Kempen Jatuhkan Ustaz Azizan Oleh SMM Hambar

Setelah SMM berkempen begitu lama untuk megadakan demonstrasi besar-besaran pada pukul 2:30 petang tadi dilihat gagal. Kempen yang dilihat all out dengan kempen blog, jumpa face to face dan segala gas sudah habis diperah, tapi yang hadir, ciput. Perhatikan gambar-gambar di bawah: 


Sejak dari semalam, bermula dengan dialog yang dipaneliskan oleh budak-budak ganas, sambutannya cukup hambar, iaitu sekitar 10 orang sahaja yang hadir.

Setelah tidak berpuas hati, Syukri Razab iaitu budak yang diracuni parasit dan gagal dalam akademik dilihat keluar masuk ke KUIN pada pagi tadi untuk berkempen supaya pelajar-pelajar KUIN turut serta di dalam Demo di hadapan Wisma Darul Aman. Malangnya budak biadab ini dibooo oleh sebahagian pelajar KUIN.

Natijahnya, yang hadir masa demo tersebut ialah orang asing, bukan orang KUIN. Lihat sahaja gambar-gambar dibawah, dahlah yang hadir tak ramai, yang hadir pula bukan orang KUIN dan ramai wartawan dari budak berdemo.

Apabila kempen tidak menjadi, akhirnya sms dan berita palsu mulut ke mulut disebarkan konon-kononya Rektor KUIN akan dipecat pada petang ini (petang tadi).

Lihat seputar gambar demonstrasi yang kononnya diwar-warkan hadir ribuan pendemonstrasi. Tapi akhirnya... Hampeehhh. Siapa dibelakang mereka? Ini saya akan dedahkan nanti, Insya Allah.

Berapa orang di dalam gambar di bawah?


Ramai student KUIN atau Student bukan KUIN?


Ramai wartawan atau budak demonstrasi?



Nilailah sendiri. Dalam blog dioranglah hero, tapi sambutan demonstrasi pada realiti macamana?



3 comments:

  1. Biarpun nampak hambar namun perlu diberi perhatian
    setiap masa dan ketika, kerana mereka-mereka yang merancang dan mempunyai agenda tersembunyi tidak akan berdiam diri begitu saja.
    Pada masa yang sama marilah kita berdoa dan mempertingkat sokongan pada kepada Ust Azizan untuk terus menerajui negeri Kedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya setuju... Harap semua boleh nampak, bagaimana sambutan orang ramai terhadap agenda parasit terhadap KUIN.

      Delete
  2. USTZ AZIZZAN NIH MAKSUM KE APE, SAMPAI MAHASISWA NK BERSUARA PUN TAK BOLEH , CHECK DULU APA DIORANG PUNYA MASALAH, JGN SBB TERLALU TAASUB KEPADA PAS DN JUGA PADA TEORI KONPIRASI'PARASIT' DALAM PAS KORANG NK TUTUP MULUT MAHASISWA .

    ReplyDelete