PASCA-ISLAMISME: Cubaan Parasit menguasai PAS.

Ramai peserta wacana PASCA-ISLAMISME yang dianjurkan oleh PPP terkejut dengan pola dan hala perbincangan di dalam wacana tersebut. Ramai yang beranggapan bahawa wacana tersebut akan menuju kepada penerangan bahaya fahaman PASCA ISLAMISME kerana ianya:
1- menolak kepimpinan ulama.
2. menolak pendekatan politik atas nama Islam.
3. menuntut kebebasan hak asasi manusia.
4. meminta supaya Al-Quran ditafsirkan semula.
5. DLL.



Wacana bertajuk Post Islamisme : Landasan Baru Gerakan Islam, di adakan pada 1 Februari 2012 (Rabu), bertempat di tingkat 2, Bangunan Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut, jam : 8.30 - 10.30 malam.

Panelis wacana tersebut ialah Prof Dato' Dr Redzuan Othman (Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya), Prof Dr Badlihisham Mohd Nasir (Pensyarah, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM) dan Dr Maszlee Malik (Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan (Universiti Islam Antarabangsa Islam Malaysia).

Di antara semua panelis, hanya Dr. Badli sahaja yang menekankan konsep dakwah yang perlu dititik beratkan oleh PAS. Manakala panelis lain lebih menekankan supaya PAS mengguna pakai pendekatan PASCA-ISLAMISME.

Panelis kecuali Dr. Badli membawa pemikiran bahawa PAS perlu menekankan supaya PASCA-ISLAMISME adalah pendekatan terbaik PAS. Jika pemikiran ini diterima, maka PAS tidak akan mementingkan kepimpinan ulama, tidak mementingkan lagi dakwah Islam justeru PAS tidak boleh menyebut syariat dan seumpamanya di dalam pendekatan politiknya.

Racun halus pemikiran ini berjaya disangkal oleh peserta wacana yang rata-ratanya adalah aktivis PAS yang mempunyai fikrah perjuangan yang jelas yang terlibat di medan. Dr. Mazlee khususnya yang kelihatan sangat mengkagumi fikrah sesat ini diasak oleh peserta tertalu-talu. Wacana yang sepatutnya ilmiah berubah menjadi 'medan hangat' dengan samputan-samputan peserta dan termasuk Dr. Mazlee sendiri yang kelihatan menyampuk soalan dan kritikan peserta.
Mazlee Malik, pernah menjaja pemikiran Ummah Centric. Ketika kedudukan Dr. Zul tergugat dengan pendedahan kewujudan parasit, beliau terus menulis satu artikel bahawa PAS memerlukan orang seperti Dr. Zul.

Sememangnya peserta merasa kesal dengan perjalanan wacana yang hanya membuka soalan, tetapi tidak membuka ruang untuk kritikan dan bangkangan. Sekalipun moderator hanya membuka ruang untuk soalan, bukan kritikan, tetapi peserta-peserta yang terdiri daripada aktivis PAS yang berpendidikan tinggi merasa penting untuk membuat kritikan kerana arah tuju panelis menghala kepada persetujuan terhadap PASCA-ISLAMISME yang boleh merosakkan pemikiran aktivis PAS yang tidak ada pendidikan.

Oleh itu, peserta mula menyampuk panelis setelah melihat Panelis menyampuk semasa peserta memberika kritikan dan komentar.

Apapun suasananya, apa yang perlu saya tekankan di sini ialah peranan PPP membawa pemikiran asing ke dalam parti melalui agensi penting parti.

Untuk makluman, PPP di kuasai oleh parasit khususnya Dr. Zul yang melompat naik menguasai PPP merampas kuasa Dr. Zuhdi yang dilantik oleh Presiden. Dr. Zuhdi yang sepatutnya menjadi kuasa tertinggi PPP sebagai pengarahnya, dikecilkan kuasanya dengan pembentukan kuasa lebih tinggi yang diterajui oleh Dr. Zul, Abdullah Karim "and the geng". Kesannya, kuasa Dr. Zuhdi dihadkan dan berlakulah apa yang telah berlaku.

Fahaman PASCA-ISLAMISME dibawa oleh seorang seorang Professor yang berasal dari Iran (tetapi anti-iran) bernama Asef Bayat. Fahaman songsang ini dilihat sebagai ciptaan barat baru yang mula menular di dalam negara-negara Islam. Apa yang menjadi persoalan, siapakah parasit-parasit di dalam PAS ini sehingga sanggup menjaja dan berusaha menjadikan fahaman songsang ini dianuti oleh PAS.

Berubahlah Sekarang Selamatkan PAS.

* Harap semua pembaca bersabar, saya akan membongkarkan konspirasi di sebalik isu KUIN. Saya cuba  mengkaji poin sebenar dan meneliti dokumen yang boleh disharekan di alam maya ini. 

21 comments:

  1. saya orang pertama yg membacanya...hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu xleh claim org pertama baca bro, org pertama komen OK la ke guane..hahaha

      Delete
  2. Assalammualikum

    Dapat hendaknya Wacana disiarkan secara video ( jika tak keseluruhan, ucapan penuh Mazlee Malek & kritikan peserta) beserta komen penulis supaya kefahaman yg baik dapat dikongsi bersama para pembaca, terutamanya ahli PAS, dihalusi dan disalurkan kepada yang lain.
    Kita tidk mahu PAS terus dijadikan platform dalam penguasaan oleh mereka yg disebut
    Parasit.

    ReplyDelete
  3. Dewan Ulamak PAS menolak dakwaan PAS dipimpin oleh golongan sekular sebagaimana dinyatakan oleh bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali.

    “PAS dipandu oleh majlis syura ulama yang menjadi penentu kepada hala tuju parti. Majlis itu berkuasa sepenuhnya terhadap parti.

    “PAS bukan ditentukan oleh individu baik muryidul am, presiden atau ketua ulama,” kata Naib Ketua Dewan Ulamak, Datuk Mahfodz Mohamad.

    ReplyDelete
  4. Parasit2 ni perlu dicantas sebaik mungkin....masuk dlm Pas nk buat kerosakan fikrah perjuangan ahli selain utk mengubah halatuju Pas.... Kpd parasit2 jgn cuba mencemarkan nama baik Pas dan merosakan tujuan asal Pas ditubuhkan. Pas bkn shj sebagai parti politik semata2 malah Pas adalah merupakan badan dakwah dan gerakan Islam...klau korang rasa tak puas hati dgn sistem pentadbiran dan halatuju asal Pas...korang sila BERAMBUS dari Pas...pintu terbuka luas utk korang...Pas x perlu parasit2 mcm korang...korang boleh masuk IKRAM yg korang tubuhkan tu...ingat dulu korang masuk dlm Pas (ikhlas) utk membaik-pulih kelemahan dlm Pas...rupanya korang ni masuk ada udang sebalik batu..ada agenda korang sendiri....korang ni mmg ******..tuuut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibnu, anda adalah penyokong tegar Dato Dr Hassan Ali. Terima kasih, Bila nak masuk JATI.

      Delete
    2. AHMAD: SILAP ORANG LA BRO...YG INGIN DILONTARKAN DI SINI BUKAN ISU DHA BRO....TAPI ADALAH ISU PARASIT2 YG MENGUASAI PIMPINAN PUSAT UTK MENGUBAH SISTEM PENTADBIRAN DAN HALATUJU ASAL PAS ITU SENDIRI.....X PAHAM LAGI KE BRO?....JGN NK KONAR KOMEN AMBO DI ATAS DGN ISU DHA...DHA TU DIA PUNYA PASAL....AMBO BERJUANG BUKAN KRN ORANG BRO...

      Delete
    3. Macam Dr Dzulkely Ahmad (juga dikenali sbg 'Abu Iman), dulunya merupakan Muraqib Am Jamaah (tanpa nama, atau dikenali sbg 'J'). Lepas tu tanpa syura dan tanpa bagitahu sesaper, ditinggalkannya pejabat jamaah kosong begitu shj demi nak masuk politik. Even LCD pun diangkat sekali!

      Abu Iman ni pakar Toksikologi. Nampaknya dia bila masuk PAS (tp masih senyap2 adalah IRC), dia bawa sekali toksik2 masuk dalam PAS. Adoyai....

      Delete
  5. Bila tak leh jawab,tuduh org lain penyokong hasan Ali.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    1.Dapat hendaknya disertakan video wacana yg diadakan semoga kita dapat melihat dengan sendiri ucapan dari para panel dan para perserta.

    2. Memang benar PAS bukan ditentukan oleh sebarang individu, tetapi sengketa yg berlaku hari ini mengundang banyak pertanyaan bukan saja dari ahli PAS sendiri malah mereka yg mahukan Islam tertegak di bumi ini. Persoalannya bolehkah PAS diharapkan menjadi "the Champion for Islam" jika perkara yang berlaku di Selangor mereka yang bergelar YB PAS
    tidak sekata dengan Exco yg dilantik malah menyerangnya dgn nada dendam. Datuk Hasan tidak minta apa2, beliau cuma menjalankan kerja yg diamanahkan. Jika beliau tersilap kenapa begitu tindakan mereka2 yg didalam Kabinet Negeri Selangor terhadapnya. Dalam Islam sentiasa ada ruang berbincang biar sebesar mana permasaelahannya. Jangan kerana undi dan sokongan orang lain, kerja Islam ditangguhkan. Kematian tidak menunggu atau boleh dintangguhkan kerena ia bila2 masa saja akan datang.
    3. Ini bukan soal sokong siapa atau apa, cuma ruang untuk kita bebincang mencari kebenaran. Jangan kita cari kemenangan dalam berdebat tapi carilah duduk kebenaran perkara yang didebatkan.

    ReplyDelete
  7. PAS sudah tidak dapat diselamatkan lagi? 72 peratus pimpinan adalah parasit dan sekutu mereka. Bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini selain menanti kehancuran? Mungkin JATI akan menggantikan peranan PAS dalam memertabatkan Islam sebagaimana matlamat asal PAS? PAS sudah tidak relevan lagi menjadi pilihan umat zaman ini kerana semakin menyamai perinsip PKR dan Islam Liberal. Ini kenyataan pahit yang tak mungkin dapat dinafikan. Berikan jawapan ikhlas tak perlu spin spin..

    ReplyDelete
  8. Undsiege, PAS sudah tidak dapat diselamatkan lagi adalah tidak benar.

    Sebenarnya Parasit di dalam PAS hanya tak sampai 5%. Jadi, adalah tidak benar dakwaan bahawa PAS tidak dapat diselamatkan lagi. Sekalipun mereka hanya 5%, tetapi mereka muka tak malu, minta jawatan, gila jawatan dan lawan dengan orang yang menolak jawatan di dalam parti (ulama dan orang yang mendapat tarbiah di dalam PAS).

    Dengan realiti golongan gila jawatan vs menolak jawatan, maka akhirnya parasit menguasai sendi-sendi penting parti.

    Mereka hanya menguasai AJK PAS pusat, tetapi tidak majlis syura, tidak akar umbi. Kawasan-kawasan dipenuhi golongan mujahid yang ikhlas kerana Allah, korbankan duit sendiri demi perjuangan. Itulah realiti PAS.

    Oleh itu, perjuangan saya ialah membongkarkan kepada semua ahli PAS tentang kewujudan parasit. Ini pertama kali di dalalm PAS pembongkaran ini dibuat. Justeru itu, saya yakin perubahan akan dibuat tidak lama lagi.

    Insyaallah dan saya harapkan doa dari kita semua.

    ReplyDelete
  9. Dulu, semasa zaman kegemilangan Pas, zaman di terajui oleh TGNA, Arwah Ust Fadhil dan TGHH suasana begitu harmoni...kerjasama ulama dan bkn ulama amat baik...tetapi skrg ni kenapa ia menjadi begitu parah?....majlis syura ulama mula dipertikaikan dan budaya lobi melobi jawatan semakin menjadi-jadi yg sukar dibendung lagi....mengapa ia berlaku?....ambo ingin mencadangkan PAS perlu melaksanakan kerja2 saringan terhadap calon2 yg bakal dicalonkan utk menjawat jawatan tertinggi PAS..syaratnya yg begitu ketat dan x terbuka dan diputuskan oleh Majlis Syura' Ulama' setelah lulus beberapa KPI...biarlah org nk kata Pas ni Parti yg x terbuka..yg penting ahli yg menjawat jawatan tertinggi benar2 tulen utk memastikan kekuatan Pas ini kukuh luar dan dalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambo pun setuju gok!
      Penyaringan amat penting utk pastikan jamaah tetap terjaga drp anasir2 yg merosakkan! Tambahan kalau anai2 bertukar jadi raja!

      Delete
  10. Salam Ibnu, pemilihan jawatankuasa Pas tak boleh pakai syura sebab Pas daftar dengan ROS. Jadi pemilihan jawatankuasa kena terbuka kerana itu undang-undang ROS atau kalau tak, Pas akan batal pendaftarannya. Sekian.

    ReplyDelete
  11. Saya akui saya pernah berada bersama UMNO selama 2 tahun dan manakala 15 tahun kemudian nya bersama PAS. Tak ada orang PAS yang bersahabat dengan saya tetapi saya selalu ke Masjid mengikuti kuliah kuliah oleh beberapa pensyarah fakulti Islam Universiti Malaya dan akhir nya saya mencari sendiri borang. Pada masa tersebut orang PAS tak dekati saya kerana pangkat dan kedudukan saya. Alhamdulillah saya diterima menjadi Ahli PAS dan menjadi Ahli biasa suatu cawangan pernah dipilih AJK Cawangan, dilantik MTD,dipilih AJK Kawasan, dilantik AJK JPN Negeri dan dilantik AJK Kecil PAS Pusat. Beberapa PRU dilalui dan ketika itu semua tak mau jadi YDP dan lain lain AJK. Sekarang hanya tumpukan di cawangan shj. Apa yang saya lihat bermulanya perebutan ini sejak lebihkurang 10 tahun kebelakangan ini dimana pertembungan ulama dan bukan ulama. Yang Jelas kedua kelompok ini ingin merebut dan menguasai kepimpinan baik di pusat atau negeri. Pada pandangan saya kerana telah nampak samar samar cahaya memenangi PRU. Kalau diamati ...apakah faktor utama perubahan rakyat? Sendiri fikirkan. Saya kalangan professional dan saya memandang memahami dan memutuskan apa yang benar dan apa yang salah. Tuduhan parasit dan anti ulama adalah keterlaluan dari kalangan jemaah PAS sendiri. Selepas ini saya tidak lagi akan provoke atau menulis dilaman ini kerana kita sudah sedikit sebanyak kenal yang mana intan yang mana kaca.

    ReplyDelete
  12. Tulisan ni semacam je takut dengan seorang individu.....Dr. Zul! Aiyo....sorang pun dah takut???? Tuduh macam-macam....tuduhan macam geng Dr. Kamaruzaman Yusuf je........lawan hujah laaaaa.....jangan srang individu.....kalau tak mampu lawan hujah, dengan hati terbuka sila lah bagi peluang pada yang lebih berkelayakan........pas bukan lagi parti org kampung saja....pas dah nak jadi parti pemerintah....dr kayu and gang tak leh faham kot....

    ReplyDelete
  13. Tiada Parasit dalam PAs ni semua teori konspirasi yg dibuat oleh org yg kecewa sbb tk dapat jawatan dalam pimpinan PAs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ka takde parasit?

      Dulu IRC kononnya macam kena buang, padahal depa masih lagi wujud dan membuat onar dalam pas.

      tak caya tengok link ni aku letak poster kerja2 jahat set2 parasit

      http://postimg.org/image/yt1vusewh/

      Delete