Shamsul Iskandar dan Khalid Samad, berani kritik Anwar Ibrahim?

Membaca kenyataan Ketua AMK Saudara Shamsul Iskandar Mat Akin ketika ucapan dasar beliau di Kongres PKR kali ke-9 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang di sokong oleh YB Khalid Samad, saya merasa agak pelik bilamana shamsul menghentam Presiden PAS dengan penuh lantang dan disokong penuh oleh YB Khalid Samad.


Shamsul yang terkenal sebagai seorang pemimpin pemuda yang kurang “umph” kerana jarang dilihat kelibat dalam dunia politik arus perdana tiba tiba muncul menyerang Presiden PAS. Saya menjangkakan bahawa ini adalah kerana title Yang Berhormat yang baru diperolehi beliau. Saya ingin membawa para pembaca menilai hujah beliau yang sememangnya tidak masuk akal dan menjadi punca kemarahan Ahli dan Pimpinan PAS (Kecuali YB Khalid Samad yang menyokong Shamsul).

Pertama beliau mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa bukti kukuh. Saya ingin nasihatkan Shamsul dan Khalid Samad agar berhati hati dalam membuat kenyataan kerana beliau tidak mengetahui hujung pangkal isu ini. PAS boleh mendedahkan isu ini dengan mendedahkan aib “calon” tersebut. Namun demi tidak mahu mengaibkan calon tersebut PAS telah menasihati PKR untuk menukar calon. Mungkin ramai tertanya kenapa PAS sibuk dengan calon PKR. Itu adalah urusan PKR bukan PAS. Ingin saya nyatakan disini PAS sebenarnya mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di PERAK. PAS tidak mahu jatuhnya satu lagi kerajaan Negeri seperti berlaku diPerak kerana calon PKR yang mudah dibeli. Kerana itulah kita terlalu mengambil berat terhadap calon PKR juga. Perkara ini jugalah tidak difahami oleh YB Khalid Samad,walaupun telah diterangkan oleh Presiden didalam mesyuarat PAS Pusat yang lepas. Kenapa Khalid Samad tidak faham? Atau sengaja tidak mahu faham dan terus menyerang Presidennya sendiri.

Saudara Shamsul juga mempersoalkan sebarang pertikaian diselesaikan secara dalaman melalui platform yang sedia wujud. Tidak ada kewajaran malah tidak masuk akal untuk sebarang pertikaian diluahkan melalui media massa. Wahai Shamsul, apa yang anda sedang lakukan sama sekali tidak mengikut apa yang anda sebut. Kenapa anda tidak selesaikan isu ini dalam mesyuarat PR? Kenapa diluahkan dalam ucapan dasar Kongres PKR yang dihadiri wartawan? Mahu menjadi Hero? Mahu kekal Ketua AMK satu lagi sesi? Begitu juga Khalid Samad yang mengambil sikap menyokong tindakan biadab Shamsul dengan kenyataan medianya. Sedangkan dalam mesyuarat PAS Pusat yang lepas telah diputuskan siasatan oleh Jawatankuasa Post Mortem akan dilakukan dan akan memberikan pandangan dalam mesyuarat akan datang. Kenapa Khalid Samad seolah olah tidak sabar dan melanggar keputusan mesyuarat lepas serta menjatuhkan hokum Presiden PAS bersalah?

Dalam kes Kota Damansara Shamsul menggunakan isu meletakkan calon PAS sebagai hujah untuk membelasah PAS, bagaimana pula kes Semenyih? Kekalahan dikerusi Semenyih adalah kerana PKR meletakkan calon ke 3 bertanding disitu. Adakah Shamsul berani membelasah Azmin yang meletakkan orangnya disitu untuk bertanding yang mengakibatkan 3 penjuru? Ke Shamsul hanya berani berkokok dihadapan perwakilan PKR sahaja?

Saya juga ingin mencabar Shamsul menyatakan pendirian terhadap satu lagi kes tikam belakang PKR terhadap PAS. Di Lumut calon yang bertanding adalah Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid. Tahukah anda beliau adalah Ketua Penerangan PAS Kawasan Lumut. Anwar telah menghantar satu surat kepada beliau yang disampaikan oleh Rafizi Ramli meminta beliau bertanding atas kerusi PKR. Surat tersebut juga meminta beliau merahsiakan permintaan itu dari pimpinan PAS. Akhirnya beliau dipaksa mengisi borang PKR untuk bertanding di Lumut dan dijanjikan oleh Anwar jawatan Timbalan Menteri. Adakah tindakan mencuri ahli parti kawan sebagai satu perkara yang baik dan menghormati permuafakatan PR?


Oleh yang demikian, Saya ingin mendesak Shamsul Iskandar dan Khalid Samad menyatakan pendirian beliau terhadap Anwar Ibrahim yang secara jelas tidak menjaga permuafakatan sesame Pakatan Rakyat dan bertindak mencuri ahli PAS untuk menjadi calonnya tanpa sebarang makluman kepada Presiden PAS malah cuba untuk merahsiakannya serta pendirian mereka terhadap Azmin Ali yang meletakkan kroninya bertanding di Semenyih sehingga berlaku 3 penjuru dan BN menang di kerusi itu.

7 comments:

  1. Terima kasih admin. Kami di Dungun sudah lama bersabar dengan karenah beberapa kerat pimpinan PKR yang pekak badak serta bodoh sombong.

    ReplyDelete
  2. Bukan stkt mgkhianati kawan sesama pakatan, PKR juga khianat sesama sndiri. Cthnya DUN Lepar di Pahang. Calon Bebas tu sbnr adlh calon asal PKR yg tlh mdpt watikah calon, tp akhirnya dipancung oleh puak Azmin pd hari pcalonan. Malah, surat watikah tlh disorok di pej PKR Gombak...psl tu dia btndg atas tiket Bebas krn dia org situ dan telah lama menaburkn khidmat di tempatnya...perangai ameno x berubah2...

    ReplyDelete
  3. aku dh tggu lama bro kau dtg semula tuk kasi hentam dan pertahankan pas dan TGHH dri golongan haprak dan parasit

    ReplyDelete
  4. bro aku mmta kau tolongla kasi hentam sama puak2 ni..banyak2 blogger kau je yg plg berani...kasi hentamla kasi sonok ckit hati org mcm aku nie

    ReplyDelete
  5. Ambil berat tentang calon PKR kerana kononnya bimbang tragedi perak berulang???Kedah tubang juga apahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah yg takut berulang tue ialah masalah LOMPAT PARTI...

      Delete
  6. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    ReplyDelete