Kenapa Ustaz Nasharudin Tidak Hadir Mesyuarat Pusat?

Salam semua!!!
Dato' Mustafa Ali pernah membangkitkan tentang Ustaz Nasharudin tak pergi mesyuarat. Apabila tuduhan ini adalah lanjutan daripada isu tuduhan beliau diperangkap oleh UMNO, awam seolah-oleh memahami betapa buruk dan teruknya Ustaz Nasharudin. Adakah benar begitu?

Satu Lagi Penyelewengan Harakah Daily


Setelah dua tiga hari ini, lidah terlalu banyak bukti-bukti yang menunjukkan bahawa lidah rasmi PAS sudah tidak lagi bertutur mengikut kehendak Parti. Setelah diserang bertubi-tubi oleh banyak pihak, sejak semalam Harakahdaily kelihatan sudah mula menyiarkan hampir 98% berita betul.Dalam keadaan tekanan sebegitu, sempat lagi parasit-parasit ni ambil kesempatan dengan mengubah perkataan Dewan kepada Ketua pada tajuk berita.

SIAPA BERANI SIAPA BIJAK - KARIKATUR JAWAB TULANG BESI


Selamat menikmati karikatur halal:


Kenapa Rasyidi tak datang ke Wall Saya?


Kenapa Rasyidi tak datang ke Wall saya dan tanya kenapa saya buat kempen Boikot Harakah & Harakah daily? Nanti saya akan jawab panjang supaya semua pembaca boleh menilai. Saya bukan semberono, tapi berfakta. Saya bukan sorang, tetapi saya adalah gelombang parti yang sudah tekad akan battle arus jahat parasit. 

Tulang Besi Dah PANASSS!!!


Kalau anda seorang hakim, jika anda berada di 2 scenario:
1. Seorang saksi dengan bangga menyebut nama, no IC dan lain biodata peribadi datang ke Mahkamah tanpa bukti dan tanpa saksi berkata: "tulang besi culik dan jual perempuan".
2. Seorang mangsa culik datang jumpa hakim dengan bahan bukti, saksi yang mengsabitkan tulang besi culik dan jual perempuan tetapi meminta hakim menyembunyikan identitinya kerana takut kejahatan tulang besi.


SATU BUKTI LAGI, ZUL SULONG DAN RASYIDI PARASIT DI DALAM HARAKAH


Berita semalam "Hasan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuran"dan pembetulan Harakahdaily hari ini yang menukar tajuk "Nik Aziz bersyukur masalah selesai" adalah satu confirmation bahawa Harakahdaily sedang dikuasai parasit kerana berita yang dilaporkan semalam sememangnya boleh menghangatkan dan menyulitkan keadaan, bukan menyelesaikan kemelut serta menyejukkan keadaan yang panas. Saya yakin pembetulan hari ini akibat komentar dari orang ramai yang tidak berpuas hati dengan manipulasi berita asal oleh Harakahdaily semalam, selepas video klip temuramah asal oleh ASTRO tersebar di dalam Youtube. 

Penarik Beca Hipokrit - Saari Sungib dan Hussam jumpa UMNO ditutup, tapi Hassan Ali dan Ustaz Nasharudin dijaja-jaja

Kenapa dia diam bila bos dia jumpa UMNO dan MCA?Kenapa dia diam bila Husam Jumpa Tengku Razaleigh ketika pilihanraya Galas? Perjumpaan yang menjadikan Husam hampir masuk perangkap UMNO dengan berjanji PAS tidak akan meletakkan calon bertanding di galas dengan balasan bla... bla.. bla...? Ni nak saya detailkan satu-satu ke?

PANAS! 1 M/S Dokumen Rancangan Menguasai PAS.


Akan ada Insyaallah, beberapa siri dokumen yang saya akan dedahkan sebagai bukti bahawa parasit-parasit ini bergerak cergas di dalam PAS dan cuba menguasai PAS dari dalam. Saya namakan diorang parasit, sebabnya parasit bermaksud entiti asing yagn menumpang sesuatu pokok dan sebagainya, kemudian menyedut airnya, zatnya dan entiti itu terus hidup sekalipun pokok yang ditumpang dah mati.Saya akan dedahkan semua dokumen-dokumen mereka dan bukti-bukti yang ada.Saya attachkan pada hari ini hanya satu muka surat daripada ratusan muka surat yang saya ada. Dokumen ini adalah 1 muka surat daripada kertas Grand Design menguasai parti-parti di Malaysia.Mereka menyebut: "kita berpandangan penglibatan dalam PAS itu harus dipertingkatkan dengan matlamat menguasai PAS".

KEMPEN BOIKOT HARAKAH & HARAKAH DAILY



Persepsi awam terhadap PAS tersasar daripada hakikat sebenar disebabkan oleh beberapa ekor parasit di dalam Harakah dan Harakahdaily. Kenyataan Presiden tentang banyak isu semasa diputar belit. Kenyataan Tuan Guru Dr. Harun Din tentang isu gereja ditong sampahkan. Menjadi batu api kepada isu Dr. Hassan Ali dan Ustaz Nasha.

Terbaru, memutar belitkan tajuk statement Presiden  daripada "ingatan Presiden PAS kepada seluruh kepimpinan dan Ahli PAS" kepada "bertindak sendiri gugur dari PAS". Perbuatan ini sangat jahat kerana ingatan presiden kepada semua sama ada golongan pro & kontra.