Kenapa Ustaz Nasharudin Tidak Hadir Mesyuarat Pusat?

Salam semua!!!
Dato' Mustafa Ali pernah membangkitkan tentang Ustaz Nasharudin tak pergi mesyuarat. Apabila tuduhan ini adalah lanjutan daripada isu tuduhan beliau diperangkap oleh UMNO, awam seolah-oleh memahami betapa buruk dan teruknya Ustaz Nasharudin. Adakah benar begitu?

Jawapannya ialah tidak!!!

Ustaz Nasharudin tidak hadir ke mesyuarat PAS Pusat kerana dari awal lagi beliau telah menolak tawaran sebagai AJK dilantik dengan tujuan untuk memberi laluan kepada orang lain. Wajar atau tidak beliau tidak menerima jawatan tidak timbul kerana isu utama ialah, beliau tidak mendapat apa-apa respond daripada S/U Agong sama ada penolakannya diterima atau tidak. Apabila tiada jawapan rasmi terhadap surat rasmi tersebut, maka beliau menganggap perletakan jawatannya adalah diterima.

Di sana sememangnya terlalu banyak isu-isu teknikal yang boleh ditimbulkan tetapi ia adalah perkara remeh temeh yang terlalu kecil. Apa yang penting ialah, kenapa isu beliau tidak pergi mesyuarat, isu yang terlalu peribadi ditimbulkan oleh lidah rasmi parti? Kesannya menjatuhkan maruah ustaz Nasharudin, seterusnya memalukan keluarga beliau sendiri.

Seperti saya telah terangkan, strategi "Character Assassination" ialah strategi dengan menimbulkan keburukan peribadi jika ada, atau mencipta fitnah jika tiada keburukan peribadi, atau menimbulkan wasangka buruk jika fitnah susah direka.  Ini adalah cara kebiasaan strategi ini dilaksanakan. Saya melihat, inilah juga yang telah dilakukan ke atas Ustaz Nasharudin, iaitu cuba menimbulkan isu-isu keperibadian yang negatif dan lain-lain. Walhal, kehadiran ustaz Nasharudin sebelum pemilihan sangat baik berbanding lain-lain.
Mangsa strategi "Character Assassination"

Kenapa AJK lain seperti Husam yang mempunyai rekod buruk kehadiran selepas kekalahan dahulu yang juga dalam masa yang sama membuat perjumpaan dengan UMNO, berunding dengan UMNO tanpa pengetahuan pemimpin atasan.


Di dalam Al-Quran, Hadis dan sirah sendiri, golongan parasit boleh dikategorikan sebagai golongan munafik, iaitu golongan asing yang infiltrate (meresap masuk) di dalam umat islam di Madinah bagi tujuan merosakkan umat Islam dari dalam. Dalam Al-Quran juga menyebut, di samping golongan ini, di sana terdapat satu lagi golongan yang menimbulkan masalah, kesan dari sikap golongan munafik, iaitu golongan yang disebut di dalam surah At-Taubah: 47 bermaksud: "sedang di antara kamu ada golongan yang suka mendengar hasutan mereka."

Sebab itulah biasa kita dengar di kalangan pimpinan-pimpinan kategori ini: "saya diberitahu oleh SB yang saya percayai.....". Saya diberitahu oleh informer saya...." dan lain-lain perkataan seumpamanya. Sehingga timbulnya: "saya yakin dengan berita tersebut".
Cg Pa, mangsa penipuan parasit

Suka saya tegaskan, Dato Mustafa Ali bukanlah parasit, tetapi dengan perasaan sangat sedih dan terharu, saya melihat Dato' Mustafa telah termakan maklumat rekaan yang selalu dibisik-bisikkan ke telinganya oleh parasit-parasit yang bermaharajalela di dalam Pas Pusat.

Antara orang yang suka "feed information" kepada Dato Mustafa ialah Zul Sulong sendiri, antara orang yang banyak merosakkan Dato Mustafa di belakang tabir. Sebab itu anda mesti bekerja keras pastikan parasit Zul Sulong nyah dari Harakahdaily dan Harakah.

Zul Sulong
Kesian Ustaz Nasha, kesian Cg. Pa, kesian seluruh ahli PAS yang ikhlas dan bekerja keras. Saya rasa sangat terguris, sedih dan sebak bila melihat keikhlasan ahli-ahli jemaah parti bekerja keras, tetapi tanpa mereka sedari mereka ditunggang oleh parasit-parasit jahat.

Kesannya, kita bergaduh tanpa kesudahan, khsusnya apabila arahan Presiden dianggap sebagai tak ada makna.


* Nanti saya akan terangkan siapa informer jahat yang telah 'feed information" atau menghasut mahfuz, dan kenapa Mahfuz Omar sehingga dilihat kebudak-budakan.

Klik disini untuk like page facebook Selamatkan Harakah!!

17 comments:

  1. Boleh hamba copy paste artikel ini diblog hamba?

    ReplyDelete
  2. malaung tb dah start dah dpt seketoi tulang kambing la ni...huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. ha ni lagi sekor pondan. Pondan sokong pondan. hahahaha

    ReplyDelete
  4. Lu la pondan, terhegeh2 mcm pondan menayang muka kat org..hahaha

    ReplyDelete
  5. wa rikki kat blogger2 celaka, depa dah mula menyalak dah...agaknya 'tuan'nya dah baling tulang kambing japna tu...hahahaha

    ReplyDelete
  6. Kapt_Shiqaqi pondan sokong blogger pondan. hahahaha

    ReplyDelete
  7. Tulang Besi tak ada hujah lain. Pondan dan Pengecut.

    Cuba jawab hujah2 tu. Bukan duk mengata. Siapa tak penting. Tapi apa yang dikemukakan itu penting.

    Inviseable macam nabi Ibrahim adalah terpuji. Tapi berani macam Abu Jahal adalah tercela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaik sahaja keputusan pemilihan dalam Muktamar lepas diumumkan, esoknya ada sehari lagi (hari terakhir Muktamar) tapi saya cukup kecewa bila pada hari tersebut (selepas kalah) keliahatan ustaz Nasha berada di Hotel D'Palma Ampang. Saya kecewa sebab pemimpin yg pernah diangkat menjadi Timbalan Presiden berjiwa kecil dan saya tidak terkejut bila dia tidak minat memberi khidmat pada PAS. Sudahlah...janga dok pertahan pemimpin yg berjiwa kecil ini dan dikaitkan dengan orang lain. kami pejuang kecil PAS cukup bosan mainan politik yg tak habis cuba merosakkan jemaah. BLOG ini tolong ikut tema SELAMATKAN PAS jangan kadi sebaliknya.

      Delete
  8. Kepada Mazwandi, boleh dan sangat-sangat dialukan.

    TErumanya siri-siri pendedahan kertas kerja kertas kerja parasit...

    ReplyDelete
  9. dok label sesama sendiri pondan dan pengecut...syabas,kita semua dah diresapi penyakit2 yg ada dalam UMNO..syabas sekali lagi~

    ReplyDelete
  10. golongan munafiq zaman Rasulullah ditapis oleh Allah dalam beberapa siri peperangan..insyaallah golongan parasit PAS juga mengalami nasib zaman Rasulullah...

    ReplyDelete
  11. nyahkan saari sungib dr kepimpina pas selangor
    saya harap dewan pemuda pas masih utuh dr diresapi puak2 tarbiyah celup dr jim

    -bung-

    ReplyDelete
  12. Apakah golongan JIM IRC,IKRAM tak boleh hidup ke tanpa menumpang jamaah lain? Pada masa demo anti amerika dan israel di kedutaan amerika setelah kapal flotila di rampas oleh israel -jelas kelihatan golongan ini memimpin ngo dan student u demo berasingan mendahului pimpinan PAS,PKR DAP berdemontarsi kemudiannya.

    ReplyDelete
  13. Laa MUSTAFA ALI TUE SAPA SEDARA? BUKAN GENG2 NASHA JUGA KE? SUDAH LAH. NEH MASING2 NAK MENEGAKKAN BENANG BASAH. PASAL NAK MEMBELA PEMIMPIN, PAS PULA JADI MANGSA. KALAU X HADIR MESYUARAT TU TTP TAK LAH HADIR MESYUARAT. JGN DISEBABKAN 2,3 ORANG GENG2 UG BERGADOH SESAMA MEREKA, PAS PULA DIRANAPKAN.

    ReplyDelete