mulia. Yg penting bg kita ialah mulia di sisi Allah, iaitu orang yg paling bertaqwa.

    Tgur/kritik ulama blh, tp sbb mereka tu dimuliakn kerana ilmunya, kenalah beradab dn bersebab yg jelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Lelucon, saudara kura2 sebut 'menghina'..bukan takleh menegur...byk beza tu.

      Delete
    2. Saudara Lelucon, saudara kura2 sebut 'menghina'..bukan takleh menegur...byk beza tu.

      Delete