Tahniah Majlis Syura & Awas TG Nik Aziz

Saya  melihat ramai rakan-rakan media yang mengurut dada dan menarik nafas lega setelah membaca kenyataan media Tuan Guru Mursyidul Am berkenaan isu Dato' Sri Anwar dan Israel. Hari ini PAS sudah agak merdeka dari pengaruh parasit sekalipun merdeka dari sudut penguasaan kepimpinan. Klik di sini untuk teks penuh Press statement tersebut.

Antaranya ialah jati diri PAS sudah mula dilihat terserlah dengan kenyataan media terbaru ini dengan jalan 'short cut' yang memintas agenda parasit yang sekian lama memburukkan persepsi PAS di mata awam.
DSAI seringkali menjadi liability PR, tapi PAS dan Presiden juga yang sering dipersalahkan oleh Parasit. 

Kalau kita perhatikan, apabila timbul isu hudud, maka kepimpinan parasit berlumba menegur PAS supaya tidak mengutarakan isu tersebut. Apabila Dato Sri Anwar Ibrahim dengan isu Israel, satu ekor parasit pun tidak bersuara menegur DSAI. semua membisu dan husnu zonn.

Di sini suka untuk saya menarik perhatian semua, orang PAS khasnya dan rakyat Malaysia Amnya, bahawa PAS tidak akan lari daripada paksinya selagi Majlis Syura Ulama sebagai kuasa tertinggi parti dan keahlian Majlis Syura Ulama adalah dari kalangan ulama yang haraki.
Al-Hamdulillah, Penasihat-Penasihat jahat di sekeliling TG kesayangan kita sudah hampir dibersihkan

Sepatutnya kita berfikir, tindakan ini sepatutnya lebih awal diambil tindakan oleh AJK PAS Pusat. Isunya kenapa sehingga Majlis Syura mengambil peranan ini? Jawapannya, sebab AJK PAS Pusat majoritinya dikuasai oleh Parasit dan mereka lebih rela menjaga keutuhan pakatan berbanding dengan prinsip Islam yang dipegang oleh Parti.

Golongan yang lantang menghentam Presiden di dalam blog, semuanya membisu seribu bahasa tentang isu Israel dan DSAI. Kenapa? Jawapannya mereka bukan beragendakan Islam, tetapi beragenda menjatuhkan kepimpinan ulama dan seterusnya menguasai PAS. Sebab itu, apa yang DSAI buat tidak penting sekalipun berkait dengan dasar penting Parti kerana statement DSAI itu tiada kepentingan untuk mereka menguasai PAS.

Apa yang lebih penting untuk saya beri amaran awal di sini ialah, saya tidak menolak selepas ini TGNA dan Majlis Syura Ulama akan menjadi mangsa Character Assasination. Kamu semua jangan mengjangkakan mereka akan menjatuhkan kredibiliti TGNA dan Majlis Syura dengan isu DSAI dan Israel.

Tektik biasa yang digunakan ialah, mereka akan gunakan isu lain dengan jentera parasit yang ada diluar dan di dalam parti. Antara contoh yang telah berlaku, ialah TGNA pernah di'character assasination'kan dengan isu umrah RM60k. Tapi mereka akan jaga TGNA selagi mereka rasa TGNA boleh jadi instrument mereka. Sebagaimana dulu mereka juga menjaga TGHH kerana mereka anggap TGHH seorang yang lembut dan tolerate. Apabila TGHH bertegas dalam banyak perkara dan menukar golongan parasit disekelilingnya, maka TGHH cuba di'bunuh' dengan senjata 'character assasination'. Itulah juga yang telah berlaku kepada Ustaz Nasharudin dan Dr. Hassan Ali.

Oleh itu, orang-orang PAS dan pencinta Islam mestilah berhati-hati terhadap apa-apa yang bakal berlaku kepada TGNA dan Majlis Syura Ulama. Kebarangkalian serangan bukan 'serangan' tentang statement TGNA dan Majlis Syura Ulama tidak wajar dan seumpamanya, tetapi serangan itu dalam bentuk 'character assasination', iaitu cari kelemahan (kalau TGHH digelar sebagai Pak Lah versi PAS) atau buat fitnah (kalau dulu TGHH dilabel sebagai nak bergabung dengan UMNO) dan lain-lain.

Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh Ahli PAS dan penyokong Islam yang bukan ahli PAS, sama ada muslim atau non-muslim supaya mempertahankan TGNA, TGHH dan Majlis Syura jika di sana terdapat strategi baru golongan parasit di dalam PAS ini yang cuba mem'bunuh' pemimpin-pemimpin kita dengan senjata 'character assassination'.

Takbir!!! Tahniah Majlis Syura Ulama, kamulah penyelamat Parti dan Malaysia. Kami faham bahawa parasit ingin jatuhkan Kepimpinan Ulama kerana kamu menjadi penghalang kepada agenda mereka.

Takbir!!! Takbir!!! Takbirrr!!!

36 comments:

  1. Jgn mempertahankan Nik Aziz yg sesat. Orang ini sesat lagi menyesatkan. Sekalipun dia bertaubat, dia sudah tak layak dianggap pemimpin bertaraf ulama kerana PAS hancur sedikit-sbyk kerana kesombongan dan kelemahan kepimpinan Nik Aziz.

    Bahkan dlm kenyataan akhbar mencela pendirian Anwar, dia masih berdolak-dalik dan cuba menunjukkan bhw itu bukanlah pendiriannya sebaliknya pendirian Majlis Syura. Apakah orang macam ni yg masih tegar menyokong Anwar hendak dipertahankan? Nik Aziz hanya membawa kehancuran kpd PAS.

    Harap Nik Aziz muhasabah. Kuasa politik di dunia tak bawak ke mana. Berilah jwtn tu pd yg berpegang teguh dgn ajaran Nabi Muhammad S.A.W. yg mulia. Bukan ikut cita-cita Anwar. Ahli PAS, renung2kan. Jgn taksub hingga membatasi kebijaksanaan kita. Mohonlah petunjuk Allah. Harap TG Haron Din segera ambil alih kepimpinan ulama dalm PAS sblm nasi jd bubur.

    (sbb muak dgn Nik Aziz dan parasit2, saya akan sokong UMNO)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok sangatlah, itulah niat sebenar orang yang suka memuji diri dengan akidah islam dan orang lain parasit

      Delete
  2. lelucon salah bilik... hang ingat boleh nak buat lawak kat sini...sini semua medan orang cerdik menilai...golongan umNO bodo tak dak sini.... pi balik la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nik Aziz dah terbukti salah fahaman dan mengajar pula ajaran yg salah. Kalau khabar angin, blh juga ragu2. Ini bukti video jelas2 dia merendah2kan kemuliaan Rasulullah S.A.W., meredhakan ayat Al-Quran dipermainkan dlm kempen politik olh Cina, mengatakan Allah pun mencarut (implikasinya hambaNya pun boleh mencarut?!!), dan pelbagai lagi perbuatan yg meragukan. Diajarkannya dlm kuliah plak tu! Ada yg tuduh ini fahaman Wahabi. Saya tak tau. Ada yg tuduh NA blh maafkan perbuatan zina, saya no komen. Tp pnjelasan Ust Kazim Elias, dan PM Dr. Mat Noor Deris cukup terang. Depa kritik NA dgn hujah hukum. Bukan fahaman politik. Saya bersetuju pdgn mereka. Suruh NA bertaubat.
      Kalau nak ikut NA juga, terpulang. Saya sudah jlnkan tanggugjawab menegur dan mengingatkan. Itu kewajipn sdara Islam. Tp sedih lah kenang orang taksub dgn Nik Aziz (wlupun jelas sesat)!

      Delete
    2. Lagi tentang bapak parasit, Nik Aziz:

      "Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

      Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak peduli dengan kenyataan Ketua Pembangkang tersebut yang dilihat tidak menghormati pendirian Pas berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.

      “Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa,” ujarnya.

      Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Merealisasikan Amal Makruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan di Balai Islam Lundang dekat sini hari ini.

      Laporan muka depan Sinar Harian hari ini melaporkan Anwar tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

      Anwar turut dilaporkan berkata, beliau memahami bahawa Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan parti itu tidak berhasrat mengadakan rundingan serta kerjasama dengan Israel."

      "Itu dia punya pasallah"???
      Hari tu ust Nasa dihentam teruk kerana pertemuan kerajaan perpaduan dgn UMNO. Apa sbb? UMNO tak Islamik? kenapa tak kata "Itu dia punya pasallah"??? Awas, kenali 'talam dua muka' yg sebenar...

      Utk tuan punya blog: jangan target tangan-tangan dan kaki saja. Selagi ada kepalanya, PAS takkan aman.

      Delete
  3. Mohon pencerahan
    Adakah parasit dan Geng I ini kumpulan yang sama? Adakah maklumat yang saya dengar ini adalah benar? Geng I menguasai ajk pusat. Mohon pencerahan.
    Ust Mujahid dinasihat tak bertanding di Bayan Baru. Adakah ini bermakna seorg geng i akan gugur. Wp pun dia mungkin menang di Parit Buntar nanti.

    ReplyDelete
  4. Sdra,

    Pertama kita jangan mudah menuduh orang itu sesat, sedangkan jika dibandingkan ilmu dan diri kita sendiri tidak sejauh mana orang yan dituduh. Sebagai seorang Pemimpin Gerakan Islam dalam keputusan yang dibuat atas dasar persetujuan mesyuarat, tentulah TGHA bercakap mewakili Majlis Syura Ulamak PAS.

    Jika Karpal Singh bercakap ertinya dia bercakap mewakili partainya.

    Kita perlu bijaksana dalam mengeluarkan pandangan dan catatan, takut pandangan kita itu cuma laqho dan menempah dosa sahaja.

    Kita bersyukur kerana dalam minggu ini suara ulamak sudah kedengaran berhubung perkara berkaitan Akidah (dalam menyambut Valentine Day) umat Islam dan Bumi Palestine.
    Ketegasan yang sebegini rupa, ramai orang Islam/Melayu sedang menanti dan berharap. Meskipun akan ada suara yang berkata sokongan orang bukan Islam dan golongan Islam liberal/prularisma akan terjejas, biarkan, kerana bukan kita yang menentukannya kemenangan didalam sesuatu pertandingan dan peperangan. Serah kepada Allah yang Maha Berkuasa setelah semua kerja dan strategy yang berlandaskan Islam telah kita susun dan atur dengan bijaksanan. Allah maha penentu. Jangan kerana undi politik, ketahanan Islam akan rapuh dan mudah digadaikan.

    ReplyDelete
  5. saya hairan kepada yg menganggap seolah2 selama ini ulama telah takda dan parasit menguasai PAS,tiba2 pula majlis syura membuktikan kepada anda sendiri bahawa PAS tetap dikuasai ulama.PAS tetap ada jalur dan lorongnya sendiri sekalipun berpakat dgn pakatan rakyat.
    gembar gembur tentang parasit ini hanyalah branding yg dicipta oleh hasan ali semata2,sebagaimana istilah erdogan dalam PAS.
    Sekali lagi saya nyatakan di sini,anda semuanya menipu tentang parasit kerana secara jelas ulama masih menguasai PAS dan ada pendirian tersendiri tentang PR.
    Harap dihentikanlah agenda memecah belah ini.Jika ada sekalipun,teruskan kepada pimpinan dan ubah dr dalam,bukan dgn mengadu domba seperti ini

    ReplyDelete
  6. yg ramai ahli pas persoal adalah..

    kenapa dalam isu melibatkan maruah pas si parasit dalam JK pusat takde suara nak mempertahankan parti tapi bila nuar n pkr kena usik depat2 depa ni cari mikrofon nak bg ulasan?

    tgk bila karpal persoal pndirian pas dalam isu valentine day, sape yg backing pas? ulama n pemuda. mana puak2 yg kononnya tinggi kelulusan berstatus Ir, Dr dan Phd tu yg kononnya fasih memutarkan hadis dan hujah dari Al Quran? Sorang takde muncul.

    Sesiapa yg nak menolak dan merombak Pas dari kepimpinan ulama, mereka ni lah PARASIT. Tgk lah, nik aziz juga akan jd mangsa serakah politik puak2 ni

    ReplyDelete
  7. tnggu lah masa muktamar waktu pemilihan nanti, protes senyap akan buat puak2 parasit ni ditendang keluar dan ulama kembali memimpin. Jgn plak ada yg nanti nak buat citer pas nak gabung dengan umno semula ya :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng ulama gila pangkat dan kuasa...tengok pengampu utama nya si Hassan Ali dimana akhirnya dia sekarang.... itulah bakal tempat pengampu yang telah menekan majlis syura supaya membuat keputusan tersebut. Kalau dah rasa PAS kuat sangat bolehlah PAS keluar Pakatan Rakyat. Yang PASTI kalau tak ada kenyataan Mat Sabu ini pas akan menerima nasib sepertimana 8 PRU yang terdahulu. Kata MAT SABU, SHAH ALAM – Terpulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada mahu memohon maaf dan menarik balik sokongannya terhadap Israel meskipun Majlis Syura memutuskan beliau harus berbuat sedemikian, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

      Justeru kata beliau, pendirian Ketua Pembangkang itu tidak akan menjejaskan kerjasama parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

      Mohamad menambah, apa yang diperkatakan oleh Anwar kepada Wall Street Journal (WSJ) adalah pandangan peribadi dan dasar partinya, dan oleh itu, terpulang kepada beliau untuk memohon maaf atau sebaliknya.

      "Pas tidak mempunyai halangan, terpulang kepada Anwar sendiri, persamaan dasar yang ada
      dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan menuju ke Putrajaya, sekiranya ada parti ddalam PR mempunyai dasar lain, ia akan diperbincangkan kemudian.

      "Namun sekiranya PKR dan DAP mempunyai dasar partinya sendiri, Pas tidak mencampurinya. Terpulang kepada mereka, termasuk menyuarakan pandangan peribadi ataupun mewakili parti," katanya kepada Sinar Harian semalam.

      Beliau berkata demikian berhubung tindakan Majlis Syura yang meminta Anwar menarik balik kenyataannya mengenai Israel. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Anwar itu satu tindakan yang tidak betul.

      Nik Abdul Aziz menyarankan kepada Anwar sekiranya kenyataan itu telah diputar belit, beliau seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ.

      Mohamad berkata, apa yang dilakukan oleh Anwar itu tidak menggugat hubungan antara parti yang ada dalam PR, malah Pas masih tetap bersama.

      "Apa yang berlaku tidak akan menggugat hubungan kami dalam PR, kami mempunyai dasar perjuangan yang sama, dan saya yakin rakyat memahami perkara ini," katanya.

      Delete
    2. huhuhu..
      saya tak nampak pulak ulama ni berkempen. sy nampak ulama ni, bila dia cakap benda betul tp org tak suka. yg lucu tu, yg tak suka tu adalah dari kalangan orang yg jahil seperti saya.
      cuba fikir, bila kita nak renovate rumah engineer kata tiang kena besar sikit, tp kita marah pasal tak cantik, try la duduk kat rumah tu.
      tak kiralah ulama gila kuasa ke apa ke, yg kena memimpin negara tetap orang yg memiliki ilmu yg sangat hampir dengan ulama. kalau ada title phD, Ir, Dr, tp kalau ilmu berkaitan quran, hadis, fikah, muamalat, akhlak dll takde, SILA BELAJAR LAGI!!
      ni dari pemerhatian, biasanya orang yg baru belajar agama ni yg lebih2 nak ambil alih pemimpin (mcm saya satu ketika dulu), yg ilmu agamanya tinggi sentiasa rilek2 je bab2 kepimpinan ni.
      siapa yg gila kuasa sebenarnya? ulama atau profesional.

      Delete
  8. Sekadar menanyakan jika ada boleh menjawab. Menjelang pru 2008. JIM satu ipta sanggup keluarkan seribu keping vcd kempen bagi membantu kemenangan seorg calon pas. Calon tu akhirnya menang. Tahun lepas dia mengeluarkan buku yang mempertikai kepimpinan ulama.
    Pimpinan itu kini duduk dalam ajk pusat. Besar kemungkinan dia akan bertanding dan menang sekali lagi. Apa tindakan kita?

    ReplyDelete
  9. Telah sekian lama Majlis Syura ulamak berdiam diri kerana setiap kali sesuatu perkara tercetus, terdapat sekumpulan dari AJK PAS Pusat dan orang yang diluar PAS Pusat mengeluarkan kenyataan mendahului Majlis Syura Ulamak PAS (MSUP. Sebagai contoh:
    1. Perjualan arak dipremis majority orang Islam di Selangor.
    2. Serbuan di Gereja Methodist Selangor.
    3. Kekalahan PAS didalam pilihanraya kecil.
    4. Kolej Universiti Insaniah Kedah isu AUKU.
    5. Pemilihan calon PRU13.

    Selain itu, kita lihat sebelum ini saban waktu berita muka didalam akhbar resmi PAS terpampang cerita dan gambar pemimpin dari luar partai. Kadang-kadang Presiden sendiri diperkecilkan didalam tulisan mereka. Malah didalam majlis pembentangan atau perbincangan dengan Ahli, mereka tidak lupa membangkitkan isu UG supaya Ahli marah dan Presiden dijadikan sasaran.

    Mereka lansung tidak bersuara dalam isu Negara Yahudi (yang perlu dijaga keselamatannya), Valentine Day dan banyak lagi.

    Saya ingin menyentuh isu lompat parti pada 16Sep. Sedangkan waktu itu Mursyidul Am ada mengeluarkan kenyataan iatu YB yang melompat partai telah mengkhianati pengundi di kawasannya dan ini bererti YB itu seorang yang cela. Jika kita masih ingat golongan inilah beria-ia menyokong tindakan dan perancangan Anwar Ibrahim sedangkan Mursyidul Am telah memberi pandangan dan nasihat.

    Ucapan-ucapan dan pandangan orang tertentu dari golongan ini iaitu Negara Malaysia tidak dapat akan dapat menjalankan hukum Syariat Islam terutama hukum Hudud.

    Ahli PAS rata-rata tidak mengatakan Majlis Syura Ulamak (Alhamdullilah inilah bezanya partai kita dengan yang lain kerana MSUP mempunyai kuasa kata pemutus) sudah tidak berkuasa cuma apa yang penulis ingin menyatakan kepada kita semua iaitu sudah cukup kecelaruan dan kerosakan yang dilakukan tampa sedar atau tidak disedari oleh golongan ini dan MSUP mengatakan cukup dan inilah masanya bertegas.

    Kita perlu rasional, medan ini bukan bertujuan untuk mengadu domba atau memecah belahkan ahli-ahli, tetapi ruang untuk kita memberi pandangan dan pendapat. Tidak siapa memaksa siapa menelan semua apa yang penulis blog ini paparkan kepada kita. Perubahan dan tidakan terletak kepada kebijaksanaan ahli-ahli.

    Kita berhujah bukan mencari kemenangan tetapi mencari kebenaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan fakta ini AUTA. Bila sudah ada kebenaran kenapa panggil orang lain itu parasit dan sebagainya. Lihatlah sendiri sipa 23 Ahli Parlimen PAS yang menang, apakah yang kumpulan mencari kebenaran lakukan untuk menambat hati rakyat agar memilih lebih ramai ahli parlimen pas di pru 13... tak nampak langsung....namun geng parasit ini yang berterusan menambat hati rakyat tetapi di hina oleh kalangan pengampu umno sebagai gila kuasa dan sokongan membabi buta kpd Anwar. Benarlah bila terlihat sinaran samar cahaya kuasa dihujung tunnel kalangan pengampu ulama ini rasa tergugat. Bagi mereka lebih baik status quo ini kerana kerana mereka rasa diri mereka lebih selamat dan selesa dengan kedudukan sekarang.

      Delete
    2. huhuhu pengampu ulama ke pangampu anwar ibrahim? ternyata anwar tu memang jelas sesat lagi menyesat yg bergerak menyerupai falsafah "the end justifies the means". jadi apa beza sokong anwar dan umno? 2x5 saja.

      dulu ada manusia tanya hukum melancap, dia tengok ustaz ni kata kena elak, yg tu kata haram, tp dia tak puas hati, terus mencari ulama yg kata harus. dia jumpa!! bila diselidik, orang tu memang pandai bidang engineering, tp bidang fikah ni kurang.
      hakikatnya ini manusia zaman kini. dia nak islam, tp dia tak respek pewaris nabi, iaitu ulama. semua hukum yg dia rasa rimas, dia tolak, tp dia kata nak islam. macamana ni?
      ingatlah. semua khalifah2 ar-rasyidin dan khalifah yg berjaya dlm sejarah adalah bertaraf ulama atau sekurang2nya menghampiri taraf ulama.

      Delete
  10. Saya sangat risaukan TGNA. Sudah tentu golongan parasit ini akan melihat TGNA sebagai liabiliti kepada perjuangan merekadan akan serang TGNA. Ya Allah, selamatkanlah TGNA dari ancaman parasit2 ini.

    ReplyDelete
  11. Sekarang ramai yang menyatakan bahawa pendirian TGNA itu akan menjejaskan PR, sebenarnya pandangan itu tak berapa betul, sebenar kenyataan TGNA dan MSUP itu akan menjejaskan PKR bukan PR, sebalik kenyataan Anwar di WSj itulah yang menjejaskan PR rakyat, kerana natijah dari kenyataan itu berapa ramai petuagas-petugas PAS di kawasan mejotiri Melayu/Islam terkedu untuk membalas serangan UMNO, Adakah kita nak kata UMNO pun ada hubungan dagang dengan Israel, maknanya kita berpendapat bahawa bila UMNO buat kita pun boleh buat...gitu atau macam pak pandir,,,,bukan anak aku je yang mati, anak orang lain pun mati jugak.
    Kenyataan Anwar ini juga telah menggugat hubungan PAS dengang gerakan-gerakan Islam Dunia yang lain, Hamas, Ikhwan, Jamaat Islami, Saadat di turki, kesemua mereka menentang penyelesaian 2 negara...pastinya mereka akan bertanyakan PAS tentang pendirian Anwar ini.....oooo di katakan pulak Anwar dan jumpa dengan Qardawi dan Khalid Mashal, tentang jumpa tu tak payah bising la....pimpinan PAS boleh di katakan selalu jumpa dengam mereka ni..tak bising-bising pun, takkan presiden nak cerita kat orang satu seminar di Turki terpaksa di tunda kerana Kapal terbang THH delay lambat sampai di Ankara, dan seminar tersebut menunggu beliau untuk di mulakan....Tok Guru2 dalam PAS bukan jenis macam tu nak menunjuk, jumpa 15 minit pun dah riuh sedunia.

    So yang perlu muhasabah ialah Anwar dan PKR, jang mengulangi mengeluarkan kenyataan dan bertindak sehingga menyebabkan sokongan Melayu/Islam boleh tergugat terhadap PAS..

    ReplyDelete
  12. Menambat hati rakyat baik, siapa kata tak baik, tetapi jangan sampai menggadai perjuangan Islam dek undi politik.
    Perjalanan sesuatu kumpulan akan cuma dapat dibaca apabila mereka sudah tidak dapat menyembunyikan lagi apa yang terbuku didalam hati dan kepala mereka. Waktu itu mereka merasa mereka sudah kuat dan boleh bertindak sewenang-wenangnya, lebih-lebih lagi sokongan yang diterima dari orang yang seringkali dihasut dan dijanjikan dengan habuan juga kedudukan ini termasuk mereka yang iklas tetapi daif dalam permainan politik kotor golongan ini.
    Apa yang Sdra Zahidyusof catat memang benar, kenyataan Anwar ibrahim bukan saja membawa musibah kepada PAS malah mencemarkan nama baik PAS sebagai gerakan Islam dimata dunia Islam juga dipersada politik tanahair.
    Apakah mereka ini akan berpatah kembali kejalan asal perjuangan?. Belum apa lagi sudah dicanangkan Anwar ibrahim akan menjadi PM ...bolehkah impian ini dibuang dengan begitu saja?

    ReplyDelete
  13. Datuk Dr Hasan Ali walaupun ditendang keluar masih menyatakan bahawasanya beliau masih sayangkan PAS. Tetapi sayangnya kepada PAS tidak akan melebihi sayang beliau kepada kepentingan Islam, Melayu dan Raja (IMR).

    Saya ini bukannya ahli PAS. Akan tetapi saya lebih yakin agama Islam kita lebih terpelihara dengan ketokohan dan prinsip yang ditunjukkan oleh DHA. Mat Sabu, Mahfuz Omar, Khalid Samad dan Dr Dzul dilihat orang luar seperti saya ini lebih berkiblatkan Anwar Ibrahim dan cita-citanya.

    Untuk renungan rakan2 hardcore PAS disini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, nama2 yg tuan sebut itulah parasit.
      Mereka menjauhkan org melayu dari pas dengan statement2 yg kadang2 bg kita terlalu gopoh.
      Semata2 nak jaga hati pengundi bukan Islam

      Konon nak tunjuk keadilan Islam
      Tapi adilnya kepada bukan Islam sampai tidak adil kepada org Islam

      Bila dikritik, terus dilabel pengkritik tu ejen Umno

      Delete
  14. Inilah kata kata hipokrit sebenar, "Saya ini bukannya ahli PAS. Akan tetapi saya lebih yakin agama Islam kita lebih terpelihara dengan ketokohan dan prinsip yang ditunjukkan oleh DHA. Mat Sabu, Mahfuz Omar, Khalid Samad dan Dr Dzul dilihat orang luar seperti saya ini lebih berkiblatkan Anwar Ibrahim dan cita-citanya. Untuk renungan rakan2 hardcore PAS disini. Beginilah kelaku pengampu ulama berhelah dan putarbelit perkataan. Tulis macam budak budak.

    ReplyDelete
  15. En Agus Salim, Bahagian mana yang saya dikatakan mengampu, berhelah dan putar belit perkataan...? Saya sekadar menulis apa yang saya rasa. Melalui pembacaan saya dipelbagai medium, itulah perspektif yang terbentuk menjadi persepsi dalam diri saya.

    Apa yang boleh diambil iktibar oleh pendokong dan pimpinan PAS adalah bagaimana hendak menangani persepsi orang luar PAS seperti saya ini sebelum PRU 13. Bagaimana hendak meyakinkan saya untuk mengundi PAS sekiranya apa yang dilontarkan sekiranya tidak selari dengan halwa telinga anda, saya dilabel dan dikata pelbagai. Anda sepatutnya membalas hujjah saya dengan hujjah anda sekiranya ada untuk membetulkan pesepsi saya tersebut.

    Dalam berdiskusi, kita harus boleh bersetuju untuk tidak bersetuju.. Bak kata saudara Subky Latif didalam kolumnis Malaysian Insider hari ini dimana tajuknya 'Hari Kekasih'... PAS, DAP setuju tak setuju.

    Janganlah label saya hipokrit dan pelbagai gelaran lagi... tak 'cool' lah bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Nadim..
      Sy amati penyokong PAS ni tak banyak beza nya ngan puak yg satu lagi tu.. Tipikal perangai bangsa suka hasat dengki.. Kita sekarang ni tengah berjuang utk menghapuskan penyalah gunaan kuasa oleh pemerintah yg zalim, mereka sibuk dgn isu melaga-laga antara satu sama lain.. Cerita cam istiqamah ngan ilmu agama yg tinggi tapi tindakan pd reality nya kosong..
      Perangai puak-puak ni sama aje tu sbb PAS susah nak menyakinkan kebanyakan org melayu tentang perjuangan mereka.. Masing-masing berlumba-lumba nak tunjukkan siapa yg lebih warak. Sy bersyukur tak bersama jamaah mereka kerana pegangan & rujukan sy tetap dgn alquran & hadis.. AKU BUKAN ORANG PAS...

      Delete
  16. Agus Salim nape x jawab? Buat memalukan Pas je ada org macam dia ni.
    Standard parasit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah tulis apa yang dia rasa, biarlah dan dia bukan ahli pas pun. Dia bebas nak tulis apa pun dan begitu juga saya......

      Delete
    2. di mana akhlak seorang islam yg patut anda miliki?
      adakah islam ajar utk label2 orang tanpa perlu selidik?
      anda kenal ke siapa nadim? pernah jumpa dia?

      orang islam bila salah, dia kena minta maaf, atau rela terima hukuman. dulu khalid samad ada ceritakan kisah ada seorg sahabat kata rasulullah telah menyakitinya, maka rasulullah terus buka baju tanpa persoal supaya sahabat berkenaan dpt memukul baginda di bawah hukum qisas. rasulullah sendiri rela dihukum sekiranya dia buat salah, tp agus salim kata, "biarlah dia bukan ahli pas pun. Dia bebas nak tulis apa pun dan begitu juga saya..." nadim tu orang islam juga. dan awak tak ingat akan hukum ALLAH di akhirat kelak? atau awak ada imuniti? oleh kerana mulut ramai yg akan diseksa di akhirat kelak. semoga ALLAH ampunkan dosa kita.

      tp bagi sesetengah orang mcm agus dan khalid samad, dia cakap je perlu ikut sunnah nabi tp ckp ala-ala burung kakak tua je la.

      kenapa tuduh orang pengampu ulama? salah ke seorang muslim hormati dan cintai ulama? bukankah ulama pewaris nabi? kalau orang islam tak cintakan ulama siapa lagi? terry jones, pope benedict, atau nentanyahu?
      dah tu nak belajar islam dengan siapa kalau bukan dengan ulama? dengan profesor matematik, english, engineering? atau dengan bill gates atau dengan george w. bush atau dengan kawan baik anwar, seorang american zionist merangkap israel firster merangkap arkitek perang iraq merangkap penulis PNAC iaitu P.A.U.L W.O.L.F.O.W.I.T.Z?

      Delete
    3. Ini sahaja yang saya jumpa, macam saya juga

      Nadim


      On Blogger since June 2010
      Profile views - 64
      About me

      Delete
    4. akhlak oh akhlak.

      dah salah kenalah minta maaf, en agus.

      akhlak kan sebahagian dr tuntutan islam. tak cukuplah setakat hendak hudud sj tp akhlak tak jaga.

      Delete
    5. Apakah akhlak hanya seruan kepada orang lain tetapi diri sendiri yang katakan orang parasit dan selain nya itu berakhlak? Elok cermin diri dulu dan jangan jadi ketam.

      Delete
    6. err....
      kenyataan awak "adakah akhlak hanya seruan kpd org lain ttp ...." tu sesuai dgn khalid samad n gang tu. bila nak tembak seteru mcm2 hadis keluar. isinya tak salah tp ianya tidak diamalkan oleh mereka.

      tp,saya takde pula ckp directly awak atau sapa2 parasit? tp apapun sorrylah kalau terasa. kelemahan saya bila menulis kadang2 menurut emosi.

      tp apapun saya harap kita sama2 renungkan apa yg saya catat tu. umat islam termasuklah yg menggelar diri pejuang islam ni akhlak masih tak sempurna, sedangkan rasulullah antara lain diutuskan utk menyempurnakan akhlak manusia.

      Delete
  17. Saudaraku En Agus Salim, bung, kekura dan yang lain2... Memang benar saya bukan ahli PAS dan bukan juga ahli UMNO. Saya adalah dari kalangan yang tidak cenderung kepada politik kepartian. Saya juga masih tidak membuat keputusan untuk undi siapa pada PRU13 nanti. Walaupun begitu, saya mengikuti rapat perkembangan politik tanah air melalui pelbagai medium samada Kerajaan mahupun pembangkang. In fact, Bapa saya adalah seorang penyokong PAS tegar manakala bapa mertua saya adalah penyokong tegar UMNO. Melalui sembang2 dan berhujjah dengan mereka berdua, saya mengamati hati naluri mereka serta cuba memahami kenapa mereka berpendirian sebegitu.

    Apa yang berlaku hari ini membuatkan saya amat risau dengan masa depan Agama, Bangsa dan Negara kita ini. Persengketaan kita ini telah berlarutan sekian lama. Bak kata Ustaz Shamsuri Ahmad, Orang kita telah sampai ke suatu tahap berpecah yang mana kita sudah tidak boleh berpecah lagi. Bertolak kepada kerisauan ini, saya pun memikirkan apakah sumbangan yang boleh saya berikan untuk 'repair the damage' tersebut. Saya telah menulis suatu artikel dan melalui email saya menyebarkannya kepada semua Ahli Parlimen, media, bloggers dan rantaian social network saya.

    Saudara boleh rujuk pada add ini (didalam Harakah daily)
    http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/5754-apa-kata-kita-bersatu-untuk-syariat-islam

    Apa yang menjadi harapan saya, kalau lah boleh dan kalau lah dapat untuk kita sama2 usahakan jalan tengah untuk mengendurkan persengketaan sesama kita. Kalau dengan pendirian kita hari ini dengan cara 'aku yang betul dan engkau salah, rasanya tak selesai2 lagi kita. We must not highlight and focus on our differences more significantly than our similarities. PAS dan UMNO adalah parti yang saya hormati dan hargai. Saya tidak mahu keduanya lemah. Dalam masa yang sama, saya tidak percaya sangat pada DAP. Sekian. wassalam.

    ReplyDelete
  18. sapa yg hr tu kata dah tak mau komen dlm blog ni? aku mudah lupa laa

    ReplyDelete
  19. Hei Kalau kau tak puas ati dengan PAs , suarakn yg kau tk puas ati dalam ijtima' agunng PAs ke , ni dok tulis dalam BLog dok mmecah blah umat islam

    ReplyDelete
  20. Pandangan Nik Aziz terutamanya dalam ayat mutasyabihat hmpir nak sama dgn Wahabi

    ReplyDelete