Raja Iskandar Sedang Cari Simpati

Setelah aku pos semalam, semua mata blogger, Facebooker dan lain-lain cari aku punya blog. Raja Iskandar mula mencari tempat meminta belas kasihat dengan 'politik mencari simpati sebab difitnah'.

Aku sudah memberi amaran! Aku dah contact direct beri amaran. Aku bukan bodoh, gerakan dia aku tahu. Mesyuarat dan jatuhkan imej ketua pemuda dan timbalan ketua pemuda. Ajak Suhaizan join, tapi Al-Hamdulillah Suhaizan tak nak sertai 'gerakan ini'.

Ini dia gambar leader yang merancang burukkan kepimpinan kepimpinan DPPM.


Aku dah bagi tempoh, tapi Zulhazmi tak tarik balik. Aku tak nak siar semua yang terlibat walau ada lagi seorang lagi YB yang aku masih tak nak siarkan.

Jadi dengan maaf banyak-banyak, aku terpaksa paparkan gambar orang yang terlibat merancang untuk memburukkan DPPM walaupun beliau sendiri adalah pemimpin kanan DPPM. Antaranya untuk menggambarkan Ustaz Nasruddin (Ketua Pemuda) dengan gaya hidup mewah dan Ustaz Nik Abduh (TKP) orang yang tidak 'perfom'.

AMARAN KEPADA "PENYAMPAI MAKLUMAT" ZULHAZMI SEHINGGA PUKUL 12 PM ESOK

Zulhazmi





Aku baru je dapat video rakaman program Ijtimak di Air Kuning di Perak yang dikecohkan oleh seorang budak Lawyer nama Zulhazmi. Tiga empat hari juga aku duk fikir bila baca komen Zulhazmi yang menyifatkan program Ijtimak Tarbawi Pemuda Negeri sebagai program mengutuk Dr. Mujahid dan Dr. Dzulkifli Ahmad. Susah juga aku nak dapatkan video program tersebut sekalipun akhirnya aku dapat juga. (Sorry, nak upload berat sangat. Aku harap owner dia tolong uploadkan dalam youtube kalau tak keberatan).

Aku nak bagi warning sikit!!! Kalau ZULHAZMI tak tarik balik, aku akan dedahkan siapa yang feed maklumat kepadanya dan aku tahu orang tu adalah leader untuk grand design menguasai DPPM untuk muktamar akan datang. Orang tu bagi aku orang baik, cuba ada 'nafsu besar' nak jadi pemimpin tertinggi! Oleh itu, jika Zulhazmi tidak tarik balik sehingga pukul 12 tenghari esok, maka tunggu blog aku, sebelum pukul 12 tengahari aku akan dedahkan siapa si mamat penghasut ni dalam tempoh 6 jam selepas pukul 12 esok.

RENUNGAN: BUKTI KERJA HAPUPS BJ FAKAQ DALAM MALAYSIA KINI

Aku terbaca berita malaysia kini tajuknya: "Tol: 2 kumpulan 'bertembung' di Jambatan P Pinang" dalam Malaysiakini. Aku terfikir, kenapa 'berita besar' di jambatan Penang hanya gambar-gambar ini sahaja yang disiarkan dalam malaysia kini?

Aku memang dah tahu jawapan yang opposite yang kononnya lawan 'hero-hero' kampung ni atas jambatan itupun orang 'dia' juga. sebab tu BJ Fakaq tak berani nak siar sekali gambar orang yang 'berlakon lawan' diorang atas jambatan tu.

HAPUS GAGAL : BAGAIMANA MASA DEPAN MUJAHID DI PENANG?

NONE
BJ Fakaq (BJ=Budak Jahat)
Sebagaimana yang telah saya ceritakan sebelum ini, gerakan HAPUS yang kononnya akan membuat kejutan 1 Malaysia dengan menganjurkan demonstrasi di Jambatan Pulau Penang gagal disebabkan tiada sokongan. Selepas 3 minggu menyepi, tiada siapa yang tahu, tiba-tiba penggerak utama Parasit Penang (merangkap calon yang akan jadi penggerak Parasit Pusat untuk muktamar akan datang), iaitu Budak Jahat Zainul Faqar telah mengarang berita dan telah menghantarnya ke pelbagai media. Nasib mereka agak baik kerana Malaysia kini bersimpati dengan menyiarkan berita yagn telah ditulis dan dihantar oleh BJ Faqak sendiri dengan konon-kononya program itu bertembung antara mereka dan UMNO. Lawak betul seni nak besar-besarkan cerita.

KENAPA HAPUS PILIH MUJAHID?


Kenapa HAPUS pilih Mujahid? Sedangkan dia adalah Ahli Parlimen di Perak? Kenapa tidak wakil PKR, PAS atau DAP Penang?

Perasankah anda apabila isu parasit timbul, maka terlihatlah penyokong-penyokongnya adalah orang yang kutuk ulama dan DPPM, berpayungkan puji TGNA. Lihat Blog Abu Nawas.

Kenapa?

Parasit Sedang Cari Tapak Di Penang

Aku serba salah untuk coret berita tentang parasit dekat-dekat PRU ni kerana takut UMNO ambil peluang keruhkan keadaan. Tapi bila aku pikir balik, parasit ni dekat-dekat PRU dia mula ambik peluang.Rancangan ni kalau berjaya, habis PAS Penang termasuk Pakatan Rakyat sekali. So, bila aku pikir panjang, baik aku dedah awal supaya 2 - 3 ekor malaun ni hentikan rancangan bodoh dan jahat, khususnya Badak Hitam ZainulFaqar.

Diorang ni bukannya sayangkan PAS kerana PAS adalah pokok tumpangan yang tiada apa-apa kepentingan kepada parasit. Yang penting mereka boleh bergerak dan kuasai entiti parti. Budak2 yagn buat kerja pula memang kesian, tak tahu apa-apa duduk ikut telunjuk ZainulFaqar yagn dikontrol oleh beberapa ekor parasit yang sedang berada di AJK PAS Pusat.

Strategi mereka cukup mudah di fahami, iaitu Cetuskan sentimen hapuskan Tol jambatan Pulau Pinang atas nama HAPUS, then mereka dilihat sebagai juara membela hak rakyat. Hampeh... Sebab tu mereka merancang demonstrasi besara pada hari Ahad 2 minggu lepas dan mereka berhasrat supaya pendemontrasi ditangkap sehingga mencetuskan isu besar negara. Dengan itu, mereka dilihat juara dan pimpinan PAS yang membela mereka akan juga dilihat sebagai juara, seterusnya ditarik bertanding ke Pulau Penang meniinggalkan kerusi Perak.

Kenapa?

Jatuhkan Ulama, Kuasai PAS : Kronoloi yang mesti diketahui

Selagi mana kepimpinan PAS mestilah ulama, maka selama itu Parasit tidak akan boleh menguasai PAS. Ulama mestilah dijatuhkan terlebih dahulu, imej ulama mesti dirobekkan terlebih awal, kemudian syarat ulama di dalam majlis syura mesti dihapuskan, maka pada masa itu barulah parasit boleh kuasai PAS.


Hari ini parasit luaran dan pinggiran PAS sudah terserlah. Terakhir ini bermula dari Ayatollah Asri Zainal Abidin, seorang tunggangan parasit diluar parti, disambung pula oleh Ustaz Hasrizal Jamil, (seorang yang menghayati islam lebih menggunakan akal berbanding dengan nas) juga mula telah menyerang ulama di dalam PAS. Seorang orang luar PAS (Ayatollah Asri) dan seorang berada dipinggiran PAS (Hasrizal).

Apa yang ingin saya kongsi, usaha nak jatuhkan ulama bukan hari ini. Sejak daripada parasit mula memasuki PAS setelah reformasi iaitu akhir 1999 dan awal 2000an. Pada masa itu sudah bermula usaha mengcalarkan ulama khususnya sewaktu cubaan menjatuhkan Al-Marhum Ustaz Hassan Syukri. Pada waktu ini, usaha ini dalam skala kecil yang diusahakan oleh individu parasit yang masih berbaki di dalam parti dan selebihnya berada di dalam PKR dan UMNO.

AYATOLLAH ASRI MEMBUKTIKAN BAHAWA PARASIT MEROSAKKAN IMEJ ULAMA DARI DALAM

Pertamanya saya ucapkan syabas kepada Dewan Ulama atas respon segera terhadap kenyataan Ayatollah Asri Zainal Abidin (AMAZA) bahawa ulama PAS jangan jadi macam Ayatollah Iran. Orang yang bodoh sahaja kata itu adalah satu nasihat, bukan mengata. Sebab tu jika itu benar nasihat, saya juga sekali lagi suka menasihati Ayatollah Asri supaya tinggalkan tabiat lama suka mengurut dan 'memegang' lelaki. Saya tak kata, saya hanya nasihat. Ok, tinggalkan sahaja orang yang bodoh dan buta hati yang masih memujuk jiwa kononnya itu bukan mengata, tapi menasihati.

SI HANTU PARASIT MAZLEE MALIK DAN SI AYATOLLAH ASRI


Komentar Wacana Sinar Siri 15. 

Setelah lama saya menyendiri, dan sememangnya sudah tidak mahu terlibat lagi dalam pendedahan dalaman justeru takut memberikan kesan kepada PRU 13, kesabaran saya hilang apabila melihat kebelakangan ini hentaman dan tuduhan terhadap PAS semakiin konsisten, khususnya oleh Parasit, dari dalam dan luar parti.

Setelah melihat video Wacana Sinar Siri 15, saya dapati memang Mazlee Malek adalah hantu Parasit yang layak digelar "Celaka". Dia adalah penggerak JIM yang pernah mengungkapkan semua jemaah adalah sama sekalipun jembalang ini cukup anti dengan ISMA dan sentiasa menghina ISMA. Memarketkan semua jemaah adalah sama (ummat centric) adalah dengan tujuan untuk menjadikan jemaah PAS boleh menerima JIM (sekarang IKRAM) dan seterusnya memberikan wala' kepada JIM.

Harakah SMM dan Parasit

Selepas jelas SMM dan Syukri Razab bertindak menjatuhkan imej Ustaz Azizan dan Imej PAS Kedah, sepatutnya SMM tiada lagi tempat untuk berpijak. Golongan 'budak-budak samseng' ni sepatutnya tidak dijunjung oleh PAS kerana bimbang imej itu akan terpalit.

Kini Sudah Pasti Giliran Ustaz Azizan Selepas Dr. Hassan

Setelah gagal menjatuhkan Ustaz Azizan dengan menggunakan isu KUIN, kini timbul pula isu dua exco yang menentang Ustaz Azizan dengan alasan peribadi dan lain-lain. Dua Exco tersebut (selepas ini Insyaallah bekas Exco) pergi ke sana ke mari memburukkan Ustaz Azizan dengan isu-isu yang di reka cipta.

Kenapa Zul Sulong tak edit artikel Hina PAS sebagaimana dia edit artikel-artikel Presiden dan Timb. Mursyidu Am??

Selepas mendapat kritikan hebat, Harakahdaily akhirnya delete artikel tersebut. Adakah memadai artikel itu ditarik tanpa meminta maaf? Bagi aku tak memadai. Ini bukan tersilap, bukan tak sengaja. Yang penting ini bukan pertama kali? 

HARAKAHDAILY MENGHINA KEPIMPINAN PAS? SAKIT HATI SUNGGUH!!!!!

Harakahdaily hari ni kacau aku punya concentration nak tulis tentang isu KUIN. Apa tak kacaunya, sanggup dia hina PAS dengan menyiarkan artikel daripada DAP untuk menentang kepimpinan PAS. Tak ke barua namanya.

Sorry, kali ni aku guna perkataan kasar.. mana aku boleh tahan tulisan yang seperti ini sengaja dibenar masukkan oleh Zul SUlong parasit ke dalam Harakahdaily, milik aku, milik orang PAS, bukan milik Zul Sulong. Lepas ni aku cadang, jumpa Zul Sulong, jangan lupa BOOOO dan kata BLAAHHHHH.

Kempen Jatuhkan Ustaz Azizan Oleh SMM Hambar

Setelah SMM berkempen begitu lama untuk megadakan demonstrasi besar-besaran pada pukul 2:30 petang tadi dilihat gagal. Kempen yang dilihat all out dengan kempen blog, jumpa face to face dan segala gas sudah habis diperah, tapi yang hadir, ciput. Perhatikan gambar-gambar di bawah: 

Awas! Saraf Parasit Sedang Sebarkan Berita Palsu Tentang Isu KUIN

Awas!!! Berita angin tentang Ustaz Azizan akan memecat rektor KUIN,  Prof. Datuk Jamil Osman, petang ini. Berita ini tersebar dari mulut ke mulut dan sms ke sms. Admin dimaklumkan bahawa berita ini juga tertulis di dalam blog yang sehingga kini Admin gagal mencari manakah blog parasit atau tunggangan parasit yang dimaksudkan. 

KUIN SIRI 1: Kenapa Dulu Ustaz Azizan Di Sanjung Sekarang Di Henyak?

Bermula hari ini, saya akan menulis beberapa siri khusus tentang tindakan parasit menjatuhkan Ustaz Azizan bermula dengan pujian melangit terhadap MB Kedah tersebut sehingga ke saat SMM yang dipengaruhi parasit membentuk gelombang menjatuhkan Ustaz Azizan.

Tahniah Majlis Syura & Awas TG Nik Aziz

Saya  melihat ramai rakan-rakan media yang mengurut dada dan menarik nafas lega setelah membaca kenyataan media Tuan Guru Mursyidul Am berkenaan isu Dato' Sri Anwar dan Israel. Hari ini PAS sudah agak merdeka dari pengaruh parasit sekalipun merdeka dari sudut penguasaan kepimpinan. Klik di sini untuk teks penuh Press statement tersebut.

Parasit Menghakiskan Tarbiah Islam Di Dalam PAS.

Kemasukan Parasit beramai-ramai ke dalam PAS membawa PAS kepada trend UMNO, iaitu lantik siapa yang mahu dan hormati siapa yang tak mahu. Jika seseorang menolak untuk menerima jawatan, maka janganlah melantiknya atau mencalonkannya.

Hari ini, sudah agak familiar (menjadi kebiasaan) sebahagian daripada kepimpinan parti yang parasit atau ditunggang pemikirannya oleh parasit menyebut: "kita mesti melantik orang yang sanggup sahaja, kerana ia mempunyai semangat untuk bekerja". Pemikiran ini bertembung dengan pemikiran ulama: "kita mesti menolak pangkat dan jawatan, dan bekerja keras apabila dilantik".

Presiden Kekal Bertanding: Adakah Gesaan 'Undur Presiden' 2008 Sedang Berulang?

Setelah merenung jauh terhadap apa yang tersiar dan berkisar seminggu lepas berkenaan hasrat Presiden untuk mengundurkan diri, saya ingin berkongsi peristiwa yang sama berlaku pada tahun 2008.



Ini yang saya pernah sebutkan: golongan gila jawatan vs golongan yang menolak jawatan. Golongan parasit sememangnya golongan yang gila jawatan, mengangkat tangan untuk memikul amanah jawatan, pangkat dan kedudukan. Manakala golongan ulama di dalam PAS pula berebut menolak jawatan kepada orang lain.

PASCA-ISLAMISME: Cubaan Parasit menguasai PAS.

Ramai peserta wacana PASCA-ISLAMISME yang dianjurkan oleh PPP terkejut dengan pola dan hala perbincangan di dalam wacana tersebut. Ramai yang beranggapan bahawa wacana tersebut akan menuju kepada penerangan bahaya fahaman PASCA ISLAMISME kerana ianya:
1- menolak kepimpinan ulama.
2. menolak pendekatan politik atas nama Islam.
3. menuntut kebebasan hak asasi manusia.
4. meminta supaya Al-Quran ditafsirkan semula.
5. DLL.

Kenapa Aziz Bari Tidak Menggesa Karpal Singh juga Masuk UMNO? Adakah Ustaz Azizan Dan Karpal Jahil Undang?

Setelah melihat telatah 'lucu' Aziz Bari bersilat sebagai Hang Jebat bagi pihak parasit, saya terfikir juga kenapa Aziz Bari tidak menggesa Karpal Singh meletakkan jawatan dari DAP dan masuk UMNO? Bukankah Karpal Singh adalah peguam bela kepada KUIN dan mempertahankan KUIN dan seterusnya imej PAS di Kedah?

Berani ke Aziz Bari kata Karpal Singh seorang yang buta undang-undang?

Parasit sepatutnya meminta Aiman Athirah Bunuh Character Ustaz Azizan, bukan Aziz Bari.



Pertamanya minta maaf sebab tak update blog ni atas sebab-sebab tertentu. Pertamanya, suka untuk saya saya sebutkan bahawa Aziz Bari cukup kuat untuk parasit tunggangi bagi menghentam individu-individu musuh parasit di dalam Parti. Mungkin kita masih ingat peranan Aziz Bari menjatuhkan imej presiden hanya dengan sebab kekalahan PAS di PRK Bagan Pinang dengan berhujahkan 'saya mendapat maklumat dari dalaman parti'. Atau dengan bahasa lain, maklumat yang disalurkan oleh Parasit.