SIAPA DALANG DI SEBALIK CG PA DAN MAHFUZ


Dalam kekalutan hari tu, saya berjanji untuk menceritakan siapakah sebenarnya di sebalik Cg. Pa dan Mahfuz, orang yang lantang membuat kecoh dan mengeruhkan keadaan di sebalik isu Dr. Hassan Ali dan Ustaz Nasharudin.



Saya pernah sebutkan bahawa dua orang ini bukanlah orang utama, mereka bukan parasit dan bukan penjahat. Mereka hanyalah mangsa 'tunggangan' parasit jahat yang menghasut mereka saban hari.

Kita boleh lihat dengan jelas Al-Quran menceritakan tentang muslim (bukan munafik/parasit) yang ditunggang oleh munafik sehinggakan mereka terlibat dengan penyebaran berita palsu (ifki) di zaman rasulullah saw. Surah An-Nuur ayat 11 menceritakan golongan ini: "sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta ialah segolongan dari kalangan kamu."

Tembakan Terhadap Presiden Semakin Jelas...

Sebagaimana artkel saya yang lepas, Serampang Dua Mata: Lanyak Hassan Ali, Presiden yang kena merupakan antara bukti yang jelas bahawa target diorang untuk 'damage' Presiden.

Dokumen Penuh Parasit Menguasai UMNO: Baca dan fahamilah Grand Design Parasit bukan sahaja dalam PAS

Salam semua!
DI sini saya upload dokumen lengkap design dan strategi Parasit HIS menguasai UMNO. Ini adalah kertas ijtihad mereka bagi mengharuskan mereka memasuki UMNO. 

Jika saudara-saudara perhatikan, asas syariat kepada ijtihad mereka ialah maslahah dan mafsadah, yang diukur oleh Ahli Majlis Syura yang terdiri daripada Pakar Toksid, Pakar Sains Politik dan seumpamanya. Itu yang lawaknya golongan mujtahid mereka. 

Artikel Utusan: Adakah Parasit Beralih Menggunakan Parasit Mereka Di Dalam UMNO Selepas Gagal Menjatuhkan Imej TG Presiden Melalui Blogger-Blogger Buldog?

Hari ini Utusan Meloya telah menyiarkan satu artikel bertajuk: "Abdul Hadi Juga Patut Dipecat? " dengan merujuk kepada dakwaan Dato Md Alwi Che Ahmad  yang merujuk Presiden pernah berjumpa dengan bekas PM, Paklah Badawi.

Oleh kerana banyak isu yang perlu saya rungkaikan, saya masih belum berkesempatan menceritakan apa sebenarnya di sebalik UG dan kenapa golongan Parasit sangat antikan UG, walhal merekalah yang asalnya telah merancang perkara ini di Pejabat Harakah sekitar tahun 2005 dengna nama "pelan politik damai".

Jom Kita Solat Hajat Selamatkan PAS

Allah swt berfirmah:
واستعينوا بالصبر والصلاة، إن الله مع الصابرين
Maksudnya: dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang. Dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. - (Al-Baqarah: 45).

Dalam keadaan kebimbangan kita sekarang, marilah kita semua ahli-ahli dan penyokong PAS melaksanakan solat hajat, semoga Allah selamatkan parti kita dan seterusnya kita menuju kepada kemenagnan, I'allah.