Raja Iskandar Sedang Cari Simpati

Setelah aku pos semalam, semua mata blogger, Facebooker dan lain-lain cari aku punya blog. Raja Iskandar mula mencari tempat meminta belas kasihat dengan 'politik mencari simpati sebab difitnah'.

Aku sudah memberi amaran! Aku dah contact direct beri amaran. Aku bukan bodoh, gerakan dia aku tahu. Mesyuarat dan jatuhkan imej ketua pemuda dan timbalan ketua pemuda. Ajak Suhaizan join, tapi Al-Hamdulillah Suhaizan tak nak sertai 'gerakan ini'.

Ini dia gambar leader yang merancang burukkan kepimpinan kepimpinan DPPM.


Aku dah bagi tempoh, tapi Zulhazmi tak tarik balik. Aku tak nak siar semua yang terlibat walau ada lagi seorang lagi YB yang aku masih tak nak siarkan.

Jadi dengan maaf banyak-banyak, aku terpaksa paparkan gambar orang yang terlibat merancang untuk memburukkan DPPM walaupun beliau sendiri adalah pemimpin kanan DPPM. Antaranya untuk menggambarkan Ustaz Nasruddin (Ketua Pemuda) dengan gaya hidup mewah dan Ustaz Nik Abduh (TKP) orang yang tidak 'perfom'.

AMARAN KEPADA "PENYAMPAI MAKLUMAT" ZULHAZMI SEHINGGA PUKUL 12 PM ESOK

Zulhazmi





Aku baru je dapat video rakaman program Ijtimak di Air Kuning di Perak yang dikecohkan oleh seorang budak Lawyer nama Zulhazmi. Tiga empat hari juga aku duk fikir bila baca komen Zulhazmi yang menyifatkan program Ijtimak Tarbawi Pemuda Negeri sebagai program mengutuk Dr. Mujahid dan Dr. Dzulkifli Ahmad. Susah juga aku nak dapatkan video program tersebut sekalipun akhirnya aku dapat juga. (Sorry, nak upload berat sangat. Aku harap owner dia tolong uploadkan dalam youtube kalau tak keberatan).

Aku nak bagi warning sikit!!! Kalau ZULHAZMI tak tarik balik, aku akan dedahkan siapa yang feed maklumat kepadanya dan aku tahu orang tu adalah leader untuk grand design menguasai DPPM untuk muktamar akan datang. Orang tu bagi aku orang baik, cuba ada 'nafsu besar' nak jadi pemimpin tertinggi! Oleh itu, jika Zulhazmi tidak tarik balik sehingga pukul 12 tenghari esok, maka tunggu blog aku, sebelum pukul 12 tengahari aku akan dedahkan siapa si mamat penghasut ni dalam tempoh 6 jam selepas pukul 12 esok.

RENUNGAN: BUKTI KERJA HAPUPS BJ FAKAQ DALAM MALAYSIA KINI

Aku terbaca berita malaysia kini tajuknya: "Tol: 2 kumpulan 'bertembung' di Jambatan P Pinang" dalam Malaysiakini. Aku terfikir, kenapa 'berita besar' di jambatan Penang hanya gambar-gambar ini sahaja yang disiarkan dalam malaysia kini?

Aku memang dah tahu jawapan yang opposite yang kononnya lawan 'hero-hero' kampung ni atas jambatan itupun orang 'dia' juga. sebab tu BJ Fakaq tak berani nak siar sekali gambar orang yang 'berlakon lawan' diorang atas jambatan tu.

HAPUS GAGAL : BAGAIMANA MASA DEPAN MUJAHID DI PENANG?

NONE
BJ Fakaq (BJ=Budak Jahat)
Sebagaimana yang telah saya ceritakan sebelum ini, gerakan HAPUS yang kononnya akan membuat kejutan 1 Malaysia dengan menganjurkan demonstrasi di Jambatan Pulau Penang gagal disebabkan tiada sokongan. Selepas 3 minggu menyepi, tiada siapa yang tahu, tiba-tiba penggerak utama Parasit Penang (merangkap calon yang akan jadi penggerak Parasit Pusat untuk muktamar akan datang), iaitu Budak Jahat Zainul Faqar telah mengarang berita dan telah menghantarnya ke pelbagai media. Nasib mereka agak baik kerana Malaysia kini bersimpati dengan menyiarkan berita yagn telah ditulis dan dihantar oleh BJ Faqak sendiri dengan konon-kononya program itu bertembung antara mereka dan UMNO. Lawak betul seni nak besar-besarkan cerita.

KENAPA HAPUS PILIH MUJAHID?


Kenapa HAPUS pilih Mujahid? Sedangkan dia adalah Ahli Parlimen di Perak? Kenapa tidak wakil PKR, PAS atau DAP Penang?

Perasankah anda apabila isu parasit timbul, maka terlihatlah penyokong-penyokongnya adalah orang yang kutuk ulama dan DPPM, berpayungkan puji TGNA. Lihat Blog Abu Nawas.

Kenapa?

Parasit Sedang Cari Tapak Di Penang

Aku serba salah untuk coret berita tentang parasit dekat-dekat PRU ni kerana takut UMNO ambil peluang keruhkan keadaan. Tapi bila aku pikir balik, parasit ni dekat-dekat PRU dia mula ambik peluang.Rancangan ni kalau berjaya, habis PAS Penang termasuk Pakatan Rakyat sekali. So, bila aku pikir panjang, baik aku dedah awal supaya 2 - 3 ekor malaun ni hentikan rancangan bodoh dan jahat, khususnya Badak Hitam ZainulFaqar.

Diorang ni bukannya sayangkan PAS kerana PAS adalah pokok tumpangan yang tiada apa-apa kepentingan kepada parasit. Yang penting mereka boleh bergerak dan kuasai entiti parti. Budak2 yagn buat kerja pula memang kesian, tak tahu apa-apa duduk ikut telunjuk ZainulFaqar yagn dikontrol oleh beberapa ekor parasit yang sedang berada di AJK PAS Pusat.

Strategi mereka cukup mudah di fahami, iaitu Cetuskan sentimen hapuskan Tol jambatan Pulau Pinang atas nama HAPUS, then mereka dilihat sebagai juara membela hak rakyat. Hampeh... Sebab tu mereka merancang demonstrasi besara pada hari Ahad 2 minggu lepas dan mereka berhasrat supaya pendemontrasi ditangkap sehingga mencetuskan isu besar negara. Dengan itu, mereka dilihat juara dan pimpinan PAS yang membela mereka akan juga dilihat sebagai juara, seterusnya ditarik bertanding ke Pulau Penang meniinggalkan kerusi Perak.

Kenapa?