Selamatkan Presiden! Serampang Dua Mata: Hassan Ali dilanyak, Presiden Yang Kena.


"Tiada tanda DRHA akan balik"


Setelah Dr. Hassan Ali dilanyak selumai-lumainya, kini giliran Presiden pula untuk diheret sekali. Lihatlah peranan parasit yang bertugas di Malaysiakini di dalam artikel: "Jalan buntu bagi Hasan kembali pada PAS" yang memetik laporan Penarik Beca, si pelapik batu di bawah dahi ketika solat yang menyebut: "Apa-apa pun, bak kata Orang Putih, untuk berlaku adil kepada Abdul Hadi, difahamkan majoriti ahli mesyuarat mahukan Dr Hasan digantung antara enam hingga 15 bulan. Tetapi, Presiden PAS itu sendiri yang menekankan supaya Dr Hasan dipecat. Kalau ada pembetulan kepada maklumat itu, saya akan siarkan."

Adakah Blog Ini Cuba Di Hack? Ada Sapa Boleh Advise?

Saya rasa macam ada 'tetamu lain' memasuki blog ini, melalui beberapa 'alarm' yang saya buat, saya rasa macam ada tetamu tak diundang... Sapa boleh advise?

Contohnya: comment El-Haraki (11 January 2012 01:52) ni bukan saya yang delete....
http://selamatkan-pas.blogspot.com/2012/01/kronologi-sedih-kita-semua-bersedih-dan.html?showComment=1326217775095#c5363284370117763668

Harap ALlah selamatkan blog ini. Walaupun umurnya baru, tapi pengunjungnya sudah melangkau sekitar 5000 orang setiap hari. Saya yakin, dalam tempoh terdekat, boleh mencecah 10,000 orang setiap hari kerana berita yang saya nak posting selepas ini lebih penting.... Insya Allah.

Dokumen Baru: Strategi Parasit Menguasai PAS - menjernihkan kekeliruan tentang: 'bukankah dia dulu orang yang berlawan dengan IRC'?

Banyak yang menyoal, bukankan dulu si fulan bin si fulan berlawan dengan IRC yang sekarang ini adalah parasit di dalam PAS? Contohnya Khalid Samad dan lain-lain. Lihat strategi grand design ini, bagaimana mereka menguasai PAS melalui engagement dengan Pemimpin PAS seterusnya memperkudakan mereka. 
---------------------------------------------------------------------------------------------
Dokumen Grand Design menguasai PAS mencatatkan strategi Parasit menguasai Pemimpin PAS. Di dalam kertas ini mencatatkan bahawa perjalanan dan hala tuju PAS mestilah dikuasai melalui:
1. Fikrah yang dianuti. Antara fikrah yang dianuti ialah: "ulama tidak semestinya memimpin" untuk membuka ruang menguasai PAS dan "taat adalah candu wala'" bagi mengkesampingkan arahan jemaah PAS yang bercanggah dengan rancangan dan grand design parasit. Inilah yang diisi di dalam program Tarbiah PAS yang dianjurkan oleh Parasit. Inilah juga fahaman yang disebarkan oleh blogger-blogger jahil seperti Tulang Besi dan lain-lain. 

Muslimat 80% dikuasai Parasit: lihat penampilan Klip Video muslimat PAS yang kebudak-budakan

Saya sebenarnya rasa serba salah untuk mengulas takut tersebar apa yang negatif. Apabila fikir kali kedua, saya rasa tak mengapa untuk ulas perkara yang dah tersebar. Video klip yang dikomen oleh 259 orang (setakat pukul 4 30 pm) dilihat begitu negatif dengan nyanyian kebudak-budakkan sambil ketawa yang tidak selayaknya oleh kepimpinan barisan hadapan muslimat PAS. Sekalipun bersalam itu khilaf, tetapi tidak ada sebab dan keperluan untuk muslimat parasit beriya-iya bersalaman dengan 'abang polis', memualkan macam UMNO.

Lagak yang cukup bercanggah dengan apa yang telah ditunjukkan di dalam sejarah Islam. Kemenangan yang diraikan dengan takbir, tafakkur, doa dan sebagainya, atau paliing kurang nasyid yang mengandungi kata-kata yang indah dan baik. Bukan nyanyian seperti kebudak-budakkan, sambil ketawa dan main-main. Kemenangan umat Islam di dalam siri-siri peperangan di zaman nabi saw, di zaman para khulafa' ar-raasyidin, kemenangan pembukaan Palestin, kemenangan pembukaan dilaungi dengan Allahuakbar, dengan syukur dan tafakkur, bukan dengan tindakan seolah-olah pesta sebagaimana kebiasaan golongan kuffar. Kalau nak kata mereka terlalu happy, takkan setakat DSAI dibebaskan sampai boleh lupa daratan. Takkan berita pelepasan DSAI lebih besar dari kemengan umat Islam membuka Palestin, Constantine dan lain-lain lebih kecil sehingga mereka boleh lupa daratan dan batas-batas akhlak Islam.

Adakah Dr. Hassan Ali menjadi Mangsa Strategi Parasit? - Lagi dokumen strategi Parasit pernah cuba menghancurkan ABIM.

Kertas dokumen pada kali ini tidak mengikut turutan. Sepatutnya hari ini saya releasekan muka surat ke 7.

Tetapi memandangkan isu yang sedang berlaku, penting untuk saya fahamkan saudara-saudara sekelian tentang pengkhinatan parasit terhadap badan yang diselinapinya apabila mereka gagal menguasainya atau melakukan 'character assasinition' individu yang dianggap sebagai penghalang.

KRONOLOGI SEDIH: Kita Semua Bersedih Dan Akur Dengan Keputusan Parti


Kronologi isu Dato' Hassan dan Ustaz Nasha:

Rasyidi Hassan, Lagi Bukti Pembohongan Dan Parasit Jahat.

Dahulunya, saya pernah mengikuti kursus kewartawanan sekitar tahun 90an. Pemimpin parti dari kalangan ulama yang memberi pengisian kursus tersebut sentiasa mengingatkan kami: "kita sebagai wartawan tidak boleh lari daripada sikap kita sebagai pendakwah. Sebagai wartawan muslim yang sebenar (merujuk kepada wartawan harakah), kita mestilah jujur sekalipun terhadap musuh kita." Itulah nilai kewartawanan Islam, nilai yang melonjakkan kepercayaan masyarakat terhadap harakah sehingga harakah mendapat sambutan yang begitu baik. Kegerunan UMNO kepada Harakah akhirnya membawa kepada cubaan mengharamkan Harakah sehingga akhirnya KDN mengeluarkan arahan terbitannya hanya terhad kepada ahli dan hanya sebulan sekali.

Kesian Cg. Pa dan Mahfuz: Jadi Mangsa Provokasi Parasit. Siapakah Parasit Tersebut?

Selepas isu 'ribut dalam cawan' selesai, ramai yang marah kepada Cg Pa dan Mahfuz. Ada yang sampai tahap memaki hamun diorang melalui sms dan sebagainya dengan kata-kata yang cukup kesat.

Bagi kami yang memahami realiti ini, kami cukup simpati kepada dua tokoh besar ini. Ucapan mereka yagn keras disebabkan didorongi oleh keinginan untuk selamatkan parti. Jika anda ditempat mereka, anda mengetahui yang DrHA dan U Nasharudin ingin mengheret PAS masuk UMNO, anda juga akan marah. Sayapun akan marah jika itu benar-benar berlaku.

Lagi Dokumen Grand Design Menguasai PAS : kenapa buldog-bloger tak terkejut dan tak respond kalau benar dia sayangkan PAS?

 Hari ini saya kepilkan 2 muka surat lagi rancangan Parasit menguasai PAS.

Apa yang sebenarnya membuktikan bahawa blogger-blogger parasit terutamanya Tulang Besi adalah buldog kepada Parasit, ialah sikap acuh tak acuh blogger ini dan terus meletakkan blog selamatkan PAS sebagai musuhnya. Seterusnya, menggunakan "diversion strategy" iaitu mengungkit-ngungkit siapa penulis blog tanpa menyentuh sedikitpun, sama ada dalam bentuk terkejut, tertanya-tanya, meminta kepastian, kesahihan dan sebagainya.



Jika dia benar sayangkan PAS, pasti mindanya terarah untuk mengetahui dan menyelidiki dokumen yang saya beri.

Lagi Dokumen Parasit: Bukti Pemikiran Tulang Besi Adalah Pemikiran Politik Parasit

PAS sebagai sayap politik HIS (Parasit). M/S 9.
Bila saya tengok respond TB di bawah artikel bertajuk: "APA YANG SAYA MAHU DEDAHKAN", baru saya tahu bahawa TB memang betul-betul berfikir di dalam kerangka pemikiran Parasit. Lagi satu yang penting, respond TB ini menunjukkan bahawa "golongan UG nak bergabung dengan UMNO" hanya bersifat tohmahan yang hanya bersandarkan kepada wujudnya perbincangan dengan UMNO tanpa mengetahui apakah sebenarnya butir-butir perbincangan tersebut. Tapi peliknya, bila bos dia berjumpa dengan UMNO tanpa diketahui oleh pemimpin tertinggi parti, tidak pula dihebohkan. Tapi bila pemimpin tertinggi buat, dengan restu mesyuarat, tiba-tiba diserang dengan tuduhan-tuduhan jahat. Inilah strategi Parasit, memburukkan pemimpin tertinggi supaya ahli PAS hilang kepercayaan, kemudian disingkirkan dari kepimpinan parti, dengan tujuan akhirnya parasit-parasit ini akan menguasai parti di peringkat pucuk tertinggi. 

Uslub Nabi Ibrahim Sebagai Pilihan Saya: Nilailah Kedudukan Tulang Besi, Zul Sulong, Rasyidi dan Kedudukan Anda sendiri


Nabi Ibrahim a.s berdakwah menggunakan uslub invisible daa’ie (pendakwah tidak dikenali identitinya) tetapi visable dakwah (tindakan dan penghujahan dakwah diketahui dan boleh dilihat umum). Dalam istilah Arab di sebutkan sebagai Sirriyyah At-Tanzim Wa ‘Ilaniyyah Ad-Dakwah.
Dalam kondisi yang bahaya seperti kondisi nabi Allah Ibrahim a.s, di mana raja Namrud akan menangkap mereka-mereka yang dirasai bercanggah dengan fahaman adanya tuhan selain sembahan mereka, orang itu akan dihukum atau dibunuh.

Tarikh Debat Terbuka Dengan Zul Sulong... Saat yang dinantikan.


Saat yang dinantikan telah tiba... Zul sulong akhirnya bersuara dan telah masuk dalam blog Berubahlah Sekarang Selamatkan PAS (BSSP). Dia kata: "ok... nanti ada masa kita jumpa kat wall u..."
Merapu dalam Harakahdaily
 

Pendedahan bukti Parasit di dalam PAS: Daftar kandungan kertas Grand Design Parasit.

Bermula hari ini, saya akan siarkan satu demi satu dokumen perancangan parasit di dalam PAS, bermula daripada tahun 1980an sehinggalah yang terbaru. Di sini saya akan dedahkan 2 m/s daripada ratusan muka muka surat berkenaan cara dan strategi mereka menguasai PAS.

Lagi Bukti Parasit Menguasai Harakah / Harakahdaily: Mereka Tidak Bahagia Dengan Majlis Mahabbah

Setelah lama kita berteka teki, apakah majlis yang di adakan di JKR 10 pada 27 Disember lepas? Adakah Dr. Hassan Ali dan Ustaz Nasha datang terhegeh-hegeh minta maaf dan minta ampun seperti yang digambarkan oleh Harakahdaily?

Karikatur: Kedudukan Parasit, Ulama & Tulang Besi.

Kedudukan Parasit, Ulama, Harakah dan Blogger2

Kenapa Tulang Besi Tak Pernah Soal Tuannya Yang Lidah Bercabang? Bukti TB Buldog Parasit

Setelah meneliti tulisan Tulang Besi, saya dapati di sana terdapat dua indicator (petunjuk) yang jelas yang menunjukkan TB adalah lidah rasmi Parasit.  Sekalipun setakat ini saya masih reserve untuk kata TB adalah parasit tetapi yang confirm TB adalah lidah kepada parasit. Hakikat lidah parasit dan Parasit hukumnya lebih kurang sama. Di sana terdapat 3 petunjuk penting: