SIAPA YANG DIBIMBANGI? ABANG MAT ATAU BONGKAH AIS DISEBALIKNYA?



Keputusan pemilihan PAS pada kali ini boleh dijangka sedari awal oleh orang dalam Parti. Ini disebabkan satu gelombang dan gerakan besar yang tersusun rapi bergerak secara aktif termasuk saraf-saraf parti diguna pakai bagi tujuan ini. Kempen dan culaan telah dijalankan sedari awal, seawal selepas kekalahan Husam pada 2 tahun lepas.
SIAPA YANG DIBIMBANGI? ABANG MAT ATAU BONGKAH AIS DISEBALIKNYA?

Keputusan pemilihan PAS pada kali ini boleh dijangka sedari awal oleh orang dalam Parti. Ini disebabkan satu gelombang dan gerakan besar yang tersusun rapi bergerak secara aktif termasuk saraf-saraf parti diguna pakai bagi tujuan ini. Kempen dan culaan telah dijalankan sedari awal, seawal selepas kekalahan Husam pada 2 tahun lepas.

Apa yang perlu difahami oleh semua ahli PAS, ialah bongkah AIS tersebut, bukan AIS yang kecil yang muncul dipermukaan laut. Bagi mereka yang pakar di dalam pelayaran di laut akan memahami kewujudan bongkah yang lebih besar apabila melihat kewujudan AIS yang  muncul di permukaan laut.

Dalam realiti ini, bukan abang Mat yang ditentang, tetapi kumpulan yang mencari dan menggunakan terowong-terowong bagi mencapai hasrat mereka. Oleh itu, mereka pernah menggunakan individu seperti Hussam Musa, Ustaz Nasharudin Isa, mantan Timbalan Presiden PAS. Apabila di dapati Ustaz Nasharudin tidak mengikut telunjuk mereka, tidak menjadi Terowong yang baik kepada mereka, maka akhirnya ustaz nasharudin mnejadi mangsa 'character assassination' mereka.

Husam masih lagi tidak menjadi mangsa justeru Husam masih utuh menjadi 'terowong yang baik' bagi golongan ini menguasai Kelantan, khususnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Sekarang tiba giliran Abang Mat Sabu pula. Jentera sulit ini sudah mula bekerja keras sedari awal untuk menangkan Abang Mat Sabu. Apa yang dibimbangi, apabila Abang Mat sudah tidak lagi bermanfaat kepada mereka, maka Abang Mat juga akan menjadi mangsa 'character assassination' mereka. Jika ini yang bakal berlaku, kedudukan Abang Mat akan lebih parah berbanding dengan Ustaz Nasharudin Mat Isa. Ustaz nasarudin setakat digelar dan dilabel sebagai 'tak buat kerja', 'lembab', tak bantu presiden dan lebih popular dengan golongan yang pro-UMNO, atau lebih tepat, sebagai agen UMNO di dalam PAS.


Gelaran ini walaupun tidak masuk akal oleh mereka-mereka yang aktif diperingkat PUSAT, tetapi masyarakat awam PAS yang tidak berkiblatkan kepada media-media UMNO, tetapi mereka tanpa disedari berkibtlatkan kepada blogger-blogger munafik yang sebenarnya adalah alat kepada gerakan sulit ini. Kesannya, masyarakat PAS memandang serong terhadap Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Peluang Abang Mat untuk mejadi mangsa oleh Snipper-snipper yang dilatih oleh pakar-pakar 'Character Assassination' golongan Ubai ini adalah lebih luas kerana Abang Mat mempunyai titik kelemahan yang jauh lebih banyak berbanding Ustaz Nasharudin mat Isa. Abang Mat mempunyai 3 isu besar yang masih boleh diungkitkan seterusnya boleh mempengaruhi persepsi masyarakat PAS khususnya dan masyarakat Malaysia amnya. 3 isu tersebut ialah:
1. Syiah.
2. Jahil dan tidak berpendidikan tinggi.
3. Isu khalwat.

Walaupun saya secara peribadi adalah tidak bersetuju dengan dakwaan-dakwaan di atas, tetapi apa yagn saya bimbangkan ialah 3 titik besar di atas akan dimainkan oleh kumpulan Munafik ini apabila Abang Mat tidak lagi menjadi 'terowong' yang baik kepada mereka.

Bukti, Dewan Ulama pernah menentang Ustaz Nasharudin Mat Isa suatu ketika dahulu bukan kerana tidak bersetuju dengan Ustaz nasharudin, tetapi kerana bongkah di belakangnya. Apabila ustaz Nasharudin sudah tidak 'berguna' atau 'terowong yang berubah arah', golongan ini mula memangsakan Ustaz Nasharudin dengan label jahat yang direka-reka. Ulama di dalam PAS yang memahami dan mengenali bongkah-bongkah ini juga mengambil langkah menyelamatkan parti dengan menyokong Ustaz Nasharudin di dalam keadaan beliau cedera parah di serang oleh pakar-pakar 'character assassintion' golongan munafik ini. Al-hamdulillah, beliau dapat dipertahankan di dalam pemilihan tahun 2009 ketika menentang HUSAM MUSA.

Silap perhitungan pada pemilihan kali ini bermula apabila timbulnya kebimbangan terhadap keupayaan Ustaz Nasharudin untuk menentang Abang Mat secara 'sorang lawan sorang' dalam keadaan Ustaz Nasharudin yang 'cedera lebih parah' di tembak oleh peluru-peluru fitnah oleh bloger-bloger fasiq. Golongan yang melihat reputasi Ustaz Nasharudin jatuh teruk dan kedudukan 50-50 menjadikan sebahagian golongan yang memahami situasi ini meminta dan seterusnya mencalonkan ustaz tuan Ibrahim Tuan Man untuk masuk ke gelanggang pertandingan, justeru Ustaz Tuan Ibrahim mampu manrik undi yang bakal diberikan kepada Abang Mat.

Parah mula berlaku khususnya apabila golongan ulama di dalam PAS terbahagi dua, golongan muda kebanyakkanya menyokong Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man manakala golongan tua pula menyokong Ustaz Nasharudin. Kemenangan Abang Mat boleh dikatakan disebabkan oleh percaturan yang baik yagn telah dilakukan oleh golongan Munafiq tersebut dan dan kekalahan Ustaz nasharudin atau Ustaz Tuan disebabkan oleh tiada perancangan dan strategi oleh golongan yang mengenal bongkah.

Dalam siri-siri yang akan datang, saya akan ceritakan kronologi munafiq ini, berserta fakta, bukti dan sebagainya.

Abang Mat, UStaz Nasharudin dan Ustaz Tuan Ibrahim adalah pejuang sejati PAS. Tetapi persepsi masyarakat PAS khasnya dan masyarakat luaran PAS khasnya digambarkan bahawa pertandingan ini adalah perpecahan dan puak-puak yagn wujud di dalam PAS.

Bagi saya, ini bukan puak, ini bukan team, tetapi ini adalah kesan anai-anai yang bukan sebahagian daripada rumah, bukan tetamu rumah apatah lagi ianya bukannya tuan rumah. Ia ibarat golongan munafiq di zaman Rasulullah, yang tidak boleh dianggap sebagai TEAM B yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai yang melawan TEAM A yang dikepalai oleh Rasulullah SAW. Mereka difahami oleh semua sebagai pengacau dalaman. Justeru itu mereka tidak digelar sebagai TEAM B sekalipun mereka adalah penduduk Madinah dan orang yagn bergelar Muslim.

Kenapa Semua umat Islam di sepanjang Zaman memahami bahawa mereka bukanlah TEAM B? Jawapannya, ialah kerana turunnya ayat Al-Quran yang menerangkan siapa mereka dan apa sifat mereka sekalipun tanpa senarai nama-nama mereka. Oleh kerana tidak ada lagi ayat Al-Quran yang diturunkan, maka penting bagi saya menguna pakai uslub Al-Quran tersebut bagi merungkai masalah munaifiqin di dalam PAS. Insya Allah, saya akan dedahkan apa sifat mereka, apa yang mereka mahu dan apa ciri-ciri mereka tanpa saya menyebut nama-nama mereka.

Saya akan sambung perkara ini pada artikel yang akan datang.

1 comment:

  1. Bukan ke geng ulama yang label Abg mat Syiah. Ada pemuda tu siap kata Abg Mat Kufur sbb akidah syiah dia

    ReplyDelete