Penarik Beca Hipokrit - Saari Sungib dan Hussam jumpa UMNO ditutup, tapi Hassan Ali dan Ustaz Nasharudin dijaja-jaja

Kenapa dia diam bila bos dia jumpa UMNO dan MCA?Kenapa dia diam bila Husam Jumpa Tengku Razaleigh ketika pilihanraya Galas? Perjumpaan yang menjadikan Husam hampir masuk perangkap UMNO dengan berjanji PAS tidak akan meletakkan calon bertanding di galas dengan balasan bla... bla.. bla...? Ni nak saya detailkan satu-satu ke?
Bila saya tengok blog penarik beca, saya terfikir kenapa penyembah batu waktu sembahyang ni duk swing statement cikgu PA? Memang kalau orang percaya tulisan dia, memang orang tu bodoh. Dia kata: "Cik Gu Pa (Datuk Mustafa Ali) tentu tak nak jawab (cabaran) (Datuk Dr) Hasan (Mohamed Ali) bab dia nak jumpa (dalam gelap) dengan Umno tu sebab bila jawab, (mungkin) kena cerita pula Presiden (Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang) yang suruh jumpa Umno. Presiden pula (mungkin) kena cerita pula (Datuk Dr) Harun Din yang cadang supaya jumpa (pemimpin) Umno.

Walhal saya tengok, penarik beca takut orang dedahkan Mat Sabu jumpa MCA, UMNO di Penang apasal tak bangkit?

Kenapa dia diam bila bos dia jumpa UMNO dan MCA?Kenapa dia diam bila Husam Jumpa Tengku Razaleigh ketika pilihanraya Galas? Perjumpaan yang menjadikan Husam hampir masuk perangkap UMNO dengan berjanji PAS tidak akan meletakkan calon bertanding di galas dengan balasan bla... bla.. bla...? Ni nak saya detailkan satu-satu ke?

Akhirnya PAS terselamat apabila PAS Pusat membuat keputusan untuk terus bertanding dan janji Husam dengan Tengku Razaleigh akhirnya dibatalkan oleh PAS Pusat. Kenapa Penarik Beca tak bising? atau parasit tak sampaikan berita tersebut dari Kelantan, dibawa oleh Bos Penarik beca, Mat Sabu untuk di mesyuaratkan di restoran taqwa, Gombak dan beberapa area di Pahang?

Pandai juga hang selamatkan bos hang! Bila berlaku kekalutan, Timbalan Presiden ni peluk tubuh je... Tak ada fungsi lansung.Tak buat kerja. Walhal, dia kena bantu Presiden selesaikan masalah. Saya masih ingat lagi bila sahabat saya tanya Mat Sabu: "Mat, betul ke hang kata, Lim Guang Eng macam Umar bin Abdul Aziz?" Mat Sabu jawab: "ya, betul". Pernahkan hang kata: Tok Guru Nik Aziz atau Tok Guru Haji Hadi macam Umar bin Abdul Aziz?" Mat Sabu terdiam. Tak reti jawab. Kawant tu terus kata: "aku dah tak percaya dah dekat hang". Nak cerita lagi?

Saya nak tumpu pendedahan Saari Sughib punya perjumpaan-perjumpaan sulit. Sebab dialah punca kepada kekalutan yang berlaku sekarang. Dia punca, lately, dia rileks je peluk tubuh. Yang berbantai-bantai Dr. Hassan Ali dan Cikgu PA.

Tahukah anda bahawa beliau terlibat dengan konspirasi menguasai PAS dan PKR? Bermula dengan perjumpaan sulit di dalam PAS dan penglibatannya di dalam pencaturan pemilihan PKR.

* Gambar terbaru: Shaari Sughib di dalam perhimpunan JIM bertukar wajah jadi IKRAM. Belakang JIM ke, IKRAM ke, semua tu namanya HIS atau awalnya ialah IRC. HIS maksudnya Jemaah Islamiah Syaamilah. Perasan betul dia Syaamilah (sempurna & menyeluruh dan seolah-olah PAS ni Islam celup.)

* Jangan lupa: boikot Harakah selagi Zul Sulong dengan Rasyidi berada di situ: kempen diteruskan click like pada:

https://www.facebook.com/pages/Selamatkan-Harakah/294426083928396 

7 comments:

  1. kalu jenis pakai songkok tinggi mmg tak ke mana pong, misti pulang ke lubok jugak..huhu

    ReplyDelete
  2. saari sungib mmg ada plan nak kuasai pas dan pkr
    2 esxo melayu dlm pkr tu adalah wakil jim dan skrg puak2 ni target jawatan exco agama yg hasan ali pegang

    -bung-

    ReplyDelete
  3. apa masalahnya JIM ke JAM ke IRC ke yg penting Islam

    ReplyDelete
  4. Telok bakong, ayat ni sama je dengan orang kata: "apa nak solat2, yang penting kita sembah Allah".

    sama la tu... bagi orang yang tak mengaji agama lebih mendalam bab solat.

    orang tak mengaji quran dan hadis rasa tak beza apa itu jemaah JIM ke, Jam Ke, IRC ke, yang penting Islam.

    Furthermore, fikrah ni yang parasit nak serapkan dalam PAS.

    Tunggu dalam kertas yagn akan datang, strategi parasit menguasi PAS ialah buang jenama jemaaah, tetapi letakkan islam dihadapan.

    ReplyDelete
  5. saari sungip ke dalangnya, nmpak bersih jer muke, ble brmcm mcm ank dra sunti, nk dngr suara pon susah, blh calon "pelakon laki2" terbaik anugerah skrin nnti..hahaha..

    tlglah gelak sma...

    ReplyDelete
  6. Nampaknya dalam PAS ada ramai lagi hanya ada mentaliti mangsa (victimised mentality), semua salah orang lain, macamlah pemimpin2 PAS semuanya terkena candu, golognan ini hanya tahu menjerit2 dirinya dinoda, sedangkan PAS berbangga denagn kepimpinan syura dan ulama'nya..

    sebenarnya Jemaah2 ISlam semua dah matang masa ni, dah takda yang underground dah semua orang dah nampak jelas halatuju masing?.. yang ada cuma ahli2 PAS yang masih takut dengan hantu2 lama, Memanglah 30 tahun lepas waqi' berbeza, startegy berbeza dll tapi sekarang musuh yang lebih nyata tu lebih bahaya.. Ahli2 PAS harus ada mentaliti terbuka.. membenarkan kekayaan fikrah dalam PAS... bukan menjatuhkan.. menghulurkan tangan kepada jemaah2 lain supaya berganding tenaga, maklumlah dari segi mathematic pun PAS takkan mudah berkuasa. Hentikanlah perbuatan saudara mengadu domba. Saya malu melihatnya, perjuangkanlah isu2 lain daripada mencari2 dosa orang.

    Sebenarnya kalaupun wujud hantu2 HIS itu lagi dan teori2 yang digembar2 gemburkan ini, ,mereka tak perlu menyumbang kepada PAS pun kalau nak lihat kejatuhan PAS. Lebih baik mereka muncul sebgai entity tersendiri, kerana dengan figure2 hebat dan performance2 yang ditujukkan oleh golongan ini, mereka akan lebih mudah menarik pengundi... harap saudara renungkan2 perkara ini, masa dan tenaga yang saudara sumbangkan ini Allah akan tanya... sebelum tu tanya dulu diri saudara, aku berjuang untuk PAS kah untuk agama..Semoga Allah beri petunjuk kepada kita semua.. Kalau saudara benar, biarlah semua HIS2 yang saudara takuti itu dipecat, mudah cerita.. tapi apa yang PAS dan rakyat marhaen dapat daripadanya? Wallahualam

    ReplyDelete
  7. KAN AKU DAH CAKAP. DISEBABKAN GENG2 UG NEH DAH BERPECAH, BERGADOH SESAMA MEREKA, PAS LAH YANG JADI MANGSA. OHOIIIII... BERHENTILAH LAH OIIII... MUSUH SEBENAR UMNO BUKAN NYA SESAMA PAS. HIDUP JGN JADI BEBAL.

    Semuanya disebabkan oleh ego dua puak yang dahulunya rakan karib tapi jadi musuh akibat dendam apa tah.

    Isu neh mudah jek. Dua adik beradik yang dahulunya sepesen seniat sematlamat kini bergaduh. Bila bergaduh time yang buruk2 seme keluar. Time kamcing dulu maggie share berdua okey. Momantai. Tapi bila dah bergaduh, kalau berselisih tepi jalan pun sanggup bom jalan tersebut. Marah punya pasal.

    Bukanlah harakah neh tatau bahawa tugas dia kena menyatukan jemaah. Media pro pas patut kerja dia pro kepada perpaduan dalam pas. Ini antara amanah yang dia kena jaga. Dia tidak boleh bias kepada mana2 puak. Dia juga tidak boleh gunakan media neh sebagai alat balas dendam secara peribadi kepada mana2 puak. Itu bukan tugas dia. Tugas dia balon bn dengan fakta. Bukan melampiaskan rasa marah dia terhadap seseorang.

    Tugas dia juga kena up banyak isu2 dan kerja2 yang wakil rakyat pas buat. Wakil pas bukan hanya tgna sahaja. Ada ramai. Semua pun buat kerja. Tapi yang dapat liputan hanya beberapa orang. Yang sama dan sama dan sama macam orang lain tak buat kerja.

    Bila bn serang satu2 isu, kita nak balas pun susah sebab kurang update isu2 semasa dari wakil2 rakyat pas. Kalau orang tue dia pandai dan tahu nak godek2 isu semasa pas menerusi pelbagai blog wakil rakyat pas, okey. Tapi, bukan semua orang tahu.

    Kalau dikatakan bahawa alah.. wartawan pas kaji ciput.. biasalah lembab nak mampos.. ada isu2 yang tak boleh cover.. tapi heran. Dia boleh cover isu baikk punya pasal pakatan rakyat. Isu2 yang up nama baik dap dan pkr lebih penting dari isu2 yang boleh up nama baik pas.

    Adakah aku dengki? Ya. Aku dengki. Media pas, utamakanlah cerita pasal pas. Mereka yang lain2 sudah ada media yang mengUpkan nama baik dorang sedangkan imej pas sekarang neh samada mendatar ataupun kadangkala menurun.

    Perkara seperti neh lah yang menghampakan. Harakah di bawah puak siput neh memang langsung tak relevant. Harakah dulu memang hebat. Sepatutnya sekarang dia kena lebih hebat lagi. Sebab? Dia advanced ma. Dia punya pengalaman bukan cikai2. Dari zero to hero. Tapi sekarang dari hero to nothing. Dia punya fungsi dah loose.

    Kalau dia kenakan bayaran, aku pun sudi bayar. Aku takde masalah. Aku sudi langgan harakah. Ramai lagi orang lain pun sudi langgan harakah. Ia bukan soal percuma atau berbayar. Ia soal peranan harakah neh dah berubah. Harakah dah jadi macam utusan. Harakah dah mula menggunakan media menyerang puak2 tertentu. Ini, tak boleh dibiarkan.

    Sepatutnya harakah menyatukan semua adik beradik dalam pas. Seburuk2 hasan ali tue dia masih lagi orang pas. Kalau sungguh nak balon dia, biar tunggu dia isytiharkan terang2 bahawa dia keluar pas dan masuk umno. Takpe.

    Time tue nak balon, balon. Tapi selagi hasan ali masih adik beradik dengan pas, kalau ada ruang perdamaian, harakah kena amek. Musuh kita bukan nya dengan adik beradik sendiri tapi orang lain. Orang luar. Orang umno yang jahat. Yang zalim.

    Apakah mungkin kerana usia maka mata harakah semakin kabur? Kalau harakah dah rabun, takpe. Takde masalah. Pakai cermin mata. Baik harakah mahupun hasan ali, kena sama2 berlapang dada dan beralah.

    Bukan apa, pertelingkah neh sebenarnya bukanlah menyerang sesama sendiri dan merosakkan sesama sendiri sebaliknya neh pertelingkahan yang menyerang pas dan merosakkan pas. Oleh itu, Hasan Ali dan Harakah, jangan pentingkan ego sendiri sehingga parti pula yang jadi mangsa. Benda kecik2, kalau boleh let go, let go je. Bai.

    Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/12/hasan-ali-melawan-harakah-melawan-pas.html#ixzz1jJDTU17f

    ReplyDelete