Parasit sepatutnya meminta Aiman Athirah Bunuh Character Ustaz Azizan, bukan Aziz Bari.



Pertamanya minta maaf sebab tak update blog ni atas sebab-sebab tertentu. Pertamanya, suka untuk saya saya sebutkan bahawa Aziz Bari cukup kuat untuk parasit tunggangi bagi menghentam individu-individu musuh parasit di dalam Parti. Mungkin kita masih ingat peranan Aziz Bari menjatuhkan imej presiden hanya dengan sebab kekalahan PAS di PRK Bagan Pinang dengan berhujahkan 'saya mendapat maklumat dari dalaman parti'. Atau dengan bahasa lain, maklumat yang disalurkan oleh Parasit.