IRC ADALAH LIABILITY PARTI DALAM ISU ISLAM DAN HUDUD

Strategi IRC di dalam PAS khususnya di dalam PRU-12 ialah bertanding di kawasan-kawasan non-muslim. Menurut kertas perancangan mereka, sokongan non-muslim sangat penting bagi mencapai kemenangan di dalam siri-siri pilihanraya di Malaysia.

Memang inipun sebenarnya yang PAS fahami. PAS tidak pernah menyatakan sokongan non-muslim tidak penting dalam realiti pilihanraya di Malaysia. Tetapi apa yang menjadi titik pertembungan antara fikrah PAS dan IRC ialah, sejauhmanakah dasar-dasar sebenar Islam perlu disembunyikan (taqiyyah) bagi menarik dan menjaga hati golongan non-muslim?



IRC ADALAH LIABILITY PARTI DALAM ISU ISLAM DAN HUDUD

Strategi IRC di dalam PAS khususnya di dalam PRU-12 ialah bertanding di kawasan-kawasan non-muslim. Menurut kertas perancangan mereka, sokongan non-muslim sangat penting bagi mencapai kemenangan di dalam siri-siri pilihanraya di Malaysia.

Memang inipun sebenarnya yang PAS fahami. PAS tidak pernah menyatakan sokongan non-muslim tidak penting dalam realiti pilihanraya di Malaysia. Tetapi apa yang menjadi titik pertembungan antara fikrah PAS dan IRC ialah, sejauhmanakah dasar-dasar sebenar Islam perlu disembunyikan (taqiyyah) bagi menarik dan menjaga hati golongan non-muslim?

Menurut fikrah PAS, sebagai sebuah parti dakwah, PAS perlu bertegas dengan dasar Islam dan tidak boleh bersikap hipokrit. Inilah yang sedang dilakukan oleh PAS sebagaimana isu hudud yang dipertegaskan oleh Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz (TGNA).

Manakala menurut fikrah IRC, PAS sebagai sebuah parti politik dan bukan jemaah dakwah, perlu untuk tidak meletakkan Islam dan isu-isu islam di dalam penampilan politik mereka, guna bagi menarik golongan non-muslim. PAS tidak perlu mempertegaskan isu hudud, negara islam, isu social dan sebagainya. Apa yang lebih melampau, mereka berpandangan PAS sepatutnya menafikan untuk tidak bermatlamatkan negara Islam amnya dan hudud khasnya. Istilah “biar menang dulu, bila dapat kuasa, kita tunjukkan keadilan. Selepas melaksanakan keadilan, barulah bercakap Islam seperti hudud dan lain-lain.”

Fikrah ini pernah mewujudkan pertembungan di dalam PAS. Pada tahun lepas, TGNA menyebut bahawa hanya hudud sebagai penyelesaian ketika memberikan respond tentang liputan jenayah, buang anak, rompakan dan lain-lain. Pada waktu itu, Karpal Singh memberikan respon yang negatif bahawa DAP tidak akan bersetuju dengan Hudud. Spontan itu, Dr Zulkifli Ahmad dalam temubual TV PAS seolah-olah “kondem” TGNA yang menimbulkan isu hudud dengan alasan ia boleh memecahkan Pakatan Rakyat. Cuba lihat bagaimana persepsi awam terhadap statement ini di youtube http://www.youtube.com/watch?v=mDOgpGdgvyA&feature=results_video&playnext=1&list=PLAC2ED679DDA194CF.

Bukankah pendirian ini menghilangkan keyakinan mereka yang bersama dengan PAS kerana Islam? Bukankah PAS berdiri dan bertahan di Kelantan atas perjuangan ini? Sedangkan sokongan non-muslim belum tentu akan diraih dengan mengenepikan agenda Islam di dalam perjuangan. Ibarat pepatah menyatakan: yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran.

Apabila saya memaparkan video Dr Zulkifli Ahmad ini, ini bukan bermakna Dr Zul IRC. Tetapi apa yang pasti, fikrah IRC jelas terserlah di dalam ucapan tersebut. Kesannya PAS dilihat mempunyai dua puak; satu puak yang sokong hudud sebagai salah satu agenda parti; manakala satu puak lagi ialah puak yang menyatakan agenda islam tidak perlu ditonjolkan. Yang perlu, ialah kita menonjolkan kebaikan, kebajikan dan keadilan.

Sebenarnya, fikrah dan pendirian IRC dalam isu ini bukan setakat setakat itu, tetapi sudah berlaku beberapa insiden yang besar seperti isu kalimah Allah dan sebagainya. Kesannya, PAS akhir-akhir ini dilihat tidak konsisten dengan agenda Islam, walhal kenyataan Tuan Guru Presiden, Tuan Guru Dr. Harun Din, Dewan Ulama dan lain-lain ditapis oleh Harakah yang dikuasai oleh IRC. Sehingga pernah terjadi, seorang staf harakah yang enggan menyiarkan statement Presiden setelah didesak oleh Dr. Shamsuri (S/U Politik Presiden), “takpelah, nanti saya siarlah statement presiden enta”, tegasnya dalam nada meradang justeru didesak oleh Setpol beberapa kali. Isu kalimah Allah, saya akan ceritakan selepas PRU-13, insya Allah. 

Selepas ini, saya akan coretkan, apakah pandangan islam dari perspektif siasah syariyyah berkenaan penegasan agenda islam di dalam perjuangan politik Islam.

3 comments:

  1. Kelakar tengok budak setahun jagung dalam PAS nak bercerita pasal IRC.

    Berubahlah. Berhenti guna nama ulama untuk rebut jawatang.

    ReplyDelete
  2. setahun jagung? Haaaa.. lawak tulang besi... memang kaki tembak dan merapu....

    Cuba cek IC aku dengan IC hang, tengok mana lebih tua... dan sapa lebih lama terlibat dengan PAS.

    berbaik dengan parasit dan benci ulama, then duduk luar negara dan hanya terima email, call dan mesej je dari parasit.

    Kemudian naik tocang konon-konon bela PAS dan orang lain setahun jagung.. Suluh diri dan ukur pakaian dengan baju....

    ReplyDelete