Poin Yang Masih Meragukan Orang Tentang Kejahatan BJ Faqar

Selepas aku postkan gambar pertama tersebut, dah ramai yang agak-agak boleh baca siapakah peribadi sebenar BJ Fakaq. Tetapi ada yang tertanya-tanya: "habis kalau betul dia jahat, kenapa dia lawan UMNO dan kenapa dia puji kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz (TGNA)?"

Sememangnya itulah bentuk minda orang yang berfikiran cetek agama. Mudah terpedaya dengan hanya dua tiga modal murahan golongan parasit di dalam PAS. Berhujahkan 'dia lawan UMNO' dan 'puji TGNA' sudah cukup menjadi lesen yang membenarkan dia perdajalkan Presiden PAS, Timbalan Mursyidul Am, Ketua Dewan Ulama, Ketua Pemuda Pusat dan semua kaki-kaki penghalang parasit secara dalaman. Cuba perhati penghujahan aku:



Aku punya hujah senang je...

1. Kalau hujah BJ Fakaq lawan UMNO, aku nak tanya satu soalan penting, mana lebih hebat antara BJ Fakaq lawan UMNO dengan Munafik Madinah lawan musyrikin Mekah? Adakah BJ Fakaq pernah berlawan pedang dengan UMNO? Confirm tak pernah. Jika confirm tak pernah, maka Munafik Madinah lebih hebat lawan musuh berbanding fakaq sebab Munafik Madinah kerap juga keluar berperang dengan Rasulullah dan para sahabat melawan musyrikin Mekah.

2. Kalau hujah BJ Fakaq sanjung hormat Tuan Guru Nik Aziz, aku nak korang fikir tentang apakah beza uslub BJ Fakaq dengan uslub Yahudi? Yahudi di sepanjang zaman apabila menentang nabi yang ada, dia akan puji nabi yang lain. Sewaktu nabi Zakaria hidup, mereka memuji nabi Musa dan menentang serta akhirnya membunuh nabi Zakaria. Apabila zaman nabi Yahya, mereka memuji nabi Zakaria dan mereka menentang dan akhirnya membunuh nabi Yahya. Apabila zaman nabi Isa, mereka memuji nabi Yahya dan menganggap nabi Isa penyeleweng kepada ajaran nabi Yahya. Walhal merekalah penentang nabi-nabi. Sehingga zaman nabi Muhammad, mereka memuji nabi terdahulu dan menentang nabi Muhammad SAW. Firman Allah swt di dalam surah Annisa' 150: "Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) berkata: "Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya yang lain", serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu." Dan firman Allah swt di dalam surah Al-Baqarah, ayat 91: "Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?".

3. BJ Fakaq ni sekolah agama daripada sekolah menengah Al-Mashoor lagi kemudian sambung pulak Akademi Pengajian Islam UM, takkan dia nak buat jahat. Ish.. murahnya je hujah. Habis, korang ingat BJ Fakaq dengan Abdullah bin Ubai mana lebih hebat dalam bab pengajian? Pernah BJ Fakaq belajar talaqqi depan nabi saw? Confirm tak pernah. Tapi semua tak boleh nafi, Abdullah bin Ubai juga banyak kali talaqqi depan nabi dengar hadis-hadis nabi. Sanad Aaali tu.Maknanya, bab pengajian agama, Abdullah bin Ubai jauh lebih tinggi dari BJ Fakaq.

4. Hujah paling mudah yang aku kira orang kampungpun boleh faham iaitu: "Takkan semua kepimpinan seperti TGNA, TGHH, TG Dr. Harun Din jahat. Kalau diorang nak masuk UMNO, dari dulu lagi dia dah masuk, bukan sekarang. Sekarang zaman PAS dah kuat, tapi mereka menentang UMNO zaman PAS susah, PAS tak menang kerusi negeri dan parlimen hanya tinggal batu nesan. Ko ingat UMNO tak pernah offer diorang masuk UMNO masa tu? Buta sejarah betul budak hingus BJ Fakaq ni. Pikiq logik la.. takkan awek cun punya pasal otak jadi biol beb.

Ringkasnya, kita serahkan amalan baik dan buruknya kepada Allah swt. Tetapi saya hanya menentang golongan ini (antaranya BJ Fakaq) atas kejahatan yang sedang dilakukan. Orang yang jahat lagi zalim, sememanngya tidak layak mendapat petunjuk melainkan kehinaan di dunia dan lebih teruknya pada hari kiamat. 

Sebab tu aku seru semua anak-anak buah BJ Fakaq dari kalangan student-student IPT dan blogger-blogger yang sayangkan PAS supaya kenalilah BJ Fakaq dan jangan terpengaruh. Termasuk juga aku menyeru kepimpinan parti yang ikhlas seperti Mahfuz Omar supaya hati-hati dan jangan makan hasutan BJ Fakaq ni. 

Di sini juga aku ucapkan 'terima kasih' kepada Dr. Hatta, Dr. Mujahid dan geng-geng parasit kerana menggunakan BJ Fakaq sebagai penggerak kerana golongan PAS yang ikhlas tidak akan tergamak buat kerja jahat seperti BJ Fakaq.

6 comments:

  1. Saksikan BSSP terkantoi buat fitnah ke atas Tulang Besi di sini: BSSP bangsa penyebar fitnah memperjuangkan puak2 PERPADUANG

    Dah memang BSSP ni keturunan penipu. Sbb tu dia buat kerja menipu ni.

    Bila org suruh sumpah untuk buktikan kebenaran tuduhan, terus bachul ngalahkan pondan.

    Dah memang BSSP ni blogger pondan

    ReplyDelete
  2. apa masalah nyer kepimpinan PAS jumpa pimpinan lawan? klu ada jalan perdamaian untk membasmi kezaliman itu lebih baik dan utama dilksanakan... 'jgn jadi hati besi'

    ReplyDelete
  3. Itu masalah geng-geng parasit... suka fitnah...

    ReplyDelete
  4. Tengok pos terbaru aku, gambar mesra pimpinan PR dan UMNO, bukan bukti bahawa mereka nak masuk UMNO.

    ReplyDelete
  5. Ni semua geng2 parasit nih yg buat huru-hara.
    Depa dah semakin pening, sekarang ini lah masanya utk singkir dan tendang keluar set parasit!!!

    Ini kalilah! SINGKIR!
    Ini kalilah! TERAJANG KUAR!!!!

    ReplyDelete