SATU BUKTI LAGI, ZUL SULONG DAN RASYIDI PARASIT DI DALAM HARAKAH


Berita semalam "Hasan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuran"dan pembetulan Harakahdaily hari ini yang menukar tajuk "Nik Aziz bersyukur masalah selesai" adalah satu confirmation bahawa Harakahdaily sedang dikuasai parasit kerana berita yang dilaporkan semalam sememangnya boleh menghangatkan dan menyulitkan keadaan, bukan menyelesaikan kemelut serta menyejukkan keadaan yang panas. Saya yakin pembetulan hari ini akibat komentar dari orang ramai yang tidak berpuas hati dengan manipulasi berita asal oleh Harakahdaily semalam, selepas video klip temuramah asal oleh ASTRO tersebar di dalam Youtube. 
Hari ini, Harakahdaily dilihat cuba ‘cover’ berita ‘jahat’ semalam dengan menyiarkan video dan transkrip penuh konon-kononya untuk cerita diorang gentlemen. Tapi semua pembaca dapat lihat manipulasi berita asal dengan terbitan Harakahdaily. 
Bukti yang cukup jelas bahawa wartawan-wartawan Harakah dikuasai oleh 2 kuasa parasit Zul Sulong dan Rasyidi ialah keengganan pimpinan untuk memberikan kenyataan kepada mereka tentang pertemuan tersebut. Ini menunjukkan seolah-olah, kepimpinan tertinggi parti tidak lagi mempercayai Harakahdaily apabila mereka lansung tidak memaklumkan apatah lagi menjemput wartawan Harakah mahupun Harakahdaily untuk buat liputan pada Majlis Mahabbah itu. 
Atau, mungkin juga perjumpaan itu adalah tertutup dan rahsia. Jika benar begitu, kenapa Harakah siarkan perjumpaan tersebut? Adakah Harakah bukan lagi milik parti justeru bercanggah dengan kehendak parti atau memang betul Harakahdaily dikuasai parasit? Sepatutnya sebagai agen parti, Harakah perlu menghormati sesuatu yang dirahsiakan oleh pemimpin parti jika benar perjumpaan tersebut adalah rahsia. Tetapi bagi saya, andaian kedua ini, iaitu perjumpaan tersebut adalah rahsia agak tak masuk akal justeru TGNA buat kenyataan kepada media sebagaimana rakaman tersebut. Jadi, telahan pertama iaitu pemimpin tertinggi parti tidak lagi mempercayai Harakahdaily adalah telahan yang kuat dan 99% tepat. 
Kalau anda berfikir dengan waras, anda akan dapat baca tentang tahap kepercayaan pemimpin tertinggi parti kepada Harakahdaily. Perlu saya tekankan lagi, perkara ini bukan salah Harakah atau Harakahdaily kerana Harakah adalah ‘kenderaan’ milik kita semua. Yang salah ialah parasit yang merampas tempat memandu ‘kenderaan’ tersebut. Nak buang parasit-parasit ini adalah agak mustahil kerana di sana ada akta buruh dan kita tak jahat macam UMNO. Sukarnya UMNO pecat orang PAS dari jawatan kerajaan, begitulah juga sukarnya untuk pecat parasit-parasit ini jika PAS mahu berbuat demikian. Sebab tu mereka masih kekal di kerusi empuk tersebut. 
Sebab itu, jika mereka ada maruah, baik blah sebelum kempen untuk satu rally dan tunjuk perasaan besar-besaran di depan pejabat agong atau Harakah untuk memaksa mereka meletak jawatan. Memang muka parasit-parasit ni tak malu, terima gaji dari parti, tapi jadi pengkhianat parti dengan memanaskan keadaan yang hakikatnya sudah reda dengan penarikan balik dari Dr. Hassan Ali dan dengan pertemuan tersebut.
Berbalik kepada hujahan saya bahawa berita Harakahdaily semalam dan hari ini membuktikan mereka sememangnya dikuasa parasit adalah seperti berikut:  
1.       Kenapa Harakah tak buat liputan direct dengan yang berkenaan seperti Tuan Guru Presiden, Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am sendiri? Kenapa mereka petik dari youtube yang dirakam oleh wartawan ASTRO? Isunya ialah, adakah pemimpin tertinggi enggan beri kerjasama? Jika betul mereka enggan beri kerjasama, persoalannya mengapa? Saya boleh berikan jawapan kepada soalan ini, iaitu pemimpin-pemimpin tertinggi ini sudah hilang kepercayaan terhadap Harakah dan juga Harakahdaily kerana mereka banyak memanipulasi, mengubah, menokok dan menambah kenyataan-kenyataan pemimpin tertinggi parti, khususnya dari kalangan ulama. Pemanipulasian berlaku bukan mengikut selera wartawan, tetapi sebenarnya mengikut nafsu dan grand design parasit-parasit disebalik tabir, yang dijayakan oleh dua parasit besar dalam Harakah, iaitu Zul Sulong dan Rasyidi Hassan. 
2.       Jika benar Harakahdaily pertahankan kenyataanya semalam, kenapa tajuk semalam yang berbunyi: “Hassan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuran” telah diubah tajuknya kepada "Nik Aziz bersyukur masalah selesai"? 
Tajuk berita asal "Hassan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuran".






Tajuk ditukar kepada " Nik Aziz bersyukur masalah selesai"
      Jika kita bandingkan artikel semalam dengan video rakaman, kita dapati bahawa di sana terlalu banyak fakta yang bercanggah dengan apa yang telah dilaporkan oleh Harakahdaily. Antaranya ialah:
    
     a.    Harakahdaily versi parasit berkata: “Saya sendiri (TGNA) akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini”. Padahal dalam versi asli menyebut: “tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat.” Bila melihat video penuh kita rasa sejuk hati. Maknanya, jamuan ringan masa perjumpaan semalam di JKR 10. Bukan akan dibuat, tetapi telah dibuat. Takkan sebagai wartawan berpengalaman tak faham ayat tu? Sebaliknya bila baca Harakahdaily, rasa macam martabat Dr. Hassan Ali sangat rendah apabila tajuk kepada isi meng’swing’kan hakikatnya yang asal.
     
      b.       Beliau ke JKR 10 bukan untuk meminta maaf, kerana maaf telah dibuat secara terbuka sebelum itu. Tetapi beliau ke JKR 10 kerana sebab-sebab yang masih belum diumumkan oleh pimpinan. TGNA tak ada sebutpun dalam video tersebut bahawa Dr. Hassan Ali datang minta maaf. Persoalannya mana Harakahdaily ambil point tu? Inilah reka cipta parasit untuk memanipulasikan fakta dan berita. 

      c.        Mana statement dalam transkrip tersebut yang kata Dr. Hasan Ali datang minta maaf? Tuan Guru cerita Dr. Hassan ali minta maaf dalam perenggan awal serta memuji tindakan Dr. Hassan sebagai berani, tetapi tiada lansung kaitan perjumpaan tersebut dengan isu minta maaf sebagaimana yang ditayangkan di dalam video tersebut. Perenggan ke 5, selepas 3 soalan baru TGNA cakap bahawa mereka datang atas jemputan, bukan datang semata-mata minta maaf sebagaimana yang digambarkan oleh Harakahdaily. Minta maaf yang TGNA sebut hanyalah merujuk kepada pengisytiharan DRHA di dalam media-media utama. Isu pertemuan tersebut hanya diulas oleh TGNA dalam soalan berkaitan Ustaz Nasharudin dan lansung tak ada kaitan lansung dengan isu minta maaf Dr. Hassan Ali.
4.       Apa yang dapat dilihat daripada Harakah daily ialah, mereka dah tak ada jalan nak burukan imej Dr. Hassan dan Ustaz Nasharudin tentang konon-kononnya diorang nak masuk UMNO, khususnya apabila Dr. Hassan Ali dah “u-turn” dengan memohon maaf tentang isu Negara berkebajikan dan berikrar akan terus bersama PAS. Bila mereka dah tak ada jalan, pujian TGNA di”swing” seolah-oleh Dr. Hassan Ali terlalu hina untuk datang menyerodok minta maaf, wording yang difahami daripada laporan Harakahdaily. Laporan ini menjatuhkan imej Dr. Hassan Ali sendiri kerana apa yang dihighlight oleh Harakahdaily, bahawa Dr. Hassan seolah-olah datang menyerodok minta maaf, buktinya, mana ada Harakahdaily sebut disana ada jemputan, walhal dalam video tu, jelas TGNA sebut ada jemputan. Ini salah satu cara strategi golongan Parasit untuk mengjadikan Dr. Hassan Ali ‘hot’ dengan mencabar keegoan beliau, dengan tujuan Dr. Hassan Ali akan melenting seterusnya menembak balik parti dari luar. Jika ini berlaku, mereka sangat gembira kerana ia akan menjayakan plan mereka untuk tindakan buang mereka dari parti. Tapi al-hamdulillah, Dr. Hassan setakat memberi penjelasan bahawa dia datang ke Majlis tersebut bukan meminta maaf, bahkan memenuhi jemputan ukhuwwah pimpinan tertinggi untuk berbincang, bukan meminta maaf kerana maaf telah dibuat secara terbuka sebelum itu. 
5.       Penerangan Tuan Guru Presiden tentang istilah yang digunakan di dalam peristiwa pembukaan Mekah untuk tidak mengeruhkan keadaan, istilah "Hari ini hari kasihan belas” digunakan berbanding istilah “Hari ini Hari Perang". Sama juga, sepatutnya lidah rasmi parti menggunakan wording halus seperti ini seperti “Majlis Ukhuwwah berjaya, PAS Pusat patut membuat majlis kesyukuran” berbanding tajuk: “Hassan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuran.” Tajuk itu tak patut kerana memanaskan keadaan yang menjadi punca Dr. Hassan Ali buat kenyataan balas. Sepatutnya tajuk “Majlis Ukhuwwah berjaya, PAS Pusat patut membuat majlis kesyukuran” kerana TGNA jelas menyebut di dalam video tersebut: “Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah.”

Kesimpulannya, andaian terhadap apa yang disiarkan dalam edisi semalam jelas menunjukkan manipulasi berita. Adakah ini berlaku kerana kebodohan wartawan atau sebenarnya sengaja diatur oleh parasit?
Apa yang jelas dan zahir kerana kita hanya boleh berhukum dengan zahir, kejadian ini adalah disengajakan kerana:
1.       Ini bukan pertama kali, tetapi berulangkali dilakukan oleh wartawan berbeza. Takkan semua wartawan Harakah ‘bodoh’. Berlaku berulang kali disebabkan oleh ‘kebodohan’ wartawan adalah mustahil kerana wartawannya berbeza, tetapi yang pastinya ialah, parasitnya sama, iaitu Zul Sulong dan Rasyidi. Terbaru sebelum laporan ini ialah kenyataan presiden yang ditukar daripada: “Ingatan kepada semua pemimpin dan ahli PAS” kepada “bertindak sendiri gugur dari parti”. Bukan ke bercanggah dengan ruh ukhuwwah yang disebutkan oleh Presiden berkenaan dengan sirah pembukaan mekah? Nabi ubah wording yang kasar kepada yang lembut bagi menjalinkan hubungan yang baik, tetapi wartawan Harakah tukar dan swing laporan daripada wording yang lembut dan lebih ukhuwwah kepada wording yang boleh menghangatkan keadaan, ni apa cerita? 
2.       Sebab kedua saya yakin ialah: “Saya tahu apa yang kamu semua tak tahu”. Jadi, ikutilah siri-siri keseterusnya.

Tuntasnya, saya berani kata, ini bukan kesilapan, tetapi perancangan jahat golongan parasit melalui saluran Zul Sulong dan Rasyidi. Seperkara lagi, kalau anda semua perasan, Harakah dulu kalau sebut Nik Aziz, diorang tak tinggal perkataan Tok Guru atau Tuan Guru atau TG. Kalau alasan jimat ruang, persoalannya adakah Harakah dulu banyak ruang sekarang ruangnya kurang? Bagi saya, Harakah dulu sepatutnya lagi tak cukup ruang sebab tak ada iklan seperti iklan ubat kuat yang semakin hari semakin memenuhi ruang Harakah dan Harakah daily versi parasit. Orang pun boring nak beli sebab orang tertanya-tanya: “harakah jual berita parti atau akhbar iklan ubat kuat?” Rasyidi dan Zul Sulong kena ambil tanggungjawab.

Teruskan kempen Selamatkan Harakah dari paasit-parasit ini. Sila like page facebook kempen selamatkan harakah:

https://www.facebook.com/pages/Selamatkan-Harakah/294426083928396

7 comments:

  1. wa dah lama dah tak beli harakah . wa cuma tunggu saudara bongkar org atas lagi dari 2 parasit ini.

    ReplyDelete
  2. rashidi yg ku kenal ialah kerap kali tidak bersetuju dengan Hj hadi.pro kpd syiah dan pro kpd saudara mat sabu.last kami bersembang sekitar tahun 1998. antara yg dibangkitkan ketika itu ialah ketidak setujunya beliau diatas kenyataan tg haji hadi berkenaan isu syiah.SIDI ANTA MESTI TAU SAPE YG POS INI.dari teman serumah anta di kpg pandan

    ReplyDelete
  3. sslam admin, nak tanye, tuan guru tuan ibrahim tuan man xambil tindakan ke? atauun masih boley ambil tindakan?

    ReplyDelete
  4. Tuan Guru Tuan Ibrahim tak boleh dan tak mampu nak ambil.

    1. Nak pecat tak boleh coz nanti kalau diorang bawa ke mahkamah industri, confirm kalah punya.

    2. Bila benda ni dibawa ke pusat untuk diambil tindakan, confirm dapat back up punya coz ajk Pas pusat dikuasai oleh Parasit.

    ReplyDelete
  5. salam.nak tanya,apakah cadangan terbaik untuk membuang parasit yang tidak ikhlas memperjuangkan Islam ini?

    ReplyDelete
  6. Ahmad Kamal, lihat kemungkinan2 di bawah:
    1. Pecat dari harakah oleh Presiden: tak boleh sebab bila bawa ke mahkamah industri, confirm kalah.

    2. Bawa aduan ke Pusat @ Lembaga Disiplin parti: tak boleh jalan sebab AJK PUsat dikuasai oleh parasit. aduan ini mesti ditolak.

    3. Demonstrasi depan Harakah: rasa tak manis adik beradik pergi demo rumah adik beradik kerana marahkan tikus dalam rumah.

    4. Bersabar. tunggu dan lihat: sampai bila kita bersabar tanpa tindakan sedangkan parasit semakin berkuasa dan merosakkan dari dalam.

    5. Halau Zul Sulong & Rasyidi melalui boikot harakah dan harakahdaily: setakat ini kempen ini dilihat paling relevant, berkesan dan baik untuk parti.

    ReplyDelete
  7. Demokrasi hanya Memberi Manfaat Kepada Orang Kafir

    Masakan produk demokrasi yang datang daripada orang kafir Barat bertujuan untuk memberi kebaikan dan kekuatan kepada Umat Islam.

    ReplyDelete