Presiden Kekal Bertanding: Adakah Gesaan 'Undur Presiden' 2008 Sedang Berulang?

Setelah merenung jauh terhadap apa yang tersiar dan berkisar seminggu lepas berkenaan hasrat Presiden untuk mengundurkan diri, saya ingin berkongsi peristiwa yang sama berlaku pada tahun 2008.



Ini yang saya pernah sebutkan: golongan gila jawatan vs golongan yang menolak jawatan. Golongan parasit sememangnya golongan yang gila jawatan, mengangkat tangan untuk memikul amanah jawatan, pangkat dan kedudukan. Manakala golongan ulama di dalam PAS pula berebut menolak jawatan kepada orang lain.


Sepatutnya 'memuji Presiden berundur' atau 'menggesa presiden supaya tidak berundur?'
Apa yang menghairankan, jika benar 'tawaran undur' itu adalah berjiwa besar, kenapa YB Salahuddin sendiri tidak mengikut jejak langkah yang sama. Jika beliau berjiwa besar, sepatutnya beliau juga membuat 'tawaran undur' dan seterusnya dilantik semula oleh parti atau akar umbi. Bahkan apa yang berlaku, beliau duduk sibuk mencari tempat selamat untuk bertanding, nego dengna kelantan untuk kekal di Parlimen Kubang Kerian sekalipun Kelantan cuba mengambil sikat 'Kelantan untuk orang Kelantan' di dalam PRU-13 ini. Bahkan sudah cuba 'menceroboh' kawasan di Johor untuk bertanding di situ sini.



Jika beliau menganggap tindakan Presiden berjiwa besar, adakah beliau berjiwa kecil? Atau sebenarnya beliau merasakan beliau lebih layak untuk terus kekal berbanding Presiden?

Apa yang merungsingkan saya, peristiwa 2008 kembali berulang. Pada tahun tersebut, orang di sekeliling Presiden selalu berbisik, 'sekarang orang mahukan orang muda' dan 'sekarang era orang muda dengan pengundi muda'.

Presiden sebagai ulama, beliau mengikut sunnah Rasulullah SAW yang mengajar jawatan 'adalah amanah, dan ia adalah penyesalan pada hari kiamat melainkan orang yang dapat menjalankannya dengan sebaik-baik mungkin.'. Mengambil pengajaran dan teladan dari sikap Saidina Abu Bakar yang menolak jawatan Khalifah dengan menyatakan: "ini dia Umar (yang layak) dan ini adalah Abu Ubaidah (yang juga layak), maka baiahlah antara salah seorang daripada keduanya", maka Presiden sebagai ulama mengambil teladan tersebut.

Sifat baik Presiden ini telah diambil peluang oleh Parasit pada waktu tersebut untuk cuba mengundurkan Presiden dengan cara halus. Bisik demi bisik diacukan ke telinga Presiden bahawa 'sekarang orang mahukan orang muda', 'pengundi sekarang ramai orang muda' dan perkataan-perkataan lain seumpamanya.

Dengan sifat ulama yang suka menolak jawatan, ditambah dengan hasutan berniat jahat vs golongan parasit yang gila jawatan, maka jawatan penting parti berada  di dalam bahaya. Pada tahun tersebut, Presiden bersungguh-sungguh untuk tidak mahu bertanding dengan alasan untuk memberi peluang kepada muka baru. Ketegasan Presiden untuk berbuat demikian memaksa beberapa institusi seperti Perantau Terangganu (NGO) membuat servey pandangan ahli PAS tentang adakah Presiden masih relevan untuk bertanding. Kebetulan pada masa tersebut, semua kawasan-kawasan PAS membuat program dan sekaligus memudahkan pihak Perantau Terengganu membuat servey.

Dalam servey tersebut, kesemua menganggap Presiden masih relevant kecuali hanya seorang sahaja ahli dari Kemaman yang menayatakan Presiden perlu berundur. Itupun selepas di siasat, rupanya beliau adalah orang yang sangat baru di dalam PAS.

Setelah servey finding ini berjaya dibuat, ada pihak yang meminta kepada 'surveyor' supaya mengubah data tersebut.  Sekalipun saya tahu nama si 'parasit' itu, tapi saya masih reserve untuk tidak mendedahkan namanya.

Apapun, setelah researce finding ini diserahkan kepada PAS Pusat dan kepada Presiden sendiri, akhirnya jelas bahawa Presiden masih relevant untuk terus bertanding.


Mesti difahami, jika Malaysia dimenangi oleh PAS sedangkan Presiden tidak bertanding, persoalannya siapakah akan jadi PM? Jawapannya, tentulah Parasit. 

21 comments:

  1. Tuan Ibrahim kata jangan layan Hasan Ali... Harakah dialy keluar pulak layanan panjang lebar Khalid Samad.... kacau...kacau..

    ReplyDelete
  2. Sebab itulah ambo minta cantas parasit ni..mmg merbahaya kacau bilau jemaah dibuatnya...bukan setakat ahli hatta Presiden pun goyang hasil dari tindakan dan perancangan halus puak2 parasit ni....inilah objektifnya memerangi parasit bukan isu DHA...isu DHA xde kene mengena pun...

    p/s: nnti ahmad cuba kaitkan.. "haa ini isu DHA, ini penyokokng DHA...bla..bla.."

    ReplyDelete
    Replies
    1. nok wat guane bro, tu aje yg amad bole pikiag..huhu

      Delete
  3. Apa pun sekarang kita mesti memastikan TGHH Presiden bertanding dan bersedia untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia bukan orang lain.

    ReplyDelete
  4. Eh...Eh... TG Presiden boleh jadi PM ke??? Harakah melaporkan Ikhwan tidak mencalonkan pemimpin utama jadi Presiden......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdra Demi Melayu,

      Kenapa tidak TGHH menjadi PM?. Tak kan tak faham penulis dalam Harakah tu tak secara lansung cuba menyatakan "kami dah ada calon PM" orang lain tunggu sebentar.

      Delete
    2. saje... nak ajak pikir...panjangnya kerja harakah... orang yang tengok selapis mesti susah nak paham...kene bagi paham...

      Delete
    3. Saya ingin menambah pada perbincangan kita berhubung calon PM. Kita perlu berhati-hati dalam memilih, ada ahli PAS yang menjadi pak turut tampa berfikir pada ilmu dan pemerhatian yang dalam.
      Sila rujuk komen Dr. Azzam Tamimi Pengarah Institut Pemikiran Islam (IIPT) berpengkalan di London berhubung Pemimpin yang ingin ditabalkan menjadi PM. Komen beliau ini ditulis pada 28 Jan 2012 dalam blog beliau www.azzamtamimi.blogspot.com.Beliau seorang penyokong kuat Hamas.

      Delete
  5. Saya akui saya pernah berada bersama UMNO selama 2 tahun dan manakala 15 tahun kemudian nya bersama PAS. Tak ada orang PAS yang bersahabat dengan saya tetapi saya selalu ke Masjid mengikuti kuliah kuliah oleh beberapa pensyarah fakulti Islam Universiti Malaya dan akhir nya saya mencari sendiri borang. Pada masa tersebut orang PAS tak dekati saya kerana pangkat dan kedudukan saya. Alhamdulillah saya diterima menjadi Ahli PAS dan menjadi Ahli biasa suatu cawangan pernah dipilih AJK Cawangan, dilantik MTD,dipilih AJK Kawasan, dilantik AJK JPN Negeri dan dilantik AJK Kecil PAS Pusat. Beberapa PRU dilalui dan ketika itu semua tak mau jadi YDP dan lain lain AJK. Sekarang hanya tumpukan di cawangan shj. Apa yang saya lihat bermulanya perebutan ini sejak lebihkurang 10 tahun kebelakangan ini dimana pertembungan ulama dan bukan ulama. Yang Jelas kedua kelompok ini ingin merebut dan menguasai kepimpinan baik di pusat atau negeri. Pada pandangan saya kerana telah nampak samar samar cahaya memenangi PRU. Kalau diamati ...apakah faktor utama perubahan rakyat? Sendiri fikirkan. Saya kalangan professional dan saya memandang memahami dan memutuskan apa yang benar dan apa yang salah. Tuduhan parasit dan anti ulama adalah keterlaluan dari kalangan jemaah PAS sendiri. Selepas ini saya tidak lagi akan provoke atau menulis dilaman ini kerana kita sudah sedikit sebanyak kenal yang mana intan yang mana kaca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-hamdulillah, saudara telah bersama PAS dan saya harap kekal di dalam PAS, iallah.

      Masalah sekarang ialah, ramai yang tidak memahami bahawa pertembungan isu ulama dan Profesional adalah isu yang dicipta reka oleh golongan parasit di dalam PAS.

      Tujuannya ialah, ulama adalah penghalang kepada parasit untuk menguasai pucuk kepimpinan PAS.

      Tuduhan yang berserta bukti bukan lagi tuduhan. Sampai hari ini tidak ada penjelasan konkrit daripada mana-mana pihak tentang bukti dan asas pertuduhan saya dalam isu-isu yang dibangkitkan.

      Moralnya, Profesional bukan hujah untuk mengukur pendapat adalah benar. Profesional yang sebenar adalah orang yang boleh berhujah berdasarkan fakta dan bukti, bukan profesional sendiri menjadi lesen am untuk mengukur si fulan 'penuduh', 'pengfitnah' dll. Dalam masa yang sama, menuduh orang yang membawa bukti adalah sebagai 'pengfitnah' dengan alasan profesional, maka sebenarnya orang tu hilang keprofesionalannya. Bahkan dialah pengfitnah yang sebenar.

      Note: Ulama juga adalah profesional kerana ilmu islam adalah sebahagian daripada profesion.

      Delete
  6. Saya juga dah lama duduk dalam PAS ...sejak berumur 6 tahun... Dulu memang takde orang yang berebut nak jadi calon PAS...semuanya ikhlas bekerja untuk Islam... Bila Ulama memimpin PAS... kerja tarbiah diperkasakan... Ada orang PAS yang syahid..
    Sekarang PAS menuju kemenangan... Orang dah tak perlukan Ulama... Dulu orang umNO je kata TGNA tak layak memerintah kerana ulama tak pandai memerintah...sekarang orang PAS pun dah rase ulama tak perlu memerintah... cuma alasan yang berbeza...tapi hakikatnya tetap sama... Ulama tak pandai memerintah.
    Dengan ini kita sudah sedikit sebanyak kenal yang mana intan yang mana batu jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demi Melayu, betul.

      Dulu UMNO kata kat ulama. SEkarang orang PAS kata kat ulama. Tapi orang yang mengenal intan dan batu jalan, dia akan tahu sebenarnya bukan orang PAS yang kata macam2 kat ulama, tapi sebenarnya adalah parasit, bukan PAS.

      Jadi, ringkasnya, matlamat UMNO dan parasit adalah sama. Tapi kalau renung lebih jauh, matlamat ini adalah sama dengan matlamat orang Yahudi yang pernah kutuk dan tolak nabi Syam'um dengna character assasination.

      Delete
  7. ahmad: Sebenarnya, selama ini dlm Pas tidak ada masalah perhubungan antara ulama dan bkn ulama (professional)mereka boleh bekerjasama dengan baik, akan tetapi selepas 1998/1999 setelah penghijrahan secara beramai-ramai dgn bermcm2 latar belakang ke dlm Pas...mula menampakkan ada sedikit perubahan rentak dlm Pas tp terkawal...ia semakin menjadi2 selepas kematian arwah ust fadhil...ia semakin menyerlah selepas PRU11 2004..dan nampak panas semasa muktamar sesi pemilihan 2007(ulama vs professional)...selepas PRU12 2008 rentak tersebut semakin sukar dibendung x terkawal dan menjadi parah lagi semasa muktamar sesi pemilihan 2009 hingga kini pelbagai isu, tomahan dan semua kesalahan dihamburkan ke muka Presiden...ambo sebagai ahli Pas dari bangku sekolah lagi berasa amat sedih dan kecewa bila perkara ini berlaku dlm Parti Islam yg amat ambo sayangi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak kerana Parasit, istilah ulama vs profesional tak timbul...

      Zaman nabi dulu, Yahudi timbulkan isu labeling sehingga Auz dan Khazraj hampir berperang semula.

      Delete
  8. saya sgt berharap blog ini akan kekal berpanjangan tidak seperti blog anti husam.blog pemecah belah seperti ni biasanya tak kekal lama sebb ada agenda peribadi dan atas dasar dendam tetapi bila masa dgn sendiri mendedahkan agenda busuk tuan blog yg ingin memecahbekah umat islam,iapun lupus.sila baca dgn teliti tulisan di bawah dan jika sekiranya andaian parasit adalah benar,ternyata dunia islam sedunia ada parasit

    http://www.malaysiakini.com/news/188691

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas nasihat supaya blog ini dikekalkan.

      Saya nak elakkan daripada dilabel oleh pembaca sbg pro Dr.HA. Nanti saya pikir, adakah perlu saya respond terhadap tulisan Mazli atau tidak.

      Ringkasnya, bukankah parasit termaktub di dalam Al-Quran secara panjang lebar?

      Delete
  9. anda tidak menjawab,tetapi anda bertanya balik.soalan saya jika andaian parasit adalah benar,adakah seluruh dunia islam telah dijangkiti parasit,sbb kelihatan dunia politik pas skrg seakan mengikut kerangka politik islam dunia luar.sbb itu saya suruh baca link tersebut dan jawab soalan ringkas saya.saya tidak fikir tuan tidak fhm makssud soalan saya,
    jika tuan sebutkan alquran sebut secara panjang lebar,maka pada pandangan saya,parasitnya adalah org yg seperti tuan,memecahbelah umat islam,dan menolak keputusan jemaah secara halus dgn mengadu domba ahli jemaah.saya tidak fikir sebahagian besar ulama di dalam pas terlalu jahil,dan tuan terlalu cerdik,kerana hanya tuan yg nampak pasal parasit ni tetapi majlis syura tak nampak

    ReplyDelete
  10. 1. Tak kekal lama tak bermakna ia adalah agenda peribadi. maybe ia adalah respond terhadap perkara semasa.

    2. Bukan semua gerakan Islam dunia dijangkiti parasit. Parasit hanya berjangkit di dalam gerakan Islam yang hampir mencapai kemenangan. Contoh paling dekat ialah di turkey.

    3. Tentang Mazlee malik secara ringkasnya, beliau adalah sebahagian daripada ornag hubungan kumpulan parasit di dalam PAS yang aktif di luar. Tulisannya keliru antara 'perkara' yang dibangkitkan oleh DRHA dan 'cara' DrHA.

    * Apa asas bila saya sebut "al quran sebut panjang lebar' dengan blog ini blog parasit? Jika asasnya pendedahan blog ini menimbulkan pecah belah PAS, maka:
    1. Bukankah PAS sudah sedia dilihat berpecah? Maka kewujudan blog ini menggambarkan perpecahan bukan kerana orang pas, tapi kerana parasit. So, blog ini bukan pemecah belah.

    2. Jika pendedahan sikap ahli PAS yang parasit adalah asas anggapan blog ini adalah parasit, maka apakah penilaian anda terhadap ayat Al-QUrn yang panjang lebar dedahkan parasit di dalam masyarakat madinah? Bukankah tindakan nabi menyerahkan senarai parasit (munafik) kepada sahabat 'penyimpan mohor' boleh mengundang perasaan wasangka di kalangan sesama sahabat? Pengajaran di sini ialah, kita sebagai gerakan islam mestilah membuat pertimbangan antara: menyedari musuh dalaman supaya tidak terlalu 'husnu zonn' sehingga kita diperdaya oleh musuh tersebut dan mengenali mush dalaman melalui sifat mereka. Kalau tidak, baik nabi jangan istihar kewujudan list munafik bagi elakkan timbul prasangka. Baik nabi diamkan sahaja atau nafikan sahaja kewujudan munafik.

    Maka dengan ini:
    1. Penting diisytiharkan kewujudan munafik aka parasit.
    2. Penting diperangi sifat2 dan pembawaan mereka berbanding mengetahui siapakah mereka secara lebih specifik.

    Itulah conclusion daripada sirah dan nas berkenaan yang saya maksudkan daripada "bukankah parasit termaktub di dalam Al-Quran secara panjang lebar?" Itu namanya istifham inkaari atau soalan yang menunjukkan kontra dengan isu yang ditimbulkan oleh 'natural', bukan soalan saya tu bermakna saya tak faham.

    ReplyDelete
  11. Saya ingin menambah dalam diskusi perkara diatas, golongan ini ada dimana2 dan setiap masa. Apabila kita mengatakan apakah golongan Ulamak tidak nampak. Ulamak juga manusia yang kadang2-kadang sikap terlalu berlapang dada ini diambil kesempatan oleh golongan tertentu.

    Contoh terbaik ialah YB Ibrahim Ali yang PAS beri kesempatan dan kedudukan, apa jadi kesudahannya.

    Dalam masa pilihanraya hampir tiba, tak semena-mena MB Kedah Ust Azizan diminta beundur dan siapa yang bersuara lantang dalam isu ini. Apakah kerana isu AUKU atau isu IKUT AKU.
    Pemerhatian yang tajam perlu dalam apa yang berlaku sekarang ini.

    YB Anwar Ibrahim bercakap dengan mengatakan sokongan kepada kepentingan Israel. Hari ini ucapan itu sudah tidak menjadi perkara besar untuk kita lagi.Jika dahulu pasti Ustaz-ustaz kita melenting dan berceramah hampir pecah pembesar suara menentangnya. Hari apa yang dikatakan ahli PAS, itu masaelah peribadi dia.

    Lihat saja pada sejarah Jerman pada tahun 1940'an Pada mulanya Jerman bukan begitu coraknya tetapi apabila Hitler dan golongan Nazi mula berkuasa maka corak pemerintahan negara itu pun bertukar.
    Satu lagi negara yang perlu kita pelajari dan lihat pada sejarahnya ialah Indonesia. Bagaimana dengan tampa disedari Presiden Sukarno sewaktu itu telah dikelilingi dan dipengaruhi oleh golongan Komunis dan mereka hampir berkuasa dalam tragedi 30Sept.

    Ini yang perlu kita beri perhatian, kerana kita takut apabila golongan ini tidak disekat, Ulamak akan dipinggirkan. Apa bezanya PAS dengan UMNO sekiranya kata-kata negara Islam berdasarkan syariah dan hukumnya tidak diperlukan lagi. Yang kita dengar ialah PutraJaya dan Anwar Ibrahim bakal PM.

    Satu lagi pertanyaan saya kepada semua Ahli PAS, hari ini dimana kedudukan PAS dalam ranking Pakatan Rakyat? Tepuk dada tanya iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abdul Rahman, fakta dan analisis yang agak baik. Fakta dan penghujahan seperti ini diperlukan di dalam blog ini, bukan tuduh dan mengata tanpa asas dan fakta.

      Delete
  12. Anwar Ibrahim sokong yahudi ya??? hahaha, 2 hari lepas dia jumpa Dr. Yusuf Qardawi dan Khalid Meshal - pemimpin HAMAS. tak kan la depa nak jumpa penyokong yahudi??? adoi la........

    ReplyDelete