APA YANG SAYA MAHU DEDAHKAN


Apa yang hendak saya dedahkan di sini ialah bukti-bukti, sifat-sifat konspirator luaran yang sedang bermaharaja lela di dalam parti. Contohnya: 
1. Bukti-bukti dan dokumen perancangan mereka untuk menguasai PAS.
2. Mengelirukan orang ramai tentang standing PAS terhadap isu-isu semasa, khususnya isu agama dan tahaluf. 
3. Pemimpin-pemimpin PAS yang hendak dijalankan operasi Assasination Character, eg: Ustaz Azizan, TG Presiden, Ustaz Harun Taib dll. Yang telah berjaya mereka burukkan imej ialah Ustaz Nasharudin Mat Isa. 
4. membuat fitnah-fitnah dalam PAS seperti "mahu bergabung dengan UMNO", perjumpaan sulit dan lain-lain. 
5. menapis serta mengawal bentuk penonjolan PAS di dalam masyarakat menurut methodology mereka melalui penguasaan media-media penting seperti harakah dll. 
6. apakah fikrah-fikrah mereka guna menguasai PAS. 
7. Permusuhan mereka terhadap Dewan Pemuda pimpinan Ustaz Nasarudin Tantawi, Ustaz Azizan dan negeri Kedah, Ustaz Harun Taib dan Terengganu serta penguasaan mereka terhadap sendi-sendi penting kerajaan negeri dan Perhubungan PAS negeri Kelantan. 



Sebenarnya semua perkara ini saya cuba dedahkan bukti-buktinya sekarang bagi panduan pendokong-pendokong PAS. Tetapi saya bimbang UMNO akan ambil kesempatan untuk 'menembak' PAS dalam PRU-13 nanti, maka saya tangguhkan dulu semua pendedahan ini sehingga selepas Pilihanraya. 


Anda perlu persalahkan mereka dan diri anda yang melantik mereka yang bercirikan ciri-ciri munafik, jika PRU-13 menatijahkan : UMNO menang besar, PAS kalah Teruk. PKR dan DAP menang besar, MCA MIC kalah teruk. Natijahnya, mungkin BN akan kalah, PR akan menang. Punca semua ini jika berlaku (nauzubillah) adalah datang dari petualang ini. Saya berdoa ini tidak akan berlaku selama mana terdapat usaha gigih dari peringkat dalaman untuk menangkis dan menghalang niat jahat mereka.


Dulu mereka pernah tapis kenyataan-kenayataan Presiden berkaitan dengan isu Kalimah Allah yang asalnya menggariskan tempat mana tempat yang boleh, mana tempat yang tidak boleh. yang mereka siarkan melalui media-media yang mereka kuasai, hanyalah poin yang membolehkan dengan menyembunyikan poin yang tidak membolehkan. Kenyataan TG Dr Harun Din, diangap sebagai membahayakan undi non-muslim sehingga beliau diserang bertubi-tubi dan digelar oleh blogger-blogger ifki sebagai ulama kepala lutut. Gelaran ini disambut hiba oleh mereka yang menghormati Tuan Guru dan disambut dengan sorak maki dan hamun oleh blogger-blogger dan pembaca blogger yang jahiliyyah. Pemimpin PAS dilihat berpecah sekalipun tidak. ketiga-tiga Tuan Guru kita adalah satu pendapat, iaitu ada tempat boleh, ada tempat yang tidak boleh, tetapi malangnya, dua dicatatkan dan dilaporkan seolah-olah membolehkan penggunaan kalimah Allah oleh surat khabar Herald dan 1 dilaporkan seolah-olah tidak membolehkan. Ini adalah satu contoh daripada puluhan yang saya akan dedahkan, satu demi satu demi satu. 


Terbaru, persoalan kenapa temuramah wartawan Harakah tentang JAIS dan penggeledahan gereja dengan TG Dato Dr. Harun Din tidak disiarkan? Adakah timbalan Mursyidul Am, Timbalan Pengarah Harakah bahkan lebih penting Senior dan orang alim dalam PAS ini di'gam' daripada harakah? Jadi, siapa lebih besar dalam parti untuk menentukan hala tuju? Siapa sebenarnya menguasai parti dan penampilan parti? Pemimpin yang layak yang dilantik oleh jentera parti atau tangan-tangan 'jahat' dibelakang tabir?


Memandangkan PRU-13 dah semakin hampir, saya tangguhkan dulu hasrat ini.


Di tulis pada: 28 June 2011. 
Dimodifide pada: 25 September 2011.


5 comments:


  1. 4. membuat fitnah-fitnah dalam PAS seperti "mahu bergabung dengan UMNO", perjumpaan sulit dan lain-lain.


    yEinadei, ni apa cerita daaa? Ustaz Hadi sendiri mengaku perjumpaan sulit tu. Siap 3 kali daaaaa.

    Dah kata fitnah? Presiden la buat fitnah. hahahahahaha

    ReplyDelete
  2. Ada bukti kata perjumpaan tu nak masuk dan bergabung dengan UMNO?

    Kenapa hang tak bangkit ketika husam jumpa Tg Razaleigh?

    Kenapa hang tak bangkit ketika Saari jumpa seorang YB UMNO, merangkap tmbln menteri(IRC dalam UMNO)?

    Pas hampir2 tak bertanding di Galas angkara Husam jumpa Tg. Razaleigh.

    Bosss hang tak feed information ke?

    ReplyDelete
  3. Kalau bukan untuk kuasa, nak bincang dgn UMNO buat apa? cuba jawab

    Parti politik tidak akan berbincang dengan parti politik lain kecuali untuk kuasa.

    ReplyDelete
  4. jahanam puak2 parasit ni.....celaka

    ReplyDelete