Dr. Zul dan Dr. Hatta perlu jawab tuduhan Ibrahim Baba



Sebelum ini saya mendengar dengusan dari seorang sahabat kuat penyokong PAS yang memberitahu bahawa ada pihak yang sedang menyiapkan dokumen bagi membawa kes tuduhan rasuah ke atas Dr. Zul dan Dr. Hatta.

Sekalipun saya sangat benci dengan parasit dua orang ini, tetapi saya tetap tidak menulis isu ini kerana berpegang dengan apa yang disebutkan oleh nabi SAW, iaitu 'cukuplah seseorang berbohong dengan menyiarkan berita yang belum pasti'.

Fakaq Budak Hitam Mengaku Dia Yang Menggerakkan Mahasiswa KUIN

Sebagaimana yang saya telah sebutkan dalam artikel saya yang lepas, antara aktivis yang bekerja hampir sepenuh masa dengan parasit ialah Zainul Faqar Yaakob aka Fakaq Budak Hitam (FBH). Saya menyebut demikian bukan berdasarkan telahan atau tanggapan, tetapi saya mempunyai bukti yang kukuh keterlibatan FBH meracuni minda student sehingga sebahagian mereka bertindak ganas.

Setelah saya meneliti tulisan FBH di dalam blognya Tinta Merah [klik], saya dapati jelas mengandungi pengakuan keterlibatannya sama ada disedari atau tidak disedari oleh FBH sendiri. Beliau menyebut: "Apabila saya menconteng mengenai isu kemahasiswaan ini, saya sendiri pun bimbang dan risau."

Apa di sebalik KUIN? Apa peranan IQBAL dari Perlis dan Zainul Faqar?

Apa di sebalik KUIN sebenarnya? Siapakah budak2 yang berdemo dan siapa mereka yang digantung? Kesian budak2 tu, diaorang tak tahu apa2. Diorang tak kenal siapa Iqbal dan siapa Zainul Faqar dalam rupanya yang sebenar? Mereka tak tahu yang Fakaq tu memang Group I yang menjadi instrument parasit di dalam memesongkan pelapis PAS dari paksinya yang asal.

Aku tak nak ulas panjang dulu, coz aku nak buat siri khas tentang konspirasi menjatuhkan ustaz Azizan. Insyaallah... Banyak perkara penting nak dedahkan... tapi masa tak sempat. Lagi satu, sehari dua ini aku rasa sangat sedih tengok apa yang berlaku kepada PAS. Awal tahun ini dikejutkan dengan isu Dr. Hassan Ali dipecat, kemudian isu budak2 KUIN berdemo dan nak dibawa ke Mahkamah oleh AJK PAS Pusat lawan dengan Kerajaan PAS. Antara yang menambah kesedihan ialah pemergian Pak Syed yang dikasihi. Semoga ALlah mencucuri rahmat ke atas rohnya.  Aku tak tahulah, hari ni aku rasa macam sayu je.

Boikot Harakah & Harakahdaily diteruskan: Tampil Buat Aduan Terhadap Rasyidi dan Zul Sulong.

Kejahatan Zul Sulong dan Rasyidi di dalam harakah tidak dapat dimaafkan begitu sahaja. Kalau dia minta maaf, maka baru kita boleh pertimbangkan. Setakat ini bukan sahaja tidak mahu minta maaf, tetapi masih dengan sombong dan angkuh kerana dia tahu, PAS tak boleh pecat dia sebab kuasa di dua media penting parti ini dikuasai oleh PARASIT.

Saya mendapat maklumat yang banyak bahawa dua parasit ini banyak memburukkan presiden dan parti dibelakang, sama ada di dalam majlis atau seumpamanya.

Komen seorang ahli PAS.....

Berikut adalah message seorang ahli PAS yang hadir ke konvensyen PR di Kedah. Saya letak disini tanpa edit. Nilailah sendiri :
semalam, 14/01/2011, semasa berlangsung konvensyen pakatan rakyat ke 3 di Alor setar , Kedah, sewaktu rehat aku melalui satu kumpulan manusia yang terdiri dari Ahmad Rashidi, pimpinan PKR dari Terengganu dan seorang pemuda Terengganu. Aku terdengar percakapan dari Ahmad Rashidi bertanya kenapa susah sangat PAS Terengganu nak beri kerusi kepada PKR. terkejut aku bila terdengan cakap-cakap tersebut. Dalam fikiran aku inilah dikatakan parasit dalam jamaah yang merosakkan jamaah PAS-Wan Azhar Wan Abdul Rahman
- Aku tambah sikit takut orang silap faham. Maksudnya, bukan PAS bergaduh dengan PKR. Ko kena faham, bahawa Parasit tak boleh tembus Terengganu. Jadi, jalan terbaik ialah kena gasak sampai PKR dapat kerusi lebih kerana PKR terengganu sebahagiannya adalah parasit. Jadi, Rasyidi ni memang lidah parasit. Nyah Rasyidi dari Harakah.