Pertemuan Gelap DSAI-NAJIB: Anwar dan Pro-Anwar Gilakan Kuasa

Pertemuan Gelap DSAI-NAJIB: Anwar dan Pro-Anwar Gilakan Kuasa
Penulis: Abu Ammar

Gila jawatan... Perkataan ini adalah paling sesuai untuk menggambarkan sikap terlalu obses Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI). PRU-13 adalah pertempuran all-out DSAI bagi mencapai cita-cita tinggi beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-enam.

Begitu juga para pengikutnya dalam PKR, sangat teruja dengan gelombang politik DSAI dan berharap mendapat tempat dalam kerajaan baru yang bakal dibentuk. Tidak ketinggalan bagi para pengikutnya dalam gelap dari kalangan pemimpin-pemimpin PAS yang pro beliau menanti-nantikan jawatan penting dalam kabinet DSAI yang bakal dibentuk.

Tidak hairanlah pertemuan demi pertemuan antara DSAI dan Dato' Seri Najib Tun Razak (NAJIB) dirancang dalam gelap. DSAI yang begitu yakin kemenangannya pada PRU-13, terlalu ingin memastikan Barisan Nasional (BN) tidak menghalang DSAI menjadi Perdana Menteri. Justeru, DSAI beberapa kali memujuk NAJIB menandatangani perjanjian agar bersedia berundur diri. Pertemuan ini bukan sahaja melalui mantan Naib Presiden Indonesia Jusof Kalla tetapi melalui pemimpin tertinggi sebuah negara Timur Tengah.

Namun, PRU-13 sekali lagi mencatat sejarah kekalahan DSAI mencapai impiannya. DSAI dan para pendokongnya semuanya sekali tergamam kekalahan ini. Rentak bersemangat memegang tampok kerajaan dan jawatan menjadi hampa. Segala keringat telah disalurkan. Persoalan yang timbul di minda, adakah kesempatan ini dapat berulang kembali pada PRU-14 pula atau setakat ini sahaja yang mereka mampu?

Sekali lagi isu pertemuan gelap DSAI dan pro-Anwar dengan pemimpin BN dirancang oleh DSAI melalui Jusof Kalla dan pemimpin tertinggi Arab. Tentu sahaja isi kandungan selepas PRU-13 tidak sama dengan sebelumnya. Selepas PRU-13, rancangan DSAI memujuk NAJIB agar dapat membentuk kerajaan perpaduan (UG) yang ditaja oleh DSAI sendiri.

Berita ini paling sensasi. Hangat kerana ditimbulkan oleh Jusof Kalla. Pertemuan ini membabitkan DSAI dan NAJIB. Tetapi Jusof Kalla menolak pertemuan ini kerana perjanjian bertulis dahulu tidak ditepati oleh DSAI. Begitu juga NAJIB menolak kerana NAJIB tidak mahu bantuan DSAI. NAJIB hanya mahu bantuan PAS.

Geram dengan kegagalan ini, DSAI sekali lagi mengatur pertemuan gelap melalui Amir (ketua) dari negara Arab yang mampu menggerakkan idea dan pandangan menghalalkan DSAI menjayakan UG. Amir tersebut diminta menggunakan para ulama tersohor agar UMNO dan PKR bersatu demi kesatuan Islam. Mungkin juga sokongan Prof Dr Yusof al-Qardhawi akan digunakan lagi. Melalui idea kesatuan inilah, UG yang dipelopor oleh DSAI dapat direalisasikan.

Namun, sekali lagi NAJIB menolak tawaran DSAI. Walaupun DSAI menjanjikan bahawa pengikut-pengikutnya dari PAS yang pro-Anwar akan mengikutnya. NAJIB menolak tawaran pakej DSAI ini lalu menghantar menterinya Jamil Khir berbincang dengan PAS di Kelantan agar PAS bersama UMNO.

PAS pula berpendirian teguh dan menegaskan kepada NAJIB bahawa PAS hendak menjadi pembangkang yang kuat meskipun pro-Anwar akan meninggalkan partinya. PAS bertegas walaupun sebahagian besar ahlinya melompat parti ke PKR sekalipun, PAS berpendirian memperkasakan agenda Islam walaupun pengikutnya hanya tinggal para ulama dan profesional yang memberi wala' kepada kepimpinan ulama sahaja.

Inilah perjuangan PAS bukan berebut kuasa dan jawatan di dunia. Andainya ada pemimpin PAS yang cenderung menghina dan memburukkan presidennya dan kepimpinan ulama, PAS rela membiarkan mereka melayari bahtera bersama DSAI mahupun bersama BN.

9 comments:

  1. wahai penjilat2 dsai, wa ucapkan selamat ber UG la dgn umnO... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.

      Delete
  2. batu api dah menampakkan bunga api. elok la PR tak menang, kalau tidak masing2 saling tuduh menuduh. PAS bukan gila kuasa, tapi perlukan kuasa untuk menegakkan syiar Islam.

    ReplyDelete
  3. sahih atau maudu... percaya tapi kena sahkan...elakkan tragedi pil kuda... ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Inilah masanya PAS bergerak sendirian. Keluar dari PR dan jadi parti yg dihurmati semua lapisan masyarakat. Insyallah akan ramai yang akan menyokong kita dan waktu itu kita akan menjadi Parti Dominan berkuasa menentu arah dengan panduan syarak, bukaqn seperti sekarang kita cuma jadi parti suruhan yang tersembunyi bergantung pada kekuatan DAP.
    Usul perlu dibuat pada Muktamar akan datang supaya PAS keluar dari Pakatan. Seperti kata Dr. Zulkifli Albakri jangan kita lantik orang bukan Islam pada jawatan yg lebih tinggi dan berkuasa....bukankah Anwar hendak menlantik Lim K Siang sebagai Tim Perdana Menteri jika Pakatan berkuasa?.
    Mungkin ini perkara kecil tetapi kita perlu belajar dari semua sejarah. PAP di Singapura siapakah yang menjadi pengasas nya?. Gerakan ? Semuannya orang Melayu beragama Islam. Akhirnya alih-alih yang berkuasa adalah si Kafir jua.
    Jika punya kuasa cita-cita hendak menegakkan syiar Islam hanya akan tinggal selogan yg tidak tercapai dek kerana apa jua perlu merujuk pada org lain. Jadilah tuan sendiri, Insyallah, Allah akan bantu kita biarpun kita sedikit sahaja sendirian.

    ReplyDelete
  5. Jgn lupa pertemuan saifudin nasution dan zahid hamidi di London atas usaha broker terkenal Syed Azman

    ReplyDelete
  6. Jgn lupa pertemuan saifudin nasution dan zahid hamidi di London atas usaha broker terkenal Syed Azman

    ReplyDelete
  7. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    ReplyDelete