Jatuhkan Ulama, Kuasai PAS : Kronoloi yang mesti diketahui

Selagi mana kepimpinan PAS mestilah ulama, maka selama itu Parasit tidak akan boleh menguasai PAS. Ulama mestilah dijatuhkan terlebih dahulu, imej ulama mesti dirobekkan terlebih awal, kemudian syarat ulama di dalam majlis syura mesti dihapuskan, maka pada masa itu barulah parasit boleh kuasai PAS.


Hari ini parasit luaran dan pinggiran PAS sudah terserlah. Terakhir ini bermula dari Ayatollah Asri Zainal Abidin, seorang tunggangan parasit diluar parti, disambung pula oleh Ustaz Hasrizal Jamil, (seorang yang menghayati islam lebih menggunakan akal berbanding dengan nas) juga mula telah menyerang ulama di dalam PAS. Seorang orang luar PAS (Ayatollah Asri) dan seorang berada dipinggiran PAS (Hasrizal).

Apa yang ingin saya kongsi, usaha nak jatuhkan ulama bukan hari ini. Sejak daripada parasit mula memasuki PAS setelah reformasi iaitu akhir 1999 dan awal 2000an. Pada masa itu sudah bermula usaha mengcalarkan ulama khususnya sewaktu cubaan menjatuhkan Al-Marhum Ustaz Hassan Syukri. Pada waktu ini, usaha ini dalam skala kecil yang diusahakan oleh individu parasit yang masih berbaki di dalam parti dan selebihnya berada di dalam PKR dan UMNO.



Setelah parasit tiada ruang dan peluang di dalam UMNO dan PKR, maka mereka telah beramai-ramai berhijrah ke dalam PAS pada tahun 2004. Maka bermula pada tahun 2005, usaha merosakkan imej ulama lebih giat kerana mereka memahami bahawa, dengan syarat ulama sebagai ahli majlis syura dan presiden, maka selama itulah mereka tidak mampu kuasai pucuk pimpinan PAS, sebab mereka tiada ulama. Kalau adapun, ulama yang berpendidikan barat di Mesir, iaitu Mujahid Yusof Rawa yang menuntut di American University di Kaherah, sebuah Universiti Orientalis di negara Arab.

Pada bulan November 2006, satu usul telah dibawa ke mesyuarat PAS pusat untuk membuang syarat ulama untuk kelayakan ahli majlis syura. usul ini di sokong oleh 11 orang ahli AJK PAS Pusat dan bakinya tidak bersetuju, menjadikan usul itu akhirnya ditolak.

Setelah ditolak, maka cubaan kedua ialah menafsirkan semula siapa ulama? Maka adalah seorang dua parasit yang mula bercakap seperti mahathir, Doktor yang boleh baca quran juga ulama, engineering yang boleh baca quran juga ulama. Tetapi cubaan ini juga telah diketepikan kerana semua tahu apa dan siapa ulama, maka tak perlukan kepada penafsiran baru.

Setelah usaha dalaman ini gagal, maka bermula pada tahun 2007, maka mula timbul isu ulama vs profesional. maka bermulalah era perbandingan, pengkategorian dan pengasingan antara ulama dan profesional, walhal ulama itu sendiri adalah satu profesion dan ulama adalah profesional. Sama seperti yahudi memecahkan auz dan khazraj dengan mewujudkan jurang dengan mewujudkan pengkategorian seperti ini.

Muktamar 2009 adalah pentas Penilaian parasit adakah dengan penglabelan dan pengkategorian itu boleh menjatuhkan ulama? Jawapan masih tidak mampu kerana pemilihan itu menyaksikan Ustaz Nasharudin Mat Isa mengalahkan Hussam dengan undian 480 undi berbanding 261 undi. Maka parasit sedar bahawa, front fighting mereka tak boleh jatuhkan ulama.

Bagi persiapan muktamar pemilihan 2011 menyaksikan seni yang lain, iaitu tanpa menyentuh ulama vs professional tetapi mula mengkritik ulama sebagai lembab, tidak pandai mentadbir, tidak boleh ditegur dan sebagainya. Maka "character assassination" melalui blogger-blogger parasit dan penggerak-penggerak dalaman seperti Group I laknatullah alaihim (jika mereka sedar tapi terus melakukan kerja jahat tersebut) seperti Zainul Faqar yang digerakkan oleh beberapa pimpinan seperti Ustaz Mat Husin Pasir Puteh, Dr. Hatta Ramly, Dr. Dzul dan beberapa orang yang lain.

Blogger-blogger bodoh seperti Wan Ji, Hasrizal Jamil, termasuk Ayatollah Asri dan lain-lain mula dihasut oleh penggerak-penggerak parasit parti dengan enggagement, buat baik, puji 'enta hebat' dan lain-lain seterusnya diceritakan kepada mereka dari masa ke semasa keburukan-keburukan ulama-ulama di dalam PAS. Dalam masa yang sama cuba dipuji tokoh-tokoh politik bodoh sekalipun ikhlas seperti mahfuz omar dan lain-lain untuk diangkat menggantikan ulama. Termasuk Mat Sabu sendiri yang dikedepankan bagi menjatuhkan ulama.

Antara bukti jelas dalam kenyataan Ayatollah Asri bahawa ia bukan mengkritik ulama, tetapi beberapa individu di dalam Dewan Ulama. Ayatollah Asri menyebut: "saya tidak kata Dewan Ulama PAS tetapi beberapa orang yang pakai label ulama." Alasan ini setelah dicabar oleh Dr. Khairudin Takiri untuk berwacana dengan ulama PAS jika benar dakwaan Asri sebelum itu yang ulama PAS tidak boleh ditegur.

Dalam keadaan tidak boleh menyebut dengan jelas di mana kelemahan kepimpinan ulama, dia dengan jelas memuji dalam masa yang sama, dia angkat tokoh yang hendak diangkat oleh parasit seperti Dato Mahfuz dan Salahudin Ayob. Ayatollah menutup temuramah dengan berkata: "Yang lain saya rasa memperlihatkan kematangan seperti Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub. Mereka menggambarkan sikap individu ingin perjuangkan negara demokrasi".

Untuk makluman, Mahfuz Omar adalah seorang pemimpin yang tak pandai bawa kereta. Apabila sampai di Kuala Lumpur, yang banyak 'tolong' Mahfuz Omar ke sana ke marii adalah Badak Hitam Zainul Faqar. Masa tulah si Badak Hitam ini mula memasukkan maklumat bukan-bukan ke dalam kepala Dato' Mahfuz. Tetapi sekarang Badak Hitam ni tumpu kat Penang pulak. Ada dua keahlian, PAS dan PKR. Dewan Pemuda Wilayah telah menghantar surat ke Pejabat Agong bahawa Badak Hitam ni ada dua keahlian dan sepatutnya sudah gugur keahlian PAS secara automatik menurut perlembagaan, tetapi golongan parasit di peringkat pusat mempertahankannya. Tujuannya bagi memudahkan pergerakannya di dalam PAS dan PKR.

6 comments:

  1. Dengan adanya manusia seperti penulis ini, maka akan bertambah musuh-mush PAs di dalam dan di luar selimut. Kamu pun sama sahaja dengan parasit-parasit yang ada cuma jenis lain.

    Di sini kamu memperlekehkan pemimpin-pemimpin PAS yang tidak kamu sokong tanpa memikirkan hakikat bahawa beratus-ratus ribu , malahan berjuta lagi yang lain menyokong mereka yang kamu benci tersebut.

    Ini bukanlah cara dalam Islam untuk menyatukan jemaah.Sekiranya kamu berpendapat diri kamu lebih baik dari orang lain, bertandinglah menjadi pemimpin, jnagn menyalak di tepi gelanggang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Right on. Penulis ni bukan parasit tetapi pemangsa yang cuba baham PAS sampai jadi najis.Kerja macam ni pernah banyak aku jumpa dalam UMNO dulu, tu sebab aku cepat2 jadi XUMNO. Rupa2nya ada jugak spesis niyang mengaku sayangkan PAS. This will be the last time saya jenguk blog anda. Sorry, umpan mu dah basi dan berulat.

      Delete
    2. penulis hanya mendedahkan sedikit sahaja fakta tentang parasit dlm pas, barua parasit di luar pas serta blogger celaka yg diperkudakan oleh parasit. game parasit perlu sekali didedahkan supaya beribu2 penyokong yg menyokong secara membuta tuli tokoh2 politik yg disebutkan supaya ada pandangan kedua, dan kerja2 penulis begini tidak sama dan serupa sebagaimana yg Lu jumpa dlm amnO, yg sama dgn amnO adalah golongan parasit menggunapakai game ini spt depa duduk dlm tong taik amNo dulu-dulu.hahahaha

      wa bersama dgn kepimpinan ulama' .

      Delete
  2. kehebatan berhujah menjadikan pendapat anda dipakai. yang duk kata kt pnulis ni macam2 mne hujah kamu yg pnulis ni mmcahbelahkan PAS?

    ReplyDelete
  3. Bukan senang nak betulkan pemikiran yang jumud dumud.. Walau ulama dah kena baling ketul taik dan dalam proses terajangan... kamu semua buat apa???? Hehehe PAS bakal kjadi lebih taik dari UMMMoNOOO kalau parasit ambil alih.. uoops... Bang Nuar ambil alih hehe

    ReplyDelete
  4. klu sape2 trbace ape yg asri ulas dlm sinar harian pasal amanat. asyik2 dr mujahid dr mujahid...mmg sbijik yg tuan blog sebut.macam hero pun ade asri ni..

    ReplyDelete