Kenapa Aziz Bari Tidak Menggesa Karpal Singh juga Masuk UMNO? Adakah Ustaz Azizan Dan Karpal Jahil Undang?

Setelah melihat telatah 'lucu' Aziz Bari bersilat sebagai Hang Jebat bagi pihak parasit, saya terfikir juga kenapa Aziz Bari tidak menggesa Karpal Singh meletakkan jawatan dari DAP dan masuk UMNO? Bukankah Karpal Singh adalah peguam bela kepada KUIN dan mempertahankan KUIN dan seterusnya imej PAS di Kedah?

Berani ke Aziz Bari kata Karpal Singh seorang yang buta undang-undang?

Parasit sepatutnya meminta Aiman Athirah Bunuh Character Ustaz Azizan, bukan Aziz Bari.



Pertamanya minta maaf sebab tak update blog ni atas sebab-sebab tertentu. Pertamanya, suka untuk saya saya sebutkan bahawa Aziz Bari cukup kuat untuk parasit tunggangi bagi menghentam individu-individu musuh parasit di dalam Parti. Mungkin kita masih ingat peranan Aziz Bari menjatuhkan imej presiden hanya dengan sebab kekalahan PAS di PRK Bagan Pinang dengan berhujahkan 'saya mendapat maklumat dari dalaman parti'. Atau dengan bahasa lain, maklumat yang disalurkan oleh Parasit.